Wednesday, August 19, 2009

Kejayaan yang sebenar


Justify FullBukan senang untuk seseorang mendapat kejayaan dan bukan susah juga untuk seseorang mengecapi sesuatu kejayaan.
Persoalannya di sini ialah sejauh mana seseorang itu berusaha untuk mencapai kejayaannya?
Faktor pertama yang perlu ditangani bagi memotivasikan seseorang ialah DIRI SENDIRI mesti sudah mempunyai suatu impian atau keinginan yang membuak-buak untuk berjaya. Seseorang itu mestilah mempunyai IMPIAN besar, BERJIWA besar dan BERCITA-CITA tinggi. Ini bermakna untuk mencapai kejayaan maka seseorang itu mesti mempunyai TIGA ciri penting tersebut iaitu IMPIAN - BERJIWA - BERCITA-CITA baharulah sesuatu kejayaan itu senang dan mudah dicapai. Namun begitu perlu diingatkan bahawa ketiga-tiga ciri itu mestilah bersifat BESAR dan TINGGI.
Jika seseorang itu hanya mempunyai impian kecil, berjiwa kecil dan bercita-cita rendah maka saiz untuk mereka mendapat kejayaan pun kecil juga. Jadi jika kita sekarang hanya mempunyai impian yang kecil dan berjiwa kecil maka kepompong yang besar sukar untuk kita keluar kerana kepompong yang besar memerlukan impian yang besar dan jiwa yang besar barulah boleh keluar. Analogi ini boleh dikaitkan dengan perbandingan di antara orang yang mempunyai impian yang besar dengan orang yang mempunyai impian yang kecil. Yang mana sama-sama inginkan sebuah kejayaan. Maka di sini kita boleh melihat siapakah yang akan berjaya terlebih dahulu. Kadang-kadang kalau jiwa dan impian kita kecil maka kita akan sentiasa berada pada tahap zon selesa dengan kekecilan kita sendiri. Mungkin kadang-kadang kita suka mengecilkan orang lain. Mengecilkan impian orang lain. Mengecilkan pandangan orang lain dan sebagainya.
Perkara penting yang ingin disebutkan di sini ialah kejayaan. Oleh itu sebagai manusia kita mestilah ada kerjaya iaitu kerja yang membawa kepada kejayaan. Kita tidak mahu kerja tanpa kejayaan. Hanya ada dua bentuk kerjaya. Pertama, kerjaya makan gaji dan kedua berniaga.
Pilihlah yang mana satu yang akan memberikan kita kegemilangan dalam hidup. Seterusnya memberikan kita kejayaan yang sebenar yang kita tercari-cari selama ini. Cuma pastikan kejayaan yang kita kecapi itu juga membawa kejayaan di hari muka. Jangan sekadar hanya berjaya di dunia tetapi di akhirat kita tidak berjaya. Kita seimbangkan kejayaan kita itu bukan hanya di dunia tetapi di akhirat pun kita dipanggil JUTAWAN AKHIRAT. Fikir-fikir dan renung-renung sekiranya itu yang kita impikan selama ini.

0 Comments: