Saturday, August 29, 2009

Siapa Usahawan Berjaya?

Konsep Usahawan Berjaya

Usahawan berjaya boleh ditakrifkan sebagai individu yang cemerlang dalam aktiviti keusahawanan dan komited terhadap perintah agama atas kapasitinya sebagai seorang Muslim, Mukmin dan Muhsin.

Melalui konsep ini, golongan usahawan akan lebih cenderung untuk berusaha secara konsisten melaksanakan tugasnya sebagai khalifah al-Ard untuk melakukan kebaikan kepada manusia demi mencari keredhaan yang hakiki.

Usahawan Muslim perlu memastikan mereka menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang bentuk penyelewengan dan unsur-unsur yang boleh mencemarkan keharmonian sistem keusahawanan Islam.

Usahawan berjaya juga perlu mengambil kira faktor pembangunan insan dalam lapangan kerja yang diusahakannya. Contohnya, melazimkan solat berjemaah dalam kalangan pekerja, membudayakan penghayatan ilmu dalam kalangan stafnya, bersifat terbuka dan toleransi terhadap kritikan yang membina, menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat luar dan menekankan nilai-nilai murni dalam organisasinya.

Kriteria Asas Usahawan Berjaya

1. Tidak terlibat dalam perniagaan yang diharamkan syarak.

2. Bebas daripada unsur-unsur penipuan dan khianat.

3. Tidak terlibat dalam aktiviti sorok barang dan manipulasi harga.

4. Kesedaran beragama dan menghayati nilai-nilai terpuji.

5. Memperkasakan diri dengan ilmu dan kemahiran

0 Comments: