Tuesday, October 6, 2009

7 perkara perlu dielak selepas makan



Makan adalah satu rutin harian yang tidak boleh ditinggalkan, melainkan atas nasihat doktor. Menurut petua orang-orang lama, amalan tidur atau mandi tidak boleh diamalkan selepas makan kerana ia boleh membuncitkan perut. Benarkah begitu? Menurut satu kajian di barat, bukan sahaja mandi atau tidur yang menjadi 'pantang', tetapi ada lagi beberapa perkara yang tidak sepatutnya dilakukan selepas makan. Sedar atau tidak, perkara-perkara inilah yang kerap kita lakukan selepas makan. Ingin tahu apakah perkara-perkara tersebut? Semak senarai di bawah ini:

1. Merokok
Bagi perokok, merokok selepas makan adalah 'nikmat'. Tetapi tahukah anda, merokok sebatang rokok selepas makan impaknya sama seperti anda menghisap sepuluh batang rokok dan perokok berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser. Malangnya, kanser ini bukan sahaja 'mencari' perokok, tetapi juga 'mengejar' orang yang terpaksa menghidu asap rokok.

2. Makan buah
Jangan cepat keliru. Makan buah memang elok untuk tubuh, malah kita digalakkan memakan lebih buah. Seelok-eloknya anda mengambil buah sebelum makan nasi, bukan sejurus selepas makan nasi. Dikatakan, perut akan mudah kembung apabila kita memakan sepotong dua buah selepas makan nasi. Oleh itu, makanlah buah sekurang-kurangnya setengah jam selepas anda menghabiskan hidangan nasi anda.

3. Minum teh
Sesetengah orang yang tidak merokok, meminum teh selepas makan adalah satu kewajipan. Mungkin selepas ini anda perlu biarkan perut anda 'berehat' sebentar sebelum mengirup teh kerana kandungan asid yang tinggi pada daun teh boleh menyebabkan makanan yang diproses menjadi keras dan ini akan mengganggu sistem pencernaan anda.

4. Longgarkan tali pinggang
Apabila kuantiti makanan yang diambil lebih daripada biasa, ada yang mula melonggarkan tali pinggang yang dirasakan menjerut perut. Sebenarnya amalan ini perlu dielakkan kerana ia boleh mengundang masalah usus. Logiknya, apabila anda mula mengisi perut anda, usus anda dalam keadaan relax. Apabila ia diisi hingga penuh, tali pinggang tadi bagaikan menyekat makanan untuk terus turun. Tetapi apabila anda melonggarkan tali pinggang, makanan tadi akan turun tanpa kawalan dan inilah yang menyebabkan usus anda mula meragam.

5. Mandi
Elakkan mandi sejurus selepas makan. Ketika mandi, pengaliran darah akan lebih tertumpu kepada tangan dan kaki anda. Ini akan menyebabkan darah di bahagian perut akan berkurangan. Kekurangan darah semasa proses penghadaman akan mendatangkan masalah kepada perut anda.

6. Bersenam
Bersenam sangat tidak digalakkan dilakukan selepas anda selesai makan. Waima, berjalan laju dalam jarak yang jauh juga perlu dielakkan. Mungkin anda pernah terdengar sebelum ini ada yang mengatakan, berjalan 100 langkah selepas makan akan memanjangkan hayat anda sehingg 99 tahun. Sebaliknya, penemuan saintifik menyatakan, aktiviti fizikal yang dilakukan selepas selesai makan boleh mengganggu sistem penghadaman apabila zat-zat makanan akan lambat diserap oleh tubuh. Ambil masa sekurang-kurangnya satu setengah jam untuk berehat sebelum anda bersenam.

7. Tidur
Apabila perut kenyang, mata memang mudah kuyu, lebih-lebih lagi apabila tubuh disapa angin sepoi-sepoi bahasa. Sekiranya mata anda mudah mengantuk selepas makan, cuba elak dari teru tidur selepas makan. Perut anda memerlukan tenaga untuk melakukan proses penghadaman. Sekiranya kalancaran proses penghadaman ini terganggu anda mudah terdedah kepada risiko gastrik dan masalah usus.

0 Comments: