Wednesday, December 29, 2010

PM ucap tahniah kejayaan raih Piala Suzuki

PM ucap tahniah kejayaan raih Piala Suzuki


2010/12/29

KUALA LUMPUR: "Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih pasukan muda Malaysia. Syabas kepada juara Piala Suzuki 2010!," kata Datuk Seri Najib Razak menerusi laman sosial Twitter dan Facebook, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata demikian sejurus kejayaan sulung Malaysia mendakap Piala Suzuki AFF, kira-kira jam 10.20 malam selepas mengalahkan Indonesia dengan keputusan agregat 4-2.
Meskipun tewas 1-2 kepada Indonesia pada pertemuan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini, trofi itu berpihak kepada Malaysia selepas menang 3-0 di Kuala Lumpur pada final pertama, Ahad lalu.
Dalam mesej keduanya dalam bahasa Inggeris lima minit kemudian, Perdana Menteri sekali lagi mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaysia yang menurutnya bermain amat baik.

"Anda bermain baik sebagai satu pasukan dan kejayaan anda memberi kebanggaan kepada negara. Tahniah!," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMucaptahniahkejayaanraihPialaSuzuki/Article/index_html

0 Comments: