Sunday, April 10, 2011

Kelantan rampas teraju liga


Oleh Veena Rusli, Khairul Anuar Abd Samad, Hamid Salleh dan Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
2011/04/10



  PEMAIN Kelantan   Danial Fadzly Abdullah (kiri)   dihalang pemain FELDA United, Abdul Ghani Abd Rahim dalam  saingan  Liga Super di Stadium Sultan Mohamad ke IV, malam tadi.
PEMAIN Kelantan Danial Fadzly Abdullah (kiri) dihalang pemain FELDA United, Abdul Ghani Abd Rahim dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad ke IV, malam tadi.


Terima kasih kepada T-Team tewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam

KELANTAN terhutang budi kepada jiran Pantai Timur mereka, T-Team yang menjinakkan pendahulu, Selangor 2-0 untuk membolehkan The Red Warriors kembali menerajui Liga Super apabila merakamkan kemenangan 6-0 ke atas Felda United, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Selangor tercicir ke tempat kedua yang sebelum ini diisi Perak berikutan kekalahan pertama Yob musim ini kepada Sabah, 2-1 di Stadium Likas.
Di Stadium Shah Alam, kegagalan Selangor memanfaatkan peluang keemasan pada separuh masa pertama dihukum Norfarhan Muhammad yang menanduk masuk pada minit ke-59 sebelum Indra Putra Mahayuddin menyapu garam ke luka dengan merembat masuk gol kedua enam minit sebelum tamat perlawanan.

Di Stadium Sultan Mohd IV, tuan rumah mendahului pada minit ke-33 apabila rembatan Mohd Shakir Shaari dari luar kotak penalti gagal ditepis penjaga gol Mohd Faizal Rashid. Gol lain tuan rumah adalah sumbangan Norshahrul Idlan Talaha (minit ke-40), Mohd Nizad Ayub (m-65,71), Danial Fazly Abdullah (m-82) dan Mohd Azuan Solahudin (m-89).

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu gah mengatasi Harimau Muda A 3-1. Apapun pelawat membuat kejutan mendahului pada minit ketujuh menerusi Syahrul Azwari Ibrahim sebelum Ashaari Shamsuddin menyamakan kedudukan minit ke-17. Dua lagi gol daripada Abdul Hadi Yahya (m-35) dan Ismail Faruqi (m-64) mengesahkan mata penuh tuan rumah.

Di Stadium JCorp, Johor FC terus kempunan meraih mata penuh di laman sendiri selepas sekadar seri 0-0 ketika menentang Negeri Sembilan.

0 Comments: