Monday, February 15, 2010

Pentingnya Sijil HALAL


INDUSTRI halal menjadi sistem ikutan bagi perniagaan Muslim dan bukan Muslim di negara ini.


SIJIL dan logo halal bukan sahaja memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk itu halal mengikut syarak tetapi ia juga mempunyai implikasi besar kepada industri atau pengusaha yang mengeluarkannya.

Aspek halal menjadi satu sistem kualiti dalam dunia perniagaan hari ini termasuk di peringkat global yang dapat menarik pelanggan Muslim dan bukan Muslim.

"Halal bukan sahaja dilihat dari sudut keagamaan tetapi satu komponen penting dalam dunia perniagaan termasuk pasaran halal global. Negara bukan Islam juga mengutamakan produk halal untuk pengguna mereka kerana aspek kualiti dan keselamatan," kata Saimah Mukhtar, Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika ditemui baru-baru ini.

Pasaran produk halal yang besar kata beliau, membuatkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjadi rakus memanipulasi perkataan halal untuk tujuan pemasaran dan keuntungan.

Sijil dan logo halal

Sepanjang 2009, Jakim menerima sebanyak 1,907 permohonan sijil halal dan jumlah yang diterima daripada Bumiputera ialah 622 dan bukan Bumiputera 1,285.

Kelulusan sijil halal yang dibuat pada 2009 pula ialah 301 Bumiputera dan 886 bukan Bumiputera.


PENYERAGAMAN logo halal begitu penting untuk mengelakkan perbuatan manipulasi.


"Yang kita tarik balik sijil halal atas alasan tertentu termasuk kebersihan hanya sekitar 10 peratus sahaja," kata Saimah sambil menegaskan Jakim menjaga kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan juga industri.

Jakim kata beliau, mendaftarkan logo dan sijil halal Malaysia dengan Perbadanan Harta Intelek.

Di samping itu, Jakim juga melantik SIRIM Berhad untuk mendaftarkan logo halal Malaysia di luar Negara. Sebelum itu sijil halal Malaysia didaftarkan di China dan Indonesia.

Jakim mengiktiraf 47 badan Islam di 23 buah negara untuk mengeluarkan sijil halal bagi produk mentah, produk siap dan rumah penyembelihan bagi tujuan pasaran di Malaysia.

Halal dan Jakim

Jakim terbabit dalam memberi pengesahan status halal kepada makanan dan barang gunaan Islam di negara ini sejak 1974.

Ketika itu, Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam (Baheis), Jabatan Perdana Menteri memberikan pengesahan halal kepada beberapa produk makanan utama yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar makanan tempatan dalam bentuk surat pengesahan halal.

Bermula pada 1994, pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan halal beserta dengan logo halal atas nama Baheis (Bahagian Hal Ehwal Islam) dan dikuti pengeluaran logo halal atas nama Jakim pada 1997.

Berasaskan kepada keperluan semasa, mulai 30 September 1998, tugas pemeriksaan premis bagi tujuan halal dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang dilantik kerajaan iaitu Syarikat Ilham Daya Sdn. Bhd. dan Jakim mengendalikan aspek lain seperti pengeluaran sijil dan tugas pemantauan.


JIKA penyeragaman dilaksanakan, nama 'JAKIM' yang tertera di atas sijil dan juga label produk akan digugurkan dan digantikan dengan 'KERAJAAN MALAYSIA'.


Bagaimanapun, pada 1 September 2002, kerajaan memutuskan untuk Jakim mengendalikan semua urusan pengesahan sijil halal termasuk tugas pengauditan.

Bagi memenuhi perkembangan pesat industri makanan halal di negara ini dan keperluan semasa umat Islam, Jakim mewujudkan sebuah bahagian baru pada 2002 yang diberi nama Bahagian Makanan dan Barangan Gunaan Islam.

Bahagian itu yang menguruskan semua kegiatan berkaitan dengan pengurusan halal termasuk pengesahan sijil halal, standard halal, pemantauan, Pengiktirafan Badan Islam Luar Negara dan sebagainya. Ia kemudian ditukar kepada Bahagian Hab Halal, dan logo halal Malaysia dikeluar dan didaftarkan.

Pada Januari 2008, pengeluaran logo halal diselaraskan bagi semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), yang menyaksikan hanya satu logo halal Malaysia digunakan oleh Jakim dan JAIN tanpa kod negeri.

Pada 2 April 2008, pengeluaran sijil halal kemudian diambil alih Halal Development Corporation (HDC).

Tugas ini diserahkan semula kepada Jakim pada 8 Julai 2009 dan Jakim mula mengeluarkan sijil halal pada 1 Ogos 2009.

Satu sijil

Meskipun penggunaan satu logo halal dimulakan pada Januari 2008, sijil halal masih dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Bagaimanapun, Jakim sedang mengusahakan supaya sijil halal yang dikeluarkan dapat diseragamkan.

Buat masa ini juga, setiap negeri menggunakan standard masing-masing dalam pengeluaran sijil halal.

"Dengan penyeragaman ini, nama JAKIM yang tertera di atas sijil akan digugurkan dan digantikan dengan KERAJAAN MALAYSIA.

"Jika semua negeri bersetuju menggunakan sijil halal yang seragam, ini bermakna pensijilan halal di negara ini akan menggunakan standard halal Malaysia MS15000:2009 untuk produk makanan dan MS2200:2008 untuk kosmetik," kata Saimah yang menyandang jawatan Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim sejak 17 Ogos 2009.

Pindaan akta

Penyeragaman sijil halal bagaimanapun akan hanya dapat dilaksanakan selepas pindaan dibuat ke atas Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 dan Saimah berkata, pihaknya menyasarkan pindaan akta berkenaan dilaksanakan Jun ini.

Dengan pindaan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melantik pihak berkuasa yang kompeten untuk mengeluarkan sijil halal dan dalam hal ini, pihak berkenaan ialah Jakim dan JAIN.

"Ini bermakna hanya Jakim dan JAIN boleh mengeluarkan sijil halal. Sekarang ini sesiapa sahaja boleh mengeluarkan sijil halal. Langkah ini juga untuk membendung penipuan penggunaan sijil halal palsu yang berlaku sekarang," katanya

Bendung manipulasi

Sekiranya ada negeri yang tidak bersetuju dengan penyeragaman ini, apa yang perlu dilakukan ialah dengan memasukkan klausa di bawah pindaan APD bahawa pihak berkuasa yang kompeten iaitu Jakim dan JAIN kecuali negeri 'X' (nama negeri yang tidak bersetuju).

"Jakim telah berbincang dengan pihak Peguam Negara mengenai perkara ini dan kami yakin klausa seperti ini tidak akan berlaku," katanya.

Saimah turut memberitahu, beberapa risiko yang boleh terjadi bagi negeri yang memilih untuk tidak menyertai penyeragaman sijil halal.

Menurut beliau, negeri yang tidak termasuk dalam APD sebagai competent authority dalam pengeluaran sijil halal yang seragam memang boleh mengeluarkan sijil halal di negeri masing-masing tetapi pada masa yang sama, pihak lain termasuk syarikat atau individu di negeri berkenaan boleh mengeluarkan sijil halal.

"Ini kerana JAIN di negeri tersebut tidak dinamakan sebagai competent authority apabila Akta Perihal Dagangan 1972 dipinda.

"Sekiranya sesebuah MAIN mengeluarkan arahan bahawa hanya JAIN boleh mengeluarkan sijil halal, arahan sedemikian hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.

"Kalau ada syarikat bukan Islam di negeri itu mengeluarkan sijil halal, tindakan tidak boleh diambil dan kita bimbang ini akan membuka ruang untuk manipulasi.

Inilah sebabnya, Jakim bersungguh-sungguh mengusahakan penyeragaman dan usaha ini sebenarnya memperkukuh bidang kuasa negeri dalam pengurusan halal," jelas Saimah.

1Malaysia 1Halal

Sebagai usaha memberi kesedaran, khususnya kepada masyarakat Islam negara ini tentang kepentingan halal, Jakim akan mengadakan Kempen 1Malaysia 1Halal pada 25 hingga 28 Februari ini bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Antara program yang diatur di sepanjang kempen berlangsung ialah jualan produk halal, seminar halal, klinik halal bagi pemohon, forum Perdana Hal Ehwal Islam, nasyid dan pelbagai program menarik.

Pelancaran kempen dijangka disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 26 Februari pada pukul 12.30 tengah hari dan orang ramai dijemput hadir. - Bernama

Sumber: kosmo!

Sunday, February 14, 2010

Anak Jadi Kekasih Bapa

Oleh INTAN MAS AYU SHAHIMI dan SALMAN HAMAT
am@hmetro.com.my
2010/02/14

JOHOR BAHRU: ‘Anakku kekasihku’ adalah istilah tepat bagi menggambarkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak gadisnya yang berusia 17 tahun sehingga sanggup tidur sekatil setiap malam sejak dua tahun lalu.

Peliknya, perbuatan lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu diketahui isterinya, namun wanita itu lebih rela merahsiakan perbuatan terkutuk suaminya untuk mengelak menjadi bualan jiran.


Difahamkan, kejadian bermula sejak 2008 ketika mangsa baru mencecah usia 15 tahun apabila dia dipaksa tidur sebilik bersama bapanya di rumah mereka di Taman Perling, di sini.


Biarpun enggan berbuat demikian, mangsa terpaksa akur dan merelakan diperlakukan sedemikian dengan melayan permintaan gila bapa kandungnya kerana bimbang berlaku kekecohan yang akan mengejutkan ahli keluarga lain serta jiran.


Walaupun pernah merancang mendedahkan perbuatan melampau bapanya dengan membuat laporan polis, mangsa yang masih bersekolah terpaksa membatalkan hasratnya berikutan bimbang si bapa dicekup polis yang akan menyebabkan mereka hilang tempat bergantung.

Apabila mangsa meningkat dewasa, bapanya dikatakan mula memberi layanan istimewa dan mengawal segala tindak tanduk dan pergerakannya setiap hari.


Perubahan itu dipercayai didorong perasaan cinta dan kasih terhadap anak kandung yang dianggap seperti teman wanita.


Lelaki setan itu turut didakwa sanggup menghantar dan menjemput anak gadisnya di sekolah serta menyekat kebebasan mangsa untuk berkawan dengan pelajar lain.


Jika mangsa tidak muncul di depan pintu pagar sekolah pada waktu ditetapkan, lelaki itu akan mencarinya di seluruh pelosok kawasan hingga anak gadisnya ditemui.


Bagaimanapun, pagi kelmarin pelajar malang berkenaan tampil membuat laporan polis apabila tidak mampu memendam rahsia hitam menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung kejadian itu sebelum menahan suspek, pagi kelmarin.


“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa sering dicabul bapanya yang berusia 44 tahun selain dipaksa tidur bersama hampir setiap malam.

“Malah siasatan lanjut mendapati ibu mangsa juga menyedari perlakuan suspek tetapi takut untuk membuat laporan polis kerana suaminya adalah punca pendapatan keluarga,” katanya.


Menurut Ruslan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.


“Suspek juga diperintah reman empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya.

sumber: hmetro

Sunday, February 7, 2010

Trafik: Cara Mudah Menghasilkan Trafik

Menghasilkan TRAFIK

Nyawa BLOG adalah TRAFIK, iaitu pelawat berkunjung ke blog hari demi hari. Dengan kewujudan berjuta-juta blog, cabaran terbesar adalah menghasilkan TRAFIK. Terdapat pelbagai cara menghasilkan TRAFIK yang ramai dan mudah ke blog, ANTARANYA:

1) Melawat blog lain dan bertemu persaing
Salah satu langkah meningkatkan reputasi dan menambahkan TRAFIK dengan memperkenalkan diri kepada pengendali blog yang lain dan berkenalan dengan pembaca melalui ruang komen pada blog mereka. Pengendali blog sukakan komen kerana pembaca yang terlibat dalam diskusi akan berkunjung ke bahagian komen berulang kali. Sesetengah blog yang popular mempunyai berates-ratus komen pada satu-satu entri. Pada setiap komen, ada ramai lagi yang mengikuti tetapi tidak terlibat secara langsung dalam diskusi.

2) Menyertai diskusi forum siber
Forum adalah tempatorang ramai berkumpul bagi berbincang dalam pelbagai topic dalam internet. Kita boleh meluahkan pendapat yang bernas serta mengetahui informasi terkini berkenaan apa jua perkara. Teknik ini didapati paling berkesan berbanding semua teknik. Melalui forum, maklumat mudah disebarkan kepada orang ramai melalui kaedah perbincangan. Kita akan menerima TRAFIK yang tinggi jika menggunakan cara ini. Senaraikan semua forum siber di Malaysia jika kita ingin mencari pengunjung tempatan. Senaraikan semua forum siber di luar negara jika kita ingin menarik TRAFIK dari luar negara. Contohnya www.wangcyber.com, www.carigold, www.jombincang.com, www.forum.digitalpoint.com dan sebagainya.

3) Pengiklanan
Letakan iklan-iklan di tempat yang menjadi tumpuan mata pembaca. Ia boleh diletakkan pada bahagian atas kiri atau kanan dalam ruang side bar ataupun dalam kandungan. Iklan juga boleh diletakkan pada pengakhir artikel sebelum komen. Cara ini dapat meningkatkan TRAFIK BLOG anda.



Apabila anda mengKLIK Ads Blog lain, Pastikan anda mengKLIK sehingga Keluar Sepenuh yang iklan itu (Dalam M.firefox, Page yang siap sepenuhnya akan di Statuskan sebagai “DONE”).

sumber http://e-dekz.blogspot.com/

Tuesday, February 2, 2010

Duit Melalui Twitter

Anda mempunyai akaun twitter? Kalau ada mesti anda sudah tahu bahawa dengan twitter anda boleh menjana duit melalui internet. Bagaimana caranya? Senang sahaja. Anda mesti mendaftarkan twitter anda dengan churpchurp dan revtwt.

I am a Twitterer

Be a part of our network and earn money just by doing what you do best - Tweeting!



Contoh iklan churchurp

Watsons Christmas Campaign
  • Publish target: 07 Dec 2009Status: [Published]
    1 month, 2 weeks ago from Churp Churp by muazzuhdey




Contoh iklan revtwt

Caesar Gold 2

Cash for gold, best prices paid in Australia, toll free 1300 878 028
Pays out 20 cents/click | Click here to Tweet Caesar Gold 2
Only clicks from these countries will be paid: Australia

Sertailah Churpchurp dan Revtwt sekarang!