Friday, March 25, 2011

Cubaan Bunuh Diri Pelajar Perempuan Dari Tingkat Atas KB Mall

http://www.youtube.com/watch?v=0Ij66lQSl1E


Hari ini terima 1 post di facebook mengenai cubaan bunuh diri oleh seorang remaja perempuan di KB Mall!


Ketahui lebih details
bunuh diri kbmall Kes Bunuh Diri Di KB Mall: Cubaan Bunuh Diri Pelajar Perempuan Dari Tingkat Atas KB Mall

Gambar Bunuh Diri KB Mall

gambar bunuh diri kbmall Kes Bunuh Diri Di KB Mall: Cubaan Bunuh Diri Pelajar Perempuan Dari Tingkat Atas KB Mall

Pada mulanya terasa sangat terkejut melihat entri post ini mengenai kes cubaan bunuh diri dari tingkat atas KB Mall. Namun begitu timbul pula isu kenapa dia mahu bunuh diri? Ternyata singkat sungguh fikirannya kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Ahh.. Celaru sungguh fikiran memikirkan gelagat remaja perempuan ini.

Video Kes Bunuh DIri Di KB Mall

Ada banyak juga spekulasi yang dibuat oleh orang ramai mengenai cubaan bunuh diri di KB Mall ini. Antaranya ada yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini mungkin mengalami masalah dalam percintaan atau dalam bahasa lebih kasarnya ialah “putus cinta hingga nak bunuh diri”! Logikkah akal ini hingga sanggup bunuh diri kerana gagal dalam percintaan?

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini sebenarnya telah gagal dalam peperiksaan SPM hingga tidak mahu teruskan hidup lagi. Benarkah SPM ialah segala-galanya hingga sanggup membunuh diri?

Hukumnya Haram dan Berdosa Besar Bagi Muslim

”Jangan engkau membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan al-haq” – maksud surah al An aam : 151

”janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah Maha Menyanyangimu” – maksud surah An Nisaa : 28

dari Jundud bin Abdullah, bahawa Rasulullah saw bersabda; ”dahulu ada orang yang terluka, lalu dia mengambil pisau dan memotong urat nadi di tangannya sehingga ia mati kerana kehabisan darah, lalu Allah berfirman, ”orang ini mendahului kehendakKu untuk mengadapKu (mati) maka aku haramkan syurga baginya.” – riwayat Bukhari dan muslim

”dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja” – maksud surah Yusof : 78

“Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sumber: http://www.ar-rifke.com

0 Comments: