Banyak email yang diterima oleh pembaca bertanyakan cara bagaimana untuk cashout pendapatan daripada ChurpChurp. Untuk pengetahuan semua yang telah mendaftar akaun ChurpChurp, anda hanya akan boleh cashout pendapatan selepas duit yang terkumpul sama atau melebihi jumlah RM100. Kurang daripada itu, anda tak boleh cashout.
Sebaik sahaja jumlah wang terkumpul dah jejak RM100 atau lebih, akan keluar butang cashout secara automatik. Maka anda boleh cashout pada bila-bila masa untuk menerima pembayaran daripada ChurpChurp. Dalam masa 30 hari wang anda akan diproses dan cek tunai akan dihantar ke alamat rumah yang didaftarkan semasa mula-mula pendaftaran dibuat dulu. Lihat contoh di bawah.
Hari yang terbaik untuk cashout adalah pada hujung bulan. Kerana jika anda cashout pada 16 April 2011 contohnya, wang itu akan mula diproses pada 30 April 2011. Jadi cek akan diterima pada 31 Mei 2011, lebih kurang macam tu lah.
Cara terbaik untuk cepat dapat earning yang banyak ialah dengan menyebarkan iklan ChurpChurp di facebook. Seperti yang kita tahu facebook merupakan laman sosial yang paling popular masa kini, maka jika anda melakukannya di Facebook dengan cara yang betul (tidak melanggar syarat), duit yang terkumpul akan lebih cepat.
ChurpChurp adalah cara buat duit paling mudah dan percuma di internet. Setiap klik iklan anda akan dibayar sebanyak RM0.20 hingga RM0.40. Kalau anda rasa nak suruh orang klik iklan anda dah rasa susah, janganlah fikir nak buat duit cara yang lebih susah dari itu. Kerana buat duit cara lain di internet jauh lebih susah. Bagi yang mula nak berjinak-jinak dengan bisnes internet, disarankan bermula dengan ChurpChurp dulu sebelum yang lain-lain.
Bagi yang belum mendaftar, dan berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui ChurpChurp, bolehlah daftar sekarang, tak perlu bayar sesen pun. Hanya masukkan nama penuh, alamat, dan email serta butir-butir yang diminta, klik sini [ChurpChurp]. Anda boleh baca sendiri semua maklumat di website ChurpChurp.
CiLiK "Selamat mencuba..."
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/cara-cashout-pendapatan-dari-churpchurp.html#ixzz1L3t7o06s
0 Comments:
Post a Comment