Thursday, January 27, 2011

Tiz Zaqyah Tekejut Fasha Putus Cinta


Tiz Zaqyah

PETALING JAYA: Pelakon wanita, Tiz Zaqyah yang pernah dikaitkan dengan kontroversi mempunyai hubungan dengan bekas pasangan kekasih Fasha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) memberitahu terkejut dengan berita tentang perpisahan itu.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut adalah hal peribadi pasangan berkenaan dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan kontroversi yang boleh menjejaskan namanya.

“Tipulah kalau saya kata tidak tahu tentang perkara itu sebab ia menjadi perbualan hangat beberapa hari ini. Ketika membacanya saya berasa begitu terkejut.

“Namun itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak mahu ambil tahu tentang perkara itu. Kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan mereka,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara, din sini Rabu.

Sementara itu, Tiz turut menolak desas-desus pertunangannya dengan anak seorang VIP bernama Aizat Fikri dan kontroversi tinggal sebumbung dengan pelakon kacak Remy Ishak.

“Saya hairan bagaimana orang boleh kaitkan saya dengan seorang lelaki bernama Aizat itu sedangkan saya tidak pernah mengenalinya langsung, jika mereka ada bukti sila tunjukkan pada saya.

“Selepas itu gosip beli rumah dengan Remy Ishak dan dakwaan kami tinggal sebumbung ia tidak benar sama sekali. Saya masih duduk dengan keluarga saya dan seperti yang pernah saya beritahu Remy hanya kawan sepertimana kawan-kawan saya yang lain,” ujarnya.

Jelas Tiz, dia menganggap apa juga kontroversi dan fitnah yang berlaku terhadap akan terbukti jika ianya tidak benar.

“Banyak kontroversi yang saya hadapi tapi saya percaya bahawa kebenaran akan terbukti,” katanya yang tidak mahu dikenali sebagai pelakon kontroversi lagi.

Bercerita tentang watak dalam drama Gemilang arahan Khabir Bhatia ini, Tiz menganggap watak seorang guru bernama Asma merupakan sebuah watak yang agak berlainan dari drama yang pernah dilakonkan bi bawah arahan pengarah tersebut.

“Drama ini memerlukan saya menjadi seorang guru yang baik dan mencintai seorang lelaki. Saya suka drama Gemilang ini kerana dapat bekerja bersama pelakon-pelakon yang lebih kurang seusia dengan saya.

“Selain itu ia merupakan projek kelima saya bersama Khabir Bhatia selepas Nur Kasih, Nur Kasih The Movie, Keabadian Cinta, Tujuh Lagu dan Gemilang,” katanya.

Drama berkisarkan nostalgia Malaysia pada lewat tahun 70-an ini disiarkan bermula 24 Januari lalu, setiap Isnin, pukul 9 malam di TV3.

Ia turut membariskan pelakon-pelakon ternama seperti Shahz Jaszle, Kamal Adli, Jalaluddin Hassan, Tasha Shilla dan ramai lagi.

Tuesday, January 18, 2011

Fasha Sandha ambil anak angkat!


Fasha Sandha yang dipetik dalam laman sosial Twitternya telah mengeluarkan kenyataan telah mengambil anak angkat. Mungkin kerana sifat Fasha yang suka kepada kanak-kanak, menyebabkan dirinya ingin membelai tawa riang seorang kanak-kanak, jesteru mengambil anak angkat. Memang suatu sifat yang mulia. Mungkin ini juga satu persediaan Fasha untuk berkahwin dengan orang tersayang dan seterusnya mendapatkan anak sebenar.

I'm thinking to adopt this babygirl name Khairunisa. She's cute, 11months. Her father left her. Her mother (19years old), has got 9siblings n struggling with her life. what do u think? Pls advice.

Fasha Sandha hilangkan diri, isu bikini di Bali


Isu Fasha Sandha berbikini di Bali memang menjadi liputan meluas di media-media tempatan. Ni sampai Kosmo pun jadi muka depan tajuk utama pilihan akhbarnya. Sampaikan Fasha dikatakan menghilangkan diri/mendiamkan diri dua hari tak balik-bali rumah. Yang terbaru punca Fasha berbikini di Bali berkenaan adalah bermula daripada perasaan cemburunya terhadap Tutzzz. belilah Kosmo. Ha3.


Wednesday, January 12, 2011

Fasha dianggap tidak profesional



FASHA SANDHA


KUALA LUMPUR – Selepas gambar kontroversinya memakai bikini di Bali, Indonesia tersebar di Facebook dan disiarkan Kosmo!, pelakon popular Fasha Sandha bertindak menghilangkan diri sehingga menimbulkan rasa tidak senang beberapa pihak.

Disebabkan tidak mahu membuat penampilan umum, Fasha membatalkan kehadirannya ke Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green anjuran gedung beli-belah The Weld di sini pada saat-saat akhir semalam.

Tindakannya itu menyebabkan pereka terkenal, Hazree Wahid, 29, terpaksa menarik diri daripada majlis itu kerana busana Cheongsam yang dicipta khas untuk diperagakan oleh Fasha tidak dapat dipertontonkan.

Dia kecewa dengan sikap tidak profesional Fasha yang dianggapnya mementingkan diri sendiri.

“Dia (Fasha) sepatutnya menggayakan busana saya yang direka khas mengikut ukuran badan dia tetapi malangnya pada pukul 10 pagi tadi (semalam), dia beritahu tidak dapat hadir kerana ada hal lain.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Saturday, October 2, 2010

Fasha berani tunjukkan cinta


GAYA pasangan romantik Fasha dan Jejai di Restoran Bora Ombak, Ampang semalam.


KUALA LUMPUR - Setelah tiga bulan mendiamkan diri, pasangan kontroversi Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli muncul bersama di khalayak umum semalam.

Lebih menarik, Rizal, 33, yang merupakan bekas suami aktres Nora Danish menemani Fasha dalam mood sangat mesra pada satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Fasha sendiri.

Kemunculan mereka di Restoran Bora Ombak, Ampang itu mengesahkan desas-desus bahawa Fasha sememangnya ada niat mahu bersuamikan Rizal yang lebih mesra dengan panggilan Jejai.

Malah sudah menjadi cakap-cakap di kalangan teman rapat bahawa Fasha memang mahu bersuamikan Jejai sebelum anak bekas Menteri Besar Perak itu berkahwin dengan Nora lagi tetapi hubungan mereka mendapat tentangan keluarga.

Semalam pasangan romantik itu menyedari kehadiran mereka menarik perhatian sekumpulan wartawan yang dijemput ke majlis itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.