Thursday, August 27, 2009

Tips Bersahabat

Apabila bersahabat, diri sendiri &; sahabat harus mempunyai tanggungjawab &; punya harapannya sendiri. Antaranya ialah: -
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan &; keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak &; kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan &; kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam &; tunggu hingga dia reda &; sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar &; angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i. e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s. w. t
Rasulullah s. a. w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s. a. w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Monday, August 24, 2009

Nilai Masa Dalam Kehidupan Seorang Mukmin

Seorang Mukmin memiliki perasaan yang paling dalam terhadap nilai masa. Sesungguhnya Allah akan menyoalnya kelak pada Hari Pembalasan tentang umurnya, untuk apa dihabiskan? Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan? Seorang Mukmin akan menjadi kikir terhadap masanya jika disia-siakan dalam permainan atau dihamburkan seperti angin yang bertiup. Masa adalah modal pokok orang Mukmin. Bagaimana mungkin mensia-siakannya sehingga ia rugi? Masa sesungguhnya adalah nikmat yang wajib disyukuri dengan cara memanfaatkannya. Tidak boleh diingkari dengan cara mensia-siakannya. Berkata Umar bin Abdul Aziz, ”Sesungguhnya malam dan siang bekerja untukmu, kerana itu bekerjalah kamu pada keduanya”.

Setiap Mukmin merasa seolah-olah setiap hari, matahari dan fajar memanggilnya dengan suara keras; ”Wahai manusia, aku adalah makhluk baru. Aku akan menyaksikan pekerjaanmu. Berbekallah engkau dariku dan manfaatkanlah aku dengan amal soleh, sesungguhnya aku tidak pernah kembali selama-lamanya”. Setiap Mukmin merasa takut hari-harinya akan lari dari genggamannya, kosong dari amal hari ini sampai pada hari esok. Pada esok hari sudah ada amal lain yang menunggunya sehingga tidak sempat mengerjakan pekerjaan pada hari-hari lainnya.

Demikian pula seorang Mukmin memiliki keinginan kuat agar hari ini lebih baik dari hari semalam. Hari esok lebih baik dari hari ini. Ia ingin hidup panjang – setelah kematiannya – sepanjang amal perbuatannya dan sepanjang kebaikan dampak amal perbuatannya. Seorang Mukmin memiliki keinginan kuat untuk mewariskan ilmu yang bermanfaat, amal perbuatan yang baik, program yang menghasilkan sesuatu, sedekah jariah atau keturunan yang soleh.


Friday, August 21, 2009

Internet dan Umat Islam

Madu atau Racun?

Islam memberikan satu impak yang besar kepada perkembangan ekonomi, politik, kepimpinan sesebuah negara, malah ilmu pengetahuan. Sebenarnya agama dan kemajuan teknologi bersifat penggenap, saling berkaitan dan bukan sebaliknya. Hakikatnya Islam tidak pernah menentang kehadiran teknologi moden. Malah dalam urusan seperti solat sekalipun, sumbangan teknologi astronomi telah memudahkan penentuan arah Kiblat.

Begitu juga dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bagaimanapun kemajuan dalam bidang ini tidak membawa apa-apa makna jika nilai masyarakat Islam semakin mundur.

Justeru, ledakan ICT hari ini harus digarap bagi membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Kelebihan teknologi internet menawarkan khidmat dakwah 24 jam sehari. ICT harus diterima sebagai satu platform baru dalam gerakan dakwah.

Bagaimanapun, janganlah kita mudah melatah. Islam telah meletakkan adab dan etikanya yang tersendiri dalam mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan. Etika ini sebenarnya sudah wujud sejak lebih 14 abad yang lalu.

Hari ini, pelbagai konteks maklumat dihidangkan melalui corong-corong media seperti akhbar dan internet. Justeru, umat Islam perlu berhati-hati. Input yang masuk ke minda melalui media elektronik ini akan memberi kesan kepada ketakwaan kepada Tuhan. Usaha pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sebagai contoh perlu dikekang.

bersambung......








Sumber dari Al Islam

Cara Mengatasi Ujian

Pertama: Dengan Solat dan Sabar

Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar."

Kedua: Dengan Menguatkan Kesabaran

Firman Allah Taala dalam surah Ali-Imran ayat 200 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (mengahdapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Ketiga: Bersabar Mengikut Cara Ulul Azmi

Keempat: Dengan Mengingati Fadilat dan Kelebihan Sabar

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya ada kalanya Allah telah menyediakan satu darjat bagi seseorang tetapi tidak dapat dicapai dengan amalannya, sehingga diuji dengan bala yang menimpa pada jasmaninya maka tercapailah dengan itu."

Kelima: Sentiasa Berdoa Kepada Allah Taala dan Bertahlil

Budaya Kerja Cemerlang

Menguntungkan di Dunia dan Akhirat

Islam begitu menitikberatkan etika kerja cemerlang. Etika kerja cemerlang sebenarnya bukanlah milik atau hak seseorang individu atau mana-mana kelompok masyarakat, sebaliknya ia meliputi keseluruhan pegawai dan kakitangan kerajaan dalam sesebuah organisasi. Kesan daripada etika atau budaya kerja cemerlang ini akan menjadikan sesebuah organisasi itu maju dan berjaya, kerana mempunyai pegawai dan kakitangan yang berkeupayaan tinggi.

Budaya kerja cemerlang sebenarnya adalah hak setiap individu di dalam setiap organisasi, bermula dari peringkat atasan hinggalah di peringkat bawahan seperti buruh, tukang kebun, pelayan pejabat dan jawatan-jawatan seumpamanya. Apabila budaya kerja cemerlang ini dapat diserapkan dalam minda setiap pegawai dan kakitangan kerajaan itu, maka hasilnya akan tinggilah kualiti dan kuantiti kerja setiap individu itu dan seterusnya peringkatan produktiviti.

Islam sebagai agama yang syumul, begitu menggalakkan umatnya bekerja keras, dan berusaha meningkatkan taraf hidup agar mereka bebas daripada belenggu kemiskinan, kerana kemiskinan adalah musuh manusia.

Dengan kata lain, apabila budaya kerja cemerlang itu ada pada setiap individu, sudah pasti ia akan mendapat keuntungan, bukan sahaja selama hidup di dalam duani ini, tetapi juga di akhirat kelak. Ini kerana setiap yang kita kerjakan dapat memberi sumbangan bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga keluarga, bangsa dan seterusnya negara. Dan ini adalah dikira sebagai satu amalan ataupun ibadah yang dituntut oleh Islam.

Apa jua yang kita buat atau lakukan, ia hendaklah disertai dengan niat kerana Allah SWT sama juga seperti kita menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam. Tanpa niat yang baik, sudah pasti amalan kita tidak akan diterima. Demikian juga dalam mencari kerja atau mencari rezeki, tentu ada matlamat dan disertai dengan niatnya sekali.

Tujuan kita bekerja sebenarnya adalah untuk menyara diri sendiri, keluarga dam seterusnya memberikan sumbangan bakti kepada agama, bangsa dan negara. Justeru, setiap pekerjaan yang kita lakukan, termasuk makan gaji sama ada dengan pihak kerajaan ataupun swasta hendaklah seimbang.

Jika kita mendapat gaji penuh, maka waktu bekerja pula hendaklah cukup atau menepati waktunya kerana jika kita bekerja sambil lewa atau sering ponteng daripada menjalankan tugas dan kewajipan, sudah pasti ia akan ditanya Allah di akhirat nanti.



sumber: Al Islam - Mei 2008 oleh: Wan Marzuki Wan Ramli

Wednesday, August 19, 2009

Gejala influenza A (H1N1)

a

1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal
dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web www.moh.gov.my dan www.who.int.

3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.

4. Pada peringkat manakah wabak ini akan diisytiharkan sebagai pandemik?
Pada fasa 6.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my
www.moh.gov.my

Kejayaan yang sebenar


Justify FullBukan senang untuk seseorang mendapat kejayaan dan bukan susah juga untuk seseorang mengecapi sesuatu kejayaan.
Persoalannya di sini ialah sejauh mana seseorang itu berusaha untuk mencapai kejayaannya?
Faktor pertama yang perlu ditangani bagi memotivasikan seseorang ialah DIRI SENDIRI mesti sudah mempunyai suatu impian atau keinginan yang membuak-buak untuk berjaya. Seseorang itu mestilah mempunyai IMPIAN besar, BERJIWA besar dan BERCITA-CITA tinggi. Ini bermakna untuk mencapai kejayaan maka seseorang itu mesti mempunyai TIGA ciri penting tersebut iaitu IMPIAN - BERJIWA - BERCITA-CITA baharulah sesuatu kejayaan itu senang dan mudah dicapai. Namun begitu perlu diingatkan bahawa ketiga-tiga ciri itu mestilah bersifat BESAR dan TINGGI.
Jika seseorang itu hanya mempunyai impian kecil, berjiwa kecil dan bercita-cita rendah maka saiz untuk mereka mendapat kejayaan pun kecil juga. Jadi jika kita sekarang hanya mempunyai impian yang kecil dan berjiwa kecil maka kepompong yang besar sukar untuk kita keluar kerana kepompong yang besar memerlukan impian yang besar dan jiwa yang besar barulah boleh keluar. Analogi ini boleh dikaitkan dengan perbandingan di antara orang yang mempunyai impian yang besar dengan orang yang mempunyai impian yang kecil. Yang mana sama-sama inginkan sebuah kejayaan. Maka di sini kita boleh melihat siapakah yang akan berjaya terlebih dahulu. Kadang-kadang kalau jiwa dan impian kita kecil maka kita akan sentiasa berada pada tahap zon selesa dengan kekecilan kita sendiri. Mungkin kadang-kadang kita suka mengecilkan orang lain. Mengecilkan impian orang lain. Mengecilkan pandangan orang lain dan sebagainya.
Perkara penting yang ingin disebutkan di sini ialah kejayaan. Oleh itu sebagai manusia kita mestilah ada kerjaya iaitu kerja yang membawa kepada kejayaan. Kita tidak mahu kerja tanpa kejayaan. Hanya ada dua bentuk kerjaya. Pertama, kerjaya makan gaji dan kedua berniaga.
Pilihlah yang mana satu yang akan memberikan kita kegemilangan dalam hidup. Seterusnya memberikan kita kejayaan yang sebenar yang kita tercari-cari selama ini. Cuma pastikan kejayaan yang kita kecapi itu juga membawa kejayaan di hari muka. Jangan sekadar hanya berjaya di dunia tetapi di akhirat kita tidak berjaya. Kita seimbangkan kejayaan kita itu bukan hanya di dunia tetapi di akhirat pun kita dipanggil JUTAWAN AKHIRAT. Fikir-fikir dan renung-renung sekiranya itu yang kita impikan selama ini.