Sunday, July 26, 2009

Falsafah Lada Burung



Lada Burung: Walaupun kecil namun mampu untuk menyengat sesiapa sahaja walaupun jasad orang itu sebesar harimau setinggi unta. Ibarat siapa makan lada dia terasa pedasnya.

Pilihan di Tangan Anda

Setiap manusia mestilah pandai menilai pada setiap apa yang dirasakan baik untuk dirinya. Di samping pandai merebut peluang yang terbuka di depan mata. Buatlah sesuatu perkara dengan memikirkan adakah perkara tersebut memberi faedah kepadanya atau tidak?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima peluang sebelum datangnya lima rintangan:
1. Hidupmu sebelum matimu;
2. Sihatmu sebelum sakitmu;
3. Lapangmu sebelum sibukmu;
4. Usia mudamu sebelum datangnya tua dan
5. Kayamu sebelum miskin.

Apa Pendapat Anda?
1. Apakah anda seorang yang jenis sukakan hanya kecantikan luaran semata-mata?
2. Adakah anda seorang yang suka rebut peluang yang ada di depan mata?

Alam Barzakh Pasti


Mengamati alam barzakh atau mengingati kematian adalah satu perkara yang dapat memberikan keinsafan kepada insan yang benar-benar yakin akan kembali kepada Allah. Ianya juga merupakan pendidikan, ujian dan cubaan bagi manusia. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya hati ini berkarat dan yang menghilangkan karatnya itu adalah membaca Al-Quran, Ingat mati dan menghadiri majlis-majlis zikir.”


Allah berfirman dalam surah al-Anbiya’ ayat 35, yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”

Dalam satu hadis Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5 kali :
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan banyak membaca al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah” supaya kamu dapat jawapan kepadanya

Ziarah Lembut Hati

Menziarahi kubur merupakan sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu mengikuti dan melakukannya adalah sesuatu yang dianjurkan. Kubur adalah tempat yang akan didiami oleh setiap manusia dan ini adalah perkara yang nyata bagi semua manusia. Dengan menziarahi kubur dapat mengingatkan kita kepada kematian dan dengan mengingati mati, hati akan menjadi lembut. Apabila hati lembut manusia akan menjadi manusia yang baik akhlaknya.

Orang yang mati yang berada dalam kubur, sebenarnya mereka bukannya mati tetapi hanya berpindah tempat sahaja. Mereka mengetahui segala apa yang terjadi selepas itu (mati). Di sanalah (kubur), mereka akan merasa menyesal kerana kurangnya beramal ketika berada di dunia. Tetapi penyesalan ketika berada dalam kubur sudah tidak bermakna lagi. Justeru, doa daripada orang yang hidup amat diperlukan bagi meringankan orang yang mati dari azab kubur.


Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Othman bin Affan r.a., apabila dia berdiri di hadapan sesuatu perkuburan, beliau menangis, sehingga basah janggutnya. Ada orang bertanya kepada beliau: “Tuan bilamana mengingat neraka tidak menangis, tetapi kenapa bilamana di tempat yang semacam ini lalu menangis?” Beliau menjawab bahawa Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kuburan itu adalah suatu tempat penginapan yang pertama dari penginapan-penginapan akhirat, jika ia selamat daripadanya, maka apa yang akan datang kemudian daripadanya akan lebih mudah dan senang, tetapi bilamana ia tidak selamat daripadanya, maka yang kemudian daripadanya akan lebih berat dan lebih sukar kepadanya.”

Seorang wali Allah, Yazid Ar-Raqasi berkata: “Barangsiapa yang melalui suatu perkuburan tetapi tidak mengambil teladan dan pengajaran, adalah ia terhitung golongan binatang.”

Nak tanya anda
1. Apakah perasaan anda apabila mendengar sesuatu kematian?
2. Berapa kali anda menziarahi kubur dalam sebulan?

Friday, July 24, 2009

Bermusyawarah Tidak Rugi

Melakukan perbincangan sebelum melakukan sesuatu amatlah dituntut oleh Islam. Kerana tidak rugi dengan melakukan perbincangan terlebih dahulu dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Begitu juga dengan sikap tolong-menolong adalah perkara yang baik dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Tetapi kita mesti ingat had dan batasan dalam melakukan pertolongan, jangan sampai tolong-menolongan kepada perkara yang boleh merosakkan. Sebagaimana Allah SWT berfirman, yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
(Surah al-Mai’dah, ayat 2)

Jikalau berlaku pencerobohan dan kerosakan dalam sesebuah masyarakat ,maka yang menjadi mangsa adalah semua ahli masyarakat yang ada di dalamnya. Sebagaimana digambarkan oleh Rasulullah SAW, bahawa kehidupan bermasyarakat ini ibarat sebuah bahtera di permukaan laut yang mempunyai dua tingkat. Sekiranya orang yang di tingkat atas meminta pertolongan orang di tingkat bawah supaya mengambil air. Lalu mereka yang di bawah menebuk lantai bahtera atau kapal itu untuk mengambil air tanpa memikirkan akibat akan akan terjadi selepas itu. Maka bahtera itu akan tenggelam kerana dipenuhi air dan semua yang ada didalamnya mati.

Sekiranya sebelum itu mereka melakukan perbincangan dan pencegahan maka semua itu tidak akan berlaku.

Bincangkan
Adakah anda sentiasa lakukan musyawarah dengan kawan-kawan sebelum melakukan sesuatu perkara?

Insafi Penciptaan Alam

Justify FullMencari keinsafan melalui penciptaan alam, termasuk penciptaan tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan serangga-serangga merupakan cara terbaik bagi menilai sejauhmana kekuatan makhluk berbanding dengan khaliq (Allah SWT). Keinsafan yang dimaksudkan adalah perasaan kerdil dan lemahnya kita sebagai manusia jika dibandingkan dengan kekuatan yang dimiliki oleh Allah SWT.

Allah SWT menciptakan makhluk selain daripada manusia bukannya sia-sia tetapi ada hikmah di sebalik penciptaannya itu. Juga sebagai I’tibar dan pengajaran kepada manusia.
Sebagai contoh, penciptaan semut dan lebah misalnya menggambarkan sifat rajin, tolong-menolong dan bekerjasama.