Friday, July 24, 2009

Bermusyawarah Tidak Rugi

Melakukan perbincangan sebelum melakukan sesuatu amatlah dituntut oleh Islam. Kerana tidak rugi dengan melakukan perbincangan terlebih dahulu dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Begitu juga dengan sikap tolong-menolong adalah perkara yang baik dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Tetapi kita mesti ingat had dan batasan dalam melakukan pertolongan, jangan sampai tolong-menolongan kepada perkara yang boleh merosakkan. Sebagaimana Allah SWT berfirman, yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
(Surah al-Mai’dah, ayat 2)

Jikalau berlaku pencerobohan dan kerosakan dalam sesebuah masyarakat ,maka yang menjadi mangsa adalah semua ahli masyarakat yang ada di dalamnya. Sebagaimana digambarkan oleh Rasulullah SAW, bahawa kehidupan bermasyarakat ini ibarat sebuah bahtera di permukaan laut yang mempunyai dua tingkat. Sekiranya orang yang di tingkat atas meminta pertolongan orang di tingkat bawah supaya mengambil air. Lalu mereka yang di bawah menebuk lantai bahtera atau kapal itu untuk mengambil air tanpa memikirkan akibat akan akan terjadi selepas itu. Maka bahtera itu akan tenggelam kerana dipenuhi air dan semua yang ada didalamnya mati.

Sekiranya sebelum itu mereka melakukan perbincangan dan pencegahan maka semua itu tidak akan berlaku.

Bincangkan
Adakah anda sentiasa lakukan musyawarah dengan kawan-kawan sebelum melakukan sesuatu perkara?

0 Comments: