Friday, August 21, 2009

Internet dan Umat Islam

Madu atau Racun?

Islam memberikan satu impak yang besar kepada perkembangan ekonomi, politik, kepimpinan sesebuah negara, malah ilmu pengetahuan. Sebenarnya agama dan kemajuan teknologi bersifat penggenap, saling berkaitan dan bukan sebaliknya. Hakikatnya Islam tidak pernah menentang kehadiran teknologi moden. Malah dalam urusan seperti solat sekalipun, sumbangan teknologi astronomi telah memudahkan penentuan arah Kiblat.

Begitu juga dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bagaimanapun kemajuan dalam bidang ini tidak membawa apa-apa makna jika nilai masyarakat Islam semakin mundur.

Justeru, ledakan ICT hari ini harus digarap bagi membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Kelebihan teknologi internet menawarkan khidmat dakwah 24 jam sehari. ICT harus diterima sebagai satu platform baru dalam gerakan dakwah.

Bagaimanapun, janganlah kita mudah melatah. Islam telah meletakkan adab dan etikanya yang tersendiri dalam mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan. Etika ini sebenarnya sudah wujud sejak lebih 14 abad yang lalu.

Hari ini, pelbagai konteks maklumat dihidangkan melalui corong-corong media seperti akhbar dan internet. Justeru, umat Islam perlu berhati-hati. Input yang masuk ke minda melalui media elektronik ini akan memberi kesan kepada ketakwaan kepada Tuhan. Usaha pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sebagai contoh perlu dikekang.

bersambung......








Sumber dari Al Islam

0 Comments: