Firman Allah Taala:
Yang bermaksud : "Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat (kami berbuat demikian), kerana sesungguhnya kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba kami ditimpa azab)."
Marilah kita berusaha memperkukuhkan keimanan dan mempertingkatkan ketakwaan kita terhadap Allah swt dalam melaksanakan ajarannya, taat akan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya.
Hari ini umat Islam berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan. Salah satu faktor utama yang menyebabkan berlakunya keadaan demikian, ialah di sebabkan kurangnya penghayatan mereka terhadap Al-Quran dan Al-Sunnah.
Apakah yang di katakan Al-Quran dan Al-Sunnah?,
Al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam, sedang Al-Sunnah atau Hadis Rasulullah saw merupakan tafsir yang utama dari Al-Quran, kedua-duanya wajib dipatuhi dan diikuti.
Al-Quran merupakan sumber hukum yang pertama dan utama, sedang Al-Sunnah sebagai sumber hukum yang kedua. Yakni hukum yang mengatur atau memberi penilaian setiap bentuk, sikap dan amal insan muslim.
Kesan dari pengabaian ajaran tersebut, tampak jelas, di mana ramai umat Islam hari ini dihimpit dengan pelbagai masalah hidup, hingga tidak dapat berfikir sebagai seorang insan, dan menurut sahaja hawa nafsu syaitan terhadap sikap dan tingkahlaku mereka.
Gejala sosial yang melanda umat Islam hari ini, merupakan satu contoh yang paling ketara, betapa rendahnya akhlak masyarakat Islam. Penglibatan mereka dalam gejala sosial, adalah sesuatu yang amat memalukan.
Kita sering di gemparkan dengan perbuatan membuang bayi, bayi yang baru dilahirkan dibuang di tepi longkang, di bawah pokok atau di tepi surau, tanpa rasa belas kasihan. Kemudian timbul pula isu sumbang mahram, nafsu tidak mengenal yang mana anak dan yang mana cucu, maka hari ini kita kejutkan pula dengan rogol dan bunuh. Yang menjadi mangsa bukan sahaja perempuan dewasa, tetapi termasuk juga remaja bawah umur dan anak yang masih bayi.
Menurut (statistik) Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa kes rogol telah meningkat daripada 1,217 pada tahun 2000 kepada 1,386 pada tahun 2001, dan kepada 1,431 pada tahun 2002, menurut statistik tersebut, seramai 4 orang dirogol setiap hari. Berbagai-bagai golongan telah mengutuk perbuatan ini, termasuk yang bukan Islam, berbagai-bagai hukuman telah dicadangkan, namun sehingga kini, masih belum dapat penyelesaiannya.
Perjalanan hidup telah memberi pengajaran kepada kita, bahawa kebanyakan orang yang hidup dalam keluh-kesah, kecelaruan fikiran, hidup terumbang-ambing, tidak ada pertahanan diri, adalah terdiri daripada mereka yang tidak memperolehi nikmat iman.
Orang-orang yang beriman dan bertakwa, akan tetap berpegang teguh, bahawa Al-Quran dan Al-Sunnah adalah panduan hidup sejati, menjadi benteng dalaman mereka. Mereka inilah yang mendapat kejayaan. Sebaliknya kepada golongan yang menolak dan membelakangkan Al-Quran dan Al-Sunnah, mereka akan terus berhadapan dengan berbagai-bagai krisis moral, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa, fitnah-memfitnah yang sering kali berkesudahan dengan kekecewaan. Golongan seperti ini, walaupun fizikalnya nampak maju dan berjaya, namun Spiritual atau rohani mereka adalah kosong dan tidak sihat. Di dalam Al-Quran di jelaskan, bahawa betapa perlunya umat Islam menjaga maruah, sebagai umat yang paling mulia dan mendapat sanjungan tinggi daripada Allah swt, sebagaimana sabda Rasulullah saw :
Bermaksud : " Islam itu tinggi dan tidak ada yang dapat mengatasinya."
Umat Islam sememangnya tidak boleh lari daripada berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah, kerana dengan berpandukan kepada kedua-duanya, perjalanan hidup manusia di muka bumi ini, tidak akan sesat selama-lamanya. Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan pusaka peninggalan Muhammad saw, sebagaimana sabdanya :
( Di riwayatkan Abu Daud dan Ibnu Majjah ).
Bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasulnya,"
Sebenarnya kebahagiaan itu hanya akan dapat di rasai apabila wujudnya ketenangan, ketenteraman, keamanan batin, kepuasan cinta dan kasih sayang. Bagi orang yang menghayati ajaran Al-Quran (beriman), mereka menjadi orang yang tenang dan tenteram, berani menghadapi apa jua keadaan sekalipun menghadapi segala kesulitan.
Mereka berhati teguh, sabar, tidak mudah panik dan sentiasa lapang dada. Ketenangan serupa inilah yang memenuhi jiwa Rasulullah saw semasa Baginda berhijrah bersama-sama Saidina Abu Bakar As-Siddiq, ke Madinah Al-Munawwarah, walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman dan sanak saudara.
Marilah kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Sebagai orang Islam kita tidak boleh berpisah dengan ajaran keduanya. Melalui penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah, peningkatan kualiti, kepuasan dalaman dan keperibadian kita dalam menjalin hubungan dengan Allah dan juga hubungan sesama manusia, akan dapat dilaksanakan dengan sempurna, tetapi jika kita ingkar dan mengabaikan petunjuk Al-Quran, Allah swt akan menjanjikan balasan buruk dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat sebagaimana firmannya di dalam Surah Taha ayat 124 :
Bermaksud : " Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta."

0 Comments:
Post a Comment