Monday, August 31, 2009

Apa Itu Makanan Halal?

Firman Allah Taala, yang bermaksud:
"Dan hari ini dihalalkan segala yang baik-baik, dan makanan ahli Kitab adalah halal bagi kamu dan makanan kamu adalah halal bagi mereka." (al-Maidah: ayat 5). Maksud Surah al-Maidah, ayat 5.

Para sahabat mempunyai pelbagai tafsiran berkaitan dengan "makanan" yang disebutkan di dalam ayat ini. Bagi jumhur sahabat, ianya merujuk kepada semua jenis makanan termasuk sembelihan mereka, dengan syarat ianya halal di dalam syariat Islam.

Bagi segelintir sahabat pula, mereka hanya menghadkannya kepada makanan yang dimasak, buah-buahan dan juga segala jenis makanan yang disediakan kecuali penyembelihan, kerana ianya hanya khusus bagi orang Islam. Ikhtilaf yang sama juga berlaku di kalangan para fuqaha' mazhab (Lihat: al-Syawkani, Fath al-Qadir, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, j.2, h.14).

Kesimpulannya, makanan selain sembelihan jika ianya dihasilkan, diproses ataupun dimasak oleh ahli Kitab dan halal di dalam syariat Islam maka ianya halal untuk dimakan oleh orang Islam. Ibn Kathir mengatakan ijmak di kalangan umat Islam telah berlaku berkaitan perkara tersebut. (Lihat: Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, Beirut: Dar al-Jil, j.2 h.70.

Bagi mereka yang membenarkan umat Islam memakan sembelihan ahli Kitab pula, mereka khilaf tentang siapakah ahli Kitab? Majoriti ulama mengatakan mereka adalah penganut-penganut agama Yahudi dan Kristian, dari dulu, kini dan selamanya.

bersambung..............



0 Comments: