Keluarga pelajar di Mesir makin cemas
KUALA TERENGGANU 1 Feb. — Keluarga pelajar Terengganu yang sedang belajar di Mesir melahirkan rasa bimbang dan cemas tentang keselamatan pelajar berkenaan, sekaligus meminta mereka segera dibawa pulang.
Ketua Penolong Pengarah Yayasan Terengganu, Razali Mahmud berkata ibu bapa terutamanya melahirkan rasa bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka berikutan keadaan kucar-kacir yang berlaku di negara itu.
"Kita dapat maklumat yang keadaan di sana sudah ke tahap oren. Semalam Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay bersama beberapa pegawai dari Majlis Keselamatan Negara telah berlepas ke Mesir untuk menilai keadaan semasa di sana,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya, terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia berada di negara itu dan dari jumlah itu 7,000 adalah pelajar.
Yayasan Terengganu menaja 247 pelajar yang menuntut dalam jurusan pengajian Islam dan Kedoktoran di Mansurah, Iskandariah dan Kaherah, Mesir. — Bernama
0 Comments:
Post a Comment