Friday, December 4, 2009

Chelsea Kalah di Suku Akhir Piala Liga

Chelsea tersilap buat percaturan


REAKSI barisan pemain Chelsea ketika penentuan sepakan penalti menentang Blackburn Rovers di Ewood Park semalam. Blackburn menang 4-3.


BLACKBURN - Paul Robinson muncul wira Blackburn Rovers apabila menjadi penghalang kepada Chelsea untuk mara ke separuh akhir Piala Liga.

Robinson berjaya menyelamatkan sepakan penalti Gael Kakuta, sekali gus memberi kemenangan 4-3 Blackburn ke atas Chelsea pada aksi suku akhir Piala Liga awal pagi semalam.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi yang berlangsung di Ewood Park.

Nikola Kalinic, Brett Emerton dan Benni McCarthy masing-masing meledak satu gol buat Blackburn.

Skuad The Blues pula memperoleh gol menerusi jaringan Didier Drogba, Salomon Kalou dan Paulo Ferreira.

Pada aksi di gelanggang lawan itu, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti melakukan lapan perubahan dalam barisan pemainnya yang menewaskan Arsenal 3-0, Ahad lalu dan jelas sekali ia memakan diri.

Ancelotti mengarahkan Kakuta, 18, mengambil sepakan penalti kelima Chelsea, namun sepakannya itu terus ke dakapan Robinson.

"Saya ambil risiko dengan menurunkan semua pemain muda pada babak pertama kerana saya ingat ia memberi kebaikan kepada kami.

"Kakuta dan Jeffrey Bruma bermain dengan baik dan mereka ada masa depan yang cerah dalam pasukan kerana mereka memiliki kualiti yang bagus.

"Ia satu perlawanan yang berguna bagi pemain muda ini dan saya gembira dengan kemampuan mereka," kata Ancelotti. - AFP

Sumber: Kosmo Online

Wednesday, November 18, 2009

AQIQAH



Menurut bahasa, AQIQAH ialah binatang yang disembelih sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas kurnia-Nya memberi zuriat, tetapi yang lazim diertikan oleh ramai; aqiqah ialah ibadat menyembelih binatang (biasanya kambing) sebagai tanda kesyukuran kerana beroleh zuriat itu.

Rasulullah saw telah menyembelih dua ekor kambing bagi tiap seorang dari cucunya iaitu Saiyidina Hassan dan Hussain - pada hari ketujuh cucu-cucunya itu dilahirkan; mereka itu telah lahir kira-kira dalam tahun 3 Hijrah. Adalah sunnat hukumnya: mencukur rambut bayi (samada lelaki atau perempuan) pada hari ketujuh bayi itu dilahirkan; sunnat pula bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu bersedekah dengan emas atau perak sebanyak yang sama berat dengan rambut bayi itu, atau dengan wang yang senilai dengan emas/perak yang seberat rambut bayi itu.

Adalah sunnat juga bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu mengaqiqahkan anak/cucunya itu dengan dengan menyembelih 2 ekor kambing jika anak lelaki dan seekor kambing jika anak perempuan. Sunnat bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu mengaqiqahkan anak/cucunya ketika bayi itu, berumur antara antara 7 hingga 40 hari, iaitu kira-kira darah nifas ibunya belum kering. Ada juga kaul yang mengatakan aqiqah boleh dilakukan selagi anak itu belum baligh.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apabila anak itu sudah baligh maka tidaklah sunnat lagi bapa atau datuk yang menafkahi anak itu melakukan amalan aqiqah itu.

Cara melakukan ibadat aqiqah itu samalah seperti melakukan ibadat qurban. Bezanya ialah bahawa qurban itu dilakukan pada hariraya Aidiladha atau/dan tiga hari tasyrik, manakala aqiqah boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Binatang yang dijadikan aqiqah/qurban ialah kambing, unta atau lembu yang sihat, berumur antara 2 hingga 3 tahun, tidak cacat; Tidak sah binatang yang tempang, buta atau sakit dijadikan aqiqah/qurban. Aqiqah/qurban dengan kambing ialah aqiqah/qurban bersendirian, tetapi lembu atau unta boleh dijadikan aqiqah/qurban berkongsi.

Menyembelih aqiqah adalah sama dengan cara menyembelih binatang-binatang biasa tetapi hendaklah dengan niat aqiqah.Daging aqiqah itu hendaklah dipotong-potong dengan tidak mematah atau memecahkan tulangnya. Adalah sunat jika daging itu dimasak dengan manisan (madu, misalnya) kemudian masakan itu dibahagi-bahagikan kepada fakir dan miskin.

Friday, November 13, 2009

PERLINDUNGAN PENGGUNA

AKTA DAN AGENSI YANG MELINDUNGI PENGGUNA


Matlamat Undang-undang Perlindungan Pengguna
• Keselamatan
• Kesihatan
• Kesejahteraan ekonomi
• Maklumat
• Alam sekitar
• Ganti rugi
Keperluan Perlindungan Pengguna
• sikap tak apa pengguna menimbulkan penipuan
• Kejahilan pengguna mengani hak dan tanggungjawab
• Tidak ada pendidikan pengguna
• Penguatkuasaan undang-unang yang lemah
• Maklumat yang mengelirukan
• Tiada pepaduan dan pewakilan pengguna

Prinsip Umum Perlindungan Pengguna
• Melindungi pengguna daripada barangan merbahayakan kesihatan dan keselamatan
• Pemajuan dan perlindungan kesejahteraan ekonomi pengguna
• Penerangan cukup untuk membolehkan pengguna membuat pilihan berkesan
• Pendidikan pengguna
• saluran aduan yang berkesan
• Kebebasan menubuhkan kumpulan pengguna
Perlindungan Pengguna Sedunia
• Membantu negara melindungi pengguna
• Mewujudkan corak pengeluaran dan pngedaran yang bertanggungjawab
• Menggalakkan praktis perniagaan dan perdagangan beretika tinggi
• Mengatasi amalan perniagaan curang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa
• Membantu memajukan organisasi pngguna
• Meningkatkan kerjasama antarabangsa
• Menggalakkan suasana pasaran sihat : tingkat pilihan pada harga yang berpatutan
Perlindungan Pengguna Malaysia
• Antarabangsa : IOCU
• Kerajaan : Kementerian, Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna, Majlis Perlindungan Pengguna, peringkat negeri, daerah
• Persatuan pengguna : FOMCA, persatuan pengguna negeri-negeri, kelab pengguna..
• Pengguna melindungi diri sendiri

Thursday, November 12, 2009

GALAKAN JUALAN: ISU PENGGUNA DIPASARAN

Galakan Jualan

• Iklan
o media cetak
o elektronik

• Sistem harga
• Tawaraan jualan
• Pembungkusan
• Jenama

Teknik Galakan Jualan
• Jualan terus oleh individu
• Pembungkusan, iklan, kempen menambah jualan
• Badan profesional
• Media umum
• Kawan, saudara
• Piawai yang ditentukan kerajaan
• Rating oleh badan berkanun

Jenis Iklan
• Informative
• Defensive (competitive)
• Comparative

Teknik Iklan
• Creative
• Logical
• Testimonial
• emotional

Fungsi Iklan
• Memberi maklumat
• Cara baru menggunakan barangan
• Beritahu harga barangan
• Galakkan perubahan aspirasi dan gaya hidup
• Menampung kos pengeluaran
• Maklumat tempat mendapatkan barangan

Fungsi Iklan Dari Perspektif Penjual
• menggalakkan permintaan pengguna melalui : penerimaan dan penggunaan lebih luas , pelbagai kegunaan barangan
• mendidik bakal pengguna mengenai faedah, kegunaan dan keistimewaan barangan
• maklum kepada pengguna mngenai barangan baru
• kekal hubungan dengan pengguna

Fungsi Iklan Dari Perspektif Penjual
• keistimewaan barangan
• membentuk cita rasa pengguna terhadap satu jenama
• pengeluaran besar-besaran
• nama barangan dan slogan
• bahagian bsar dalam perniagaan
• galakkan penggunaan satu kelas barangan

Hujah Penyokong Iklan
• meningkatkan permintaan
• harga lebih murah
• menggalakkan kebebasam memilih
• sumberkewnagan untuk media
• boleh dibaiki lagi
• ketahui barangan baru
• galakkan pertandingan

Kritik Mengenai Iklan
• galak menukar jenama
• meningkatkan harga barangan
• pembaziran
• memainkan emosi
• mengawal akhbar
• tidak ada kualiti
• menonjolkan nilai yang tidak baik

Keburukkan Iklan
• galakkan sifat kebendaan, kehendak yang berlebih-lebihan - pembaziran
• mengurangkan pertandingan harga
• akuan palsu tidak tepat
• memainkan emosi pengguna
• tambahan kos

Panduan Menganalisis Iklan
• Kaji iklan untuk ketahui barangan baru
• Kenalpasti cara pujukan yang digunakan
• Cari maklumat yang mnyatakan mutu/akuan
• Jangan dipngaruhi oleh kenyataan yang tidak berasas
• Cari maklumat berguna
• analisis iklan untuk mendapatkan maklumat berguna

Label sebagai Panduan
• Label bermaklumat : nama barangan, kandungan barangan, kandungan pemakanan, tarikh luput, berat bersih, alamat pengeluar, pengedar, cara menghidang, menjaga dan amaran
• Maklumat berguna selain daripada maklumat asas: brat atau kandungan bersih, gred atau mutu barangan, analisis kandungan dan tanda kualiti
Jenama
• Membolehkan pengguna mendapatkan barangan yang sama stelah menggunakan pada kali pertama
• Panduan kepada pengguna bahawa mereka akan dapat kualiti barangan yang sama
• Pengeluar terkenal akan cuba menjaga mutu barangan
• Jenama antarabangsa, kebangsaan, store rangkaian, jenama tempatan

Pembungkusan
• Barangan yang dibungkus - pengguna perlu tahu apa kandungannya
• Barang tahan lama, kebersihan dijaga dan dapat letakkan maklumat mengenai barangan
• Boleh membazir
• Pembungkusan baik mengandungi maklumat yang berguna untuk pengguna

Proses Penentuan Harga
• Kos borong barangan
• Kos tambahan kos tambahan kedai
• Strategi harga
o harga petanding
o harga runcit yang dicadangkan pengeluar
o harga diiklankan
o harga bermusim
o harga diskaun kuantiti
o harga tunai/kredit
o harga se unit
o harga jualan murah

Piawaian/Standard
• piawaian ukuran/ saiz, mutu/prestasi
• piawaian spesifikasi barangan : prestasi, kandungan, rekabentuk, binaan dan hasilakhir keluaran sesuai dengan kegunaan
• piawaian kaedah pengujian : bahan dan barangan diuji samada sesuai dengan piawaian yang ditentukan
• piawaian tatasusila amalan : cara mengendalikan satu urusan yang baik

Wednesday, November 11, 2009

KRITERIA KEDUDUKAN EKONOMI KELUARGA/PENGGUNA

Gaya Hidup
• Persepsi individu dan keluarga ke atas kualiti hidup, gaya hidup, tahap sosio ekonomi dan kebudayaan mempengaruhi penentuan pengguna
• Faktor sosio ekonomi memberi kesan ka tas gaya hidup
• Tradisi keluarga dan persekitaran mempengaruhi gaya hidup
• Gaya hidup keluarga mungkin sama dengan jiran
• Taraf hidup mempengengaruhi gaya hidup seperti yang digambarkan oleh aktiviti keluarga

Gaya Hidup
• Melambangkan komponen tahap hidup
• Petunjuk tahap hidup:
o barangan yang diguna
o cara gaya barangan diguna
o kepuasan daripada penggunaan
o pola penggunaan semua sumber
o sikap terhadap tahap hidup

Faktor Yang Mempengaruhi Gaya Hidup
• tanggapan sosial
• tahap pendidikan
• pekerjaan
• pendapatan
• barangan yang ada
• perbezaan individu
• kediaman
• aspirasi/orientasi nilai

Perubahan Gaya Hidup Keluarga
• perubahan peranan dalam keluarga
• pola penggunaan masa
• interaksi dan kepaduan keluarga
• pengkhususan dalam pasaran
• kos hidup dan pergantungan kepada wang
• pengurusan sumber terhad

Taraf Hidup Rendah
• Kepuasan yang dinikmati tertumpu kepada keperluan fizikal
• keperluan pendidikan, kesihatan, intergrasi sosial, rekreasi kerohanian diabaikan
• keperluan semasa
• ada kalanya kepuasan jangka pendek boleh mendatangkan kesan negatif dalam jangka panjang
• pendapatan wang yang terhad
• kekurangan pengetahuan mengenai pilihan barangan dan perkhidmatan

Taraf Hidup Tinggi
• memberi kepuasan kepada individu dan kumpulan
• menyokong nilai yang dipegang oleh kumpulan sosial
• keperluan asas, pendidikan, hubungan sosial, rekreasi sesuai dengan diri, keteguhan psikologi, fizikal dan kewangan
• penggunaan semasa dan masa depan seimbang
• kemampuan memilih kerjaya sendiri
• sumbangan kepada masyarakat
• masa rehat/riadah

Tahap Hidup Mewah
• Dicirikan berasaskan cara didapati bukannya barangan dan perkhidmatan yang digunakan
• perbelanjaan boros
• pembaziran
• menggunakan sumber lebih daripada sepatutnya
• tidak tahu cara paling ekonomikal menggunakan sumber
• pembaziran berkaitan dengan nilai yang dipegang

Tuesday, November 10, 2009

Dr Asri sedia berceramah di Kelantan

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bersedia menyampaikan kuliah pada mana-mana majlis Ilmu di Kelantan termasuk pada kuliah tetap Tuan Guru Nik Abdul Aziz setiap Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim pagi tadi.

“Saya sanggup menjadi penceramah di Kelantan jika dijemput termasuk di Medan Ilmu.

"Walapun jaraknya agak jauh, namun tiada masalah bagi saya,” ujar beliau.

Dr. Asri ditahan oleh JAIS pada lewat malam 1 November lalu ketika sedang menyampaikan kuliah di sebuah banglow di Selangor kerana didakwa megajar tanpa tauliah.

Sewaktu penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Aziz antara individu yang mempertikaikan motif penahanan Dr Asri.

Dalam pada itu bekas mufti terbabit juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Johor kerana memberi kebenaran kepadanya meneruskan kuliah di negeri tersebut.

“Ini menggambarkan keterbukaan intelektual kerajaan Johor dan diharapkan dapat dilakukan sama negeri-negeri lain,” katanya.

Kuliah Jumaat di Medan Ilmu merupakan kuliah tetap Menteri Besar Kelantan yang turut dihadiri ribuan rakyat dari seluruh negeri kelantan dan dari luar.

Dr Mohd Asri juga berkata, Kelantan sejak dari dahulu lagi mengamalkan keterbukaan di mana beliau pernah dijemput menyampaikan ceramah agama di negeri ini.

Oleh itu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan kerana memahami suasana yang beliau alami.

Beliau juga sebelum ini pernah menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas keluar dari Intitut Jantung Negara.

Tuesday, November 3, 2009

QURBAN : KELEBIHAN DAN HIKMAHNYA


Hadis :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii)Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Hadis :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii)Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

sumber: http://jqafskpht08.blogspot.com/2009/11/qurban-kelebihan-dan-hikmahnya.html

Sunday, November 1, 2009

Tenang di Pulau Besar


KETENTERAMAN suasana di Pulau Besar segera dirasai saat tiba di jeti.


Keringkasan gaya yang bebas daripada tarikan komersial pulau yang keterlaluan boleh dirasai di D’Coconut Island Resort.

Siapa kata pulau ini tiada tarikannya? Bayangkan percutian tiga hari dua malam, tidak sibuk dengan kunjungan ramai hingga mengganggu ketenteraman, serta gaya hidup pulau yang masih dijaga.

Pendek kata, tuntutan komersial destinasi ini belum sampai menjejaskan tarikan kesederhanaannya.

Pasti ramai yang bersetuju betapa banyak pulau peranginan di negara ini terlalu pesat dibangunkan sehingga hilang identiti perkampungan gaya pulau.


HALAMAN D'Coconut Island Resort sering dijadikan tapak untuk beriadah sesama tetamu atau ahli kunjungan.


Maka, dalam pencarian suasana yang tenang biarpun dalam musim kemuncak, EKSTRA mengesyorkan Pulau Besar di Johor.

Hanya tiga buah pusat penginapan utama beroperasi di pulau ini. Kesemuanya setara dari segi layanan dan perkhidmatan, D'coconut Island Resort adalah yang paling disebut-sebut dalam banyak catatan pengembara bebas.

Di atas halaman rumput hijau yang dikepung pagar kayu rendah yang ringkas, D'coconut Island Resort menjanjikan konsep istirehat dalam tema penginapan berkonsep rumah Melayu tradisional.

Sambil melepaskan nafas lega selepas mengharung perjalanan dengan bot dari Mersing, naungan atap rumbia di ruang masuk resort begitu melegakan. Apatah lagi minuman kepala segar dan sejuk dihidangkan.

Menurut pemilik dan pengarah resort, Wan Suhaimi Ahmad, resort itu telah melalui proses penambahan dan baik pulih dari semasa ke semasa. Pada awalnya, operasi hanya dimulakan dengan 10 buah bilik penginapan.


MENIKMATI makan malam yang lazat di bawah limpahan cahaya romantis.


Antara yang boleh dilakukan sepanjang menginap di resort ini tentunya aktiviti riadah dan rekreasi seperti bersnorkel, berkayak, bermain bola sepak dan bola tampar pantai.

Kalau bukan menghabiskan waktu bermandi-manda di hamparan pantai yang landai, tentunya aktiviti rentas hutan menjadi pilihan.

Lebih menarik, keseronokan bermain air tanpa perlu bimbang pada ketidaktentuan arus dan ombak boleh disertai oleh seisi keluarga di sebuah kolam renang.

Disediakan bersama binaan pancuran air besar, ia nyata membuatkan anak-anak kecil gembira dalam perhatian orang dewasa. Sebuah bar pinggir kolam sedia melayani mereka yang dahaga.

Ingin mengenali Pulau Besar secara praktikal dan sihat? Pasti sesiapa pun bakal bergembira seandainya berpeluang mengayuh basikal bersama teman-teman dan ahli keluarga di sepanjang laluan utama di sepanjang pantai.


MENGAYUH basikal menjadi aktiviti yang popular di kalangan pengunjung pulau.


Perkhidmatan tipikal yang disediakan pengusaha resort ini semestinya pilihan popular.

Sambil mengayuh dan berkejar-kejaran, nikmatilah kesunyian pulau yang hanya diserikan landskap rimba dan pohon-pohon kelapa, sahutan ternakan peliharaan orang tempatan serta udara yang segar.

Itulah antara definisi ringkas sebuah percutian pulau.

Tinjau khazanah Tasik Kenyir

Selain bersuka ria di pekarangan resort, ada yang memilih untuk memancing, meredah keluasan tasik, meneroka gua ataupun bersendirian atas penginapan bot.




KALI ini persinggahan EKSTRA ialah Tasik Kenyir, Terengganu. Terpegun dalam pesona, nyata sekali kawasan takungan air seluas 260,000 hektar itu telah menyuburkan warisan alam semula jadi yang ada di sekelilingnya.

Tidak hairan jika sudah bertahun-tahun lokasi itu memukau hati ramai pengunjung hanya kerana pandangan kali pertama.


DI SEBALIK ketenangan air Tasik Kenyir, siapa sangka di dalamnya terdapat lebih 300 spesies ikan.


Tidak dapat dibayangkan bagaimana kawasan yang luas dan berbukit-bukit akhirnya berubah menjadi beratus-ratus buah pulau gara-gara ditenggelami air.

Didorong prospek pelancongan yang menggalakkan, sebahagian daripada pulau itu kini telah dibangunkan dengan kemudahan penginapan dan juga tarikan pengembaraan lain.


KENALI proses formasi batu dan hubungan biologi kehidupan di dalamnya.


“Tasik Kenyir adalah untuk mereka yang gemar pada ketenangan alam. Begitu juga dengan yang gila memancing.

“Saya sendiri kalau tidak bertugas atau beristirehat di pulau peranginan di perairan laut, akan menghabiskan masa berkhemah di pinggir tasik ini,” ujar Pengarah Urusan Ayu Mayang Resort di Pulau Redang, Yap Chuan Bin.


KETENANGAN yang menanti di sudut terlindung jaringan sungai.


Begitu sekali tarikan kawasan akuatik di utara bumi Darul Iman ini. Dengan panggilan 340 buah pulau di tengah tasik, 14 air terjun, beberapa jeram serta sungai, Tasik Kenyir sememangnya menyimpan ribuan khazanah alam yang berharga.

“Orang sepatutnya menghargai simfoni semula jadi seperti bunyi unggas dan serangga, kesegaran udara dan juga kedamaian yang dipersembahkan kepada semua. Hormatilah alam yang indah ini,” tambah Yap.


GAYA hidup atas bot boleh dicuba bagi yang mahukan kelainan.



LALUAN pejalan kaki dalam Gua Bewah telah dipermudahkan untuk pengunjung.



SELAIN meredah tasik, tetamu Tasik Kenyir boleh menyertai aktiviti memancing, berkayak, meredah hutan atau melawat santuari kelah.



JETI singgah yang menyambut kedatangan pengunjung ke mulut Gua Bewah.





Sama seperti pejuang alam sekitar yang lain, lelaki yang ditemui ini kurang bersetuju dengan pengusaha pelancongan atau resort yang mengganggu aturan itu dengan operasi karaoke, pusat hiburan dan ekspedisi pacuan empat roda yang melampau.

Memang benar, hutan hujan yang menyumbangkan kesegaran oksigen di Tasik Kenyir turut menjadi habitat bagi pelbagai hidupan flora dan fauna.

Pasti seronok para pencinta alam jika menemui spesies pokok pakis yang jarang ditemui, anggerik eksotik, atau unggas dan haiwan seperti enggang, gajah, cempelai dan juga harimau kumbang.

Mengikut brosur promosi pelancongan yang dipetik daripada rekod Jabatan Perhilitan, Tasik Kenyir dan belantara di sekelilingnya menjadi rumah bagi lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.

Bagaimana agaknya aksi dan cabaran menaikkan baung, lampam, toman dan kelah di sini? Kajian terkini mendapati terdapat kira-kira 300 spesies ikan air tawar membiak di dalam Tasik Kenyir.

Kalau belum menandakan lokasi ini dalam rencana kunjungan akan datang, mungkin statistik itu membuatkan jantung si kaki pancing berdegup lebih kencang!

Bersiar dengan bot, berkayak, merentas hutan, ekspedisi pacuan empat roda dan panggilan padang golf adalah antara senarai riadah dan rekreasi yang popular di sekitar tasik yang menjadi pintu masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong ini.

Jika kawasan perkhemahan dan trek merentas hutan mudah disertai di sepanjang Sungai Saok, Lasir, Cacing, Lawit, Petang, Terenggan, Tembat dan Pulau Poh, aktiviti rentas hutan yang ekstrem pula menanti di trek laluan ke puncak Gunung Gagau.

Tidak ketinggalan ialah aktiviti meneroka gua. Selain Gua Taat, Gua Bewah sangat diingati kerana kisah kehidupan manusia prasejarah banyak diceritakan sepanjang usia kewujudannya.

Kedua-dua gua itu antara yang masih boleh dikunjungi ‘isi perutnya’ kerana tidak ditenggelami air sejak pembinaan Empangan Kenyir.

Di Tasik Kenyir, pengunjung tidak perlu khuatir akan soal penginapan. Di sini terdapat pilihan penginapan bertaraf tiga bintang yang masing-masing bersaing menawarkan kemudahan bernilai tambah.

Paling popular dan mungkin menghampakan pengunjung yang terlewat menempah pada musim tertentu tentunya penginapan gaya calet tradisional.

Baik yang dibina di atas pulau, gaya terapung seperti rumah bot ataupun yang terperosok sedikit ke dalam redup rimba, semuanya sedia dihuni.

“Antara perkara yang menjadi faktor dalam membuat keputusan penginapan ialah kemudahan dalam bilik, panorama persekitaran, arah matahari terbit, lokasi memancing, aspek privasi dan juga jarak perjalanan dari Jeti Gawi,” kata Azmi Mohd., dari agensi pelancongan Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.

Memetik perancangan kerajaan negeri melalui kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tahun lalu, Tasik Kenyir dijangka muncul dengan tarikan baru iaitu aktiviti jelajah pulau.

Sebanyak 10 buah pulau kecil yang terdapat di bahagian utara Tasik Kenyir akan dibangunkan mengikut tema tertentu.

Projek yang dilaksanakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu akan menyaksikan pembinaan Taman Eko-Kenyir seluas 61 hektar di Pulau Selimbar, Pulau Tekak Kecil dan Pulau Kuala Tekak.

Khabarnya taman orkid, taman tropika, taman rama-rama dan taman burung akan dibangunkan di beberapa lokasi berhampiran.

Biar apa pun tujuannya, jangan pula terjadi apa-apa yang boleh mengorbankan keindahan yang sudah sedia ada di Tasik Kenyir. Datanglah ke sini dan alamilah sendiri!

Sumber: kosmo online

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Jom_Singgah&pg=jo_01.htm

Thursday, October 29, 2009

Toman Tak Kenal Ampun

Tasik Bersia dan Air Ganda di Grik, Perak ialah dua lokasi yang mencabar ilmu dan kemahiran pengail tegar. Tujuan mereka hanya satu iaitu ’menumpaskan’ ego sang toman.




TASIK Temenggor di Grik, Perak menyimpan pelbagai kisah yang sentiasa membuatkan hati pengail berkobar-kobar untuk mencampakkan umpan ke dada airnya yang tenang.

Namun, bukan Tasik Temenggor yang hendak diceritakan dalam lokasi memancing kali ini. Sebaliknya ialah lubuk pengail yang terbentuk daripada liku-liku sungai dari mulut empangan itu.

Kalau mengikut rantaian air yang berpunca dari Tasik Temenggor ke arah selatan, pengunjung boleh menemukan lokasi Tasik Bersia manakala lubuk pancing yang seterusnya ialah Tasik Air Ganda.

Betapa hebatnya tarikan kedua-dua tempat itu hinggakan ada yang sanggup menaiki bas dari Kuala Lumpur pada lewat malam untuk berkejar ke lokasi itu pada awal pagi. Lazimnya mereka akan turun di Ipoh dan seterusnya menukar bas lain untuk dibawa ke Grik.


ADA muslihat unik untuk menaikkan sebarau.


Dari pekan itu, mereka sudah punya kenalan untuk membawa mereka menyusur jalan ke Tasik Air Ganda.

Sama ada Air Ganda atau Tasik Bersia, habuan seperti sebarau, lampam, kaloi dan juga keli memang sentiasa bermain dalam fikiran. Kadang-kadang, keadaan boleh jadi panik dan kecoh bagi kumpulan pemancing yang berjaya menaikkan ikan pilihan masing-masing.

Lebih menggelikan hati sekiranya mendapati ikan yang panjangnya kurang sehasta boleh merentap joran hinggakan teroleng-oleng jadinya bot mereka.

Bercakap tentang respons ikan terhadap umpan, kaloi dikatakan lebih lembut ketika mula mencicip di hujung kail. Sifat Sebarau pula dikhabarkan lebih sukar diduga.

Mengikut seorang pemancing tegar, Alex Yeoh, warna umpan yang berkesan untuk sebarau ialah jingga. Katanya, umpan berekor warna GFR (Gold Fluorescent Red) adalah yang terbaik untuk digandingkan dengan joran fluorokarbon dan tali yang beratnya kurang 10 paun.


SEKALI-SEKALA mendapat kaloi boleh dianggap bertuah kerana ikan ini jenis yang 'pemalu'.


“Sebarau sangat pemalu, tetapi apabila tiba waktu makan, ia akan menyambar apa sahaja,” ujar Alex.

Bagi seorang lagi pemancing dari Kulim, Kedah, Harlina Hamid, dia sudah mempelajari satu tip untuk menaikkan sebarau di lubuk kegemarannya di Tasik Bersia.

Menurutnya, selain mengikut musim tertentu, pengail biasanya menunggu waktu pintu empangan di selatan Tasik Temenggor melepaskan airnya.

“Sebarau suka berlumba dengan arus. Ketika itulah bot pemancing akan mengikut arus air untuk menaikkan sebarau.

“Umpan akan dibaling dan sebarau ini seronok untuk meragut apa sahaja yang terlihat dalam pandangannya ketika itu,” ujar Harlina yang sering mengikuti rakan-rakan sepejabat menghilangkan tekanan kerja dengan memancing.

Namun, tiada yang lebih menggetarkan perasaan daripada membayangkan kuasa sentapan pada tali dan joran saat umpan diragut si penghulu air tawar iaitu toman.


SEGALA kelengkapan perlu diperiksa sebelum ke tengah tasik.


Menjadi ‘musuh’ pilihan pengail bagi lokasi sungai dan tasik, toman sememangnya tidak mudah mengalah tanpa melawan sehabis tenaganya.

Kata orang, selagi tidak dinaikkan, ia pasti menyukarkan pengail, khususnya yang tidak berpengalaman. Pendek kata, ia pantang menyerah dan tidak ‘mengampunkan’ sesiapa yang berjaya menangkapnya.

Bagi pengail amatur atau yang datang buat kali pertama, mereka disarankan untuk ke Tasik Air Ganda terlebih dahulu untuk mengumpul pengalaman dengan toman. Di situ, saiz toman adalah lebih kecil berbanding yang terdapat di Tasik Bersia.

Lazimnya toman di Tasik Air Ganda adalah seberat 1 hingga 3 kilogram. Kalau berjaya menaikkan seberat kira-kira 5 kilogram, pengail itu sudah dianggap bertuah.


ALEX berbangga dengan hasil tangkapannya.


Toman di Tasik Bersia pula sudah diketahui mempunyai reputasi untuk mengganas.

Di tasik itu, toman tidak ‘melayan’ umpan buatan, sebaliknya naluri pemangsa ikan itu akan teruja apabila terlihat kelibat anak ikan keli.

“Sudah kira-kira empat kali saya ke Tasik Bersia. Kali pertama setahun yang lalu. Ketika itu saya hanya dapat toman seberat 1.8 kilogram. Saya juga sudah belajar daripada kesilapan iaitu tali sulam 20 paun tidak mampu menaikkan toman lebih besar,” ujar Alex.


TOMAN Tasik Bersia dikatakan lebih besar daripada toman yang menghuni Tasik Air Ganda.


Alex telah pun memperbaharui rekod peribadi dengan menaikkan toman seberat tujuh dan sembilan kilogram dengan tali 50 paun pada kunjungannya ke Tasik Bersia.

Kadar bayaran yang dikenakan untuk mengail di Tasik Air Ganda adalah RM150 bagi sebuah bot termasuk perkhidmatan tekong. Berbanding Tasik Air Ganda yang lebih komersial dan sudah menjadi tumpuan pemancing rekreasi, Tasik Bersia pula masih dianggap baru.


PEMANCING rekreasi bukan sekadar hendak mendapat habuan tetapi kedatangan mereka ke Tasik Bersia adalah untuk menghargai alam semula jadi.





Perkhidmatan bot dan tekong di Tasik Bersia masih bergantung kepada waktu dan budi bicara orang kampung yang berkelapangan. Kadar sewaan bot bersama tekong lazimnya dikenakan bayaran sebanyak RM250. Setiap bot boleh memuatkan dua pemancing bersama seorang tekong.

Oh ya, jangan lupa membawa topi yang selesa, krim perlindungan kulit, tuala kecil dan bekalan air dan kudapan yang mencukupi. Di kedua-dua tempat itu, anda mungkin menghabiskan banyak masa di tengah-tengah tasik sambil dibakar bahang matahari.

Sumber: kosmo online

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Jom_Singgah&pg=jo_01.htm

Wednesday, October 28, 2009

Awas! Puting Bayi


PENGGUNAAN puting bayi perlu dielakkan sejak peringkat awal lagi.


ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.

Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.

Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.


BOTOL susu juga berupaya mengganggu perkembangan kanak-kanak.


Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.

"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.

Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.

Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.

Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.

sumber: kosmo online

Tuesday, October 27, 2009

Akhil Hayy: Hanya dakwah, saling mengingati

PUTRAJAYA: “Apa yang saya luahkan (amalan ajaran sesat di kalangan artis) atas dasar dakwah dan saling mengingati sesama golongan artis dan tiada niat untuk menunjukkan saya ini ‘suci’ berbanding orang lain.

“Saya juga manusia dan tidak menafikan ada melakukan kesilapan, tetapi saya mahu melihat kehidupan golongan artis diperbaiki agar berada di landasan sepatutnya,” kata penceramah dan pengacara rancangan ilmiah televisyen, Akhil Hayy, semalam.

Menurutnya, walaupun niatnya ikhlas untuk berbuat kebaikan sesama artis, dia akur jika ada di kalangan penggiat seni sukar dan tidak mahu menerima hakikat cabaran baik dan buruk dalam dunia itu.

Akhil berkata, dia bukan bercakap berdasarkan nafsu, tetapi satu peringatan bukan untuk dirinya, malah untuk rakan artis supaya berwaspada dan tidak tergelincir sehingga membawa kepada jurang kesesatan.

“Sebenarnya, saya tidak menuduh mana-mana pihak tapi berdasarkan kepada pengalaman sepanjang terbabit dalam dunia artis yang penuh cabaran.

“Bagi saya, apabila membabitkan soal akidah, ia bukan tanggungjawab saya saja, tapi juga tanggungjawab semua umat Islam termasuk juga artis yang juga ikon masyarakat.

“Sebagai ikon, kita perlu menunjukkan contoh dan teladan baik supaya mampu melahirkan masyarakat yang memiliki nilai murni,” katanya.

Dia mengulas kritikan penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, yang tidak selesa dengan kritikan Akhil terhadap segelintir golongan artis yang kononnya menjadi tali barut ‘guru ghaib’ bagi menyebarkan ajaran sesat.

Akhil berkata, dia tidak mempunyai niat tersirat atau mencari publisiti murahan, tetapi hanya mahu mengingatkan rakan artis mengenai pentingnya memberi perhatian terhadap soal akidah.

Menurutnya, memang kebanyakan umat Islam mengaku Islam, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman kepada Allah.

“Jika mereka tidak salah mengapa perlu hendak memarahi orang lain dan saya tetap perlu melakukan kebaikan walaupun terpaksa menghadapi banyak cabaran.

“Saya meminta golongan artis yang terasa `pedas’ dengan `cili’ yang diberikan supaya melihat nasihat itu dengan mata hati dan cuba berprasangka baik yang mungkin boleh membawa kebaikan kepada mereka,” katanya.

Akhil berkata, sebagai umat Islam, dia tidak mahu kehidupan artis masih dibelenggu dengan konsep `lu lu’ dan `gua gua’ yang sebenarnya tidak dianjurkan Islam.

Menurutnya, walaupun tidak menafikan rasa tidak senang segelintir artis, dia mengakui masih ada artis yang celik dan menerima nasihat diberikan dengan hati terbuka.

“Saya masih melihat ada artis yang mempunyai kekuatan untuk melihat kebaikan hendak kita sampaikan,” katanya.

Oleh itu, dia berharap mesej yang cuba dibawa kepada masyarakat artis perlu diberikan perhatian kerana mereka adalah ikon masyarakat yang mempunyai ramai pengikut.

Jangan sibuk! Wahai Akhil Hayy




PUTRAJAYA: Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.

Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya ‘panas’ apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat.

Awie mendakwa gelaran ‘ustaz’ yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu.

Tanpa berselindung, Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan bukan saja di kalangan penggiat seni, malah masyarakat umum.

“Jangan ingat golongan artis tidak mengetahui kehidupan dunia dan akhirat.

“Apa saja yang dilakukan manusia di bumi ini hanya Allah yang tahu, tidak salah untuk ingat-mengingati,” katanya, semalam.

Awie yang popular dengan lagu Sejati mengulas dakwaan Akhil Hayy bahawa ada segelintir artis yang sudah ada nama menggunakan kedudukan mereka mempengaruhi artis lain supaya melakukan maksiat selain mempermudahkan Islam.

Malah, penceramah muda dan pengacara sebuah rancangan ilmiah itu turut mengakui ada artis membenarkan gejala bersekedudukan dan berzina dengan alasan apa yang dilakukan sudah ditentukan Allah selain manusia (artis) mempunyai ruang dan masa untuk bertaubat.

Akhil turut menyentuh mengenai ajaran sesat artis terbabit yang dipercayai menjadi pegangan melalui ajaran pelik dipercayai diperoleh daripada ‘guru ghaib’ yang sukar untuk dikesan.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Awie berkata Akhil perlu mencermin dirinya dulu yang sebelum ini turut terpalit dengan dunia glamor.

Awie berkata, kehidupan artis yang menjadi ‘public figure’ memang sentiasa disuluh lampu terang yang semestinya mahu memperlihatkan kecantikan yang dimiliki dalam sinaran cahaya berkenaan.

Walaupun mengakui ada artis yang tergelincir (terbabit dengan kegiatan maksiat), Awie mempertikaikan mengapa hanya golongan itu dikaitkan dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral, termasuk ajaran sesat.

“Sebagai artis kita fokus terhadap apa yang hendak kita lakukan dan tidak berdiri di pentas ceramah sambil memaki dan mencerca orang lain,” katanya

Awie turut mendakwa penceramah terbabit pernah memperlekehkan lagu Sejati mengikut selera sendiri ketika berada di pentas ceramah.

“Saya meminta penceramah muda ini supaya tidak menilai seseorang itu secara melulu dan melalui ‘kulit’ saja, kerana ada ketikanya ada individu mempunyai ‘kulit’ yang baik, tetapi sebenarnya busuk di dalam.

“Dia baru setahun jagung dalam dunia artis dan terlalu mudah serta sewenang-wenangnya mahu menilai kehidupan artis sekarang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat,” katanya.

Monday, October 26, 2009

Kambing kepala dua jadi tumpuan



GAMBAR menunjukkan kambing kepala dua di Lumajang, Indonesia.


LUMAJANG, Indonesia - Seekor anak kambing berkepala dua milik seorang penduduk di sini, Muhammad Hasyim yang berumur 25 tahun menjadi tumpuan orang ramai yang sanggup pergi ke rumahnya untuk melihat haiwan itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Kambing betina berwarna putih yang diberi nama Melati itu dilahirkan oleh ibunya kelmarin dan mempunyai empat mata dan dua telinga.

Menurut Muhammad, semasa dilahirkan, ibu kambing itu berteriak dan meronta tanpa henti sehingga menyebabkan badannya kejang.

Dia berkata, selain Melati, ibu kambing itu turut melahirkan seekor anak kambing jantan yang mempunyai tubuh normal.

"Alhamdulillah, kambing saya masih lagi hidup," kata Muhammad yang memberitahu bahawa dia memberi haiwan itu minuman susu segar.

Menurutnya, kambing itu akan mengamuk jika ia diletakkan berjauhan dengan ibunya. - Agensi


sumber

136 maut serangan ganas di Iraq



SEJUMLAH penduduk Iraq berhimpun di lokasi serangan pengebom berani mati di Kementerian Keadilan di Baghdad semalam.


BAGHDAD - Dua pengebom berani mati menyerang Baghdad semalam menyebabkan 136 orang terbunuh manakala lebih 500 lagi cedera semalam.

Kejadian itu merupakan yang paling buruk pernah berlaku pada tahun ini.

Dua letupan merosakkan beberapa bangunan dan asap menjulang ke udara dekat Sungai Tigris .

Menurut polis, letupan pertama menyasarkan bangunan Kementerian Keadilan manakala beberapa minit kemudian pengebom kedua meletupkan diri di kawasan yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan tempatan.

Pejabat Perdana Menteri Nuri al-Maliki berkata, kejadian itu dilakukan bagi menunjukkan bahawa huru hara berlaku di Iraq.

Ia menyatakan serangan itu mirip kejadian yang berlaku pada 19 Ogos lalu terhadap Kementerian Luar dan Kewangan dengan tujuan untuk menjejaskan pilihan raya Januari depan.


ASAP menjulang dekat bangunan Kementerian Keadilan akibat serangan pengebom berani mati di Baghdad semalam.


"Kejadian itu merupakan tangan-tangan hitam yang sama berlumuran darah dengan rakyat Iraq," kata satu kenyataan daripada pejabat perdana menteri.

"Mereka (perancang serangan) mahu mencetuskan huru hara di dalam negara, menjejaskan proses politik dan menghalang pilihan raya parlimen," tambah kenyataan berkenaan.

Kejadian itu dianggap terburuk tahun ini kerana keganasan sudah berkurangan sejak Amerika Syarikat (AS) menghantar askar tambahan.

Namun, serangan-serangan masih berlaku di negara itu yang cuba untuk dibangunkan semula akibat konflik selain bersedia untuk menghadapi pengunduran askar-askar AS.

Beberapa pegawai Iraq menyalahkan negara jiran yang tidak didedahkan namanya kerana tidak menghalang serangan itu.

Namun, ia dipercayai merujuk kepada aduan pemerintah Iraq bahawa Syria menyediakan tempat perlindungan selamat untuk bekas-bekas anggota Parti Ba'ath yang pernah dipimpin oleh Saddam Hussein.


BEBERAPA anggota keselamatan dan orang ramai menolak sebuah kereta bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di Kementerian Keadilan Iraq, Baghdad

semalam.


Saddam digulingkan sebagai presiden Iraq oleh tentera AS dan sekutu-sekutunya pada 2003.

"Saya tidak mengetahui diri saya masih hidup. Letupan itu merosakkan apa sahaja," kata seorang peniaga, Hamid Saadi.

Tentera AS menyediakan pasukan forensik dan pakar-pakar bom untuk menyiasat kejadian itu.

Sumber-sumber polis menyatakan bom itu dibawa di dalam van yang dibawa oleh pengebom berani mati manakala terdapat pemberi maklumat memberitahu, sebuah trak dan kereta digunakan dalam serangan tersebut. - Agensi


sumber

Thursday, October 22, 2009

Didera, Dirogol, Diliwat, Dibunuh

KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.


“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.



Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.



“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.


“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.


Sumber: Harian Metro








Wednesday, October 21, 2009

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Tuesday, October 20, 2009

Belia Islam: Peranan dan Tanggungjawab

Belia atau pemuda semalam dan hari ini adalah bakal pemimpin masa hadapan serta akan mengisi saf kepimpinan baru negara. Oleh itu, sebarang usaha dan inisiatif untuk memperkasakan lagi keperluan, kehendak, kebajikan dan hak asasi golongan realistik ini adalah sangat dialu-alukan dan perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Biarpun begitu, kelompok belia atau pemuda secara objektifnya mempunyai idealisme mereka yang tersendiri dan tidak wajar dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Oleh demikian, mereka perlu tegas dan berani menyatakan hasrat dan pandangan tanpa berpihak kepada mana-mana badan serta bebas mengkritik dan memberi pendapat dalam semua perkara.

Sehubungan itu, diharapkan ini menjadi titik tolak dan pemangkin kepada gerakan belia di seluruh negara serta menyemarakkan lagi peranan dan potensi mereka sebelum terjun ke dalam kancah dan realiti masyarakat sebenar. Jika belia dan pemuda Palestin ketika ini sedang sibuk bertungkus lumus melawan pencerobohan Israel, sekatan ekonomi serta berusaha membangunkan semula negara mereka yang telah teruk dimusnahkan, namun di negara kita golongan sebaya ini terutamanya remaja masih dibelenggu dengan pelbagai masalah serta krisis keruntuhan akhlak yang teruk seperti penyalahgunaan dadah, aktiviti pelacuran, pergaulan dan seks bebas, hidonisme dan sebagainya. Ini adalah cabaran dan realiti sosial yang perlu ditangani oleh belia Islam dari masa ke semasa.

Dalam buku Belia Dalam Pembangunan Dunia Melayu Dunia Islam (2002), turut disentuh tentang peranan belia Melayu dan Islam, cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi terutama sekali dalam memastikan golongan ini tidak tertinggal jauh oleh arus pemodenan. Ini adalah kerana para belia perlu menguasai ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi (IT) agar ilmu yang diperolehi dapat membantu memajukan umat Islam. Selain penguasaan dalam bidang IT, bidang ekonomi dan politik juga penting di dalam senario globalisasi yang sedang diketengahkan oleh kuasa-kuasa Barat dan tidak dinafikan lagi bahawa golongan belia adalah aset yang cukup berharga kepada sesebuah negara atau bangsa. Kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa dan negara banyak bergantung kepada kekuatan dan kelemahan para belianya sepanjang zaman.

Warisan seni budaya pula penting bagi membentuk dan membina jati diri orang Melayu dan lslam. Kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara turut bergantung kepada kualiti para belia hari ini di mana sekiranya mereka dapat meningkatkan kecemerlangan diri dan mengikis sikap rendah diri, sudah pasti belia Melayu dan Islam hari ini tidak akan dipandang rendah oleh bangsa lain. Kesedaran sejarah juga boleh dijadikan sumber inspirasi kepada generasi masa kini dan dalam konteks pembangunan belia Islam, sejarah telah menonjolkan kepentingan dan peranan belia dalam proses pembinaan tamadun ummah. Pelbagai peristiwa seperti yang dirakamkan oleh al-Qur’an telah memaparkan model untuk diteladani belia masakini khususnya dalam mempertahankan jati diri dan menghadapi cabaran semasa.

Selanjutnya, belia hari ini perlulah dilengkap dan dipersiapkan dengan pendidikan tinggi dalam segala aspek terutamanya peluang ke universiti. Ini adalah kerana universiti adalah medan terbaik kepada golongan belia untuk membina kaliber dan mengasah bakat kepimpinan, mengumpul ilmu pengetahuan dan pengalaman seluasnya serta membentuk jaringan perhubungan yang luas dalam pelbagai dimensi dan sebagainya melalui gerakan aktivisme di dalam dan luar kampus. Untuk itu, mahasiswa Islam perlu mengambil peluang dan ruang yang cukup luas dan meletakkan semula fungsi mereka sebagai agen perubahan dan jurubicara umat. Mereka tidak boleh lagi layu dan lesu terhadap sesuatu perkara yang berlaku di mana mereka perlu lebih aktif dan agresif menjuarainya. Justeru berdasarkan premis tersebut, universiti adalah platform dan forum merangka formula ke arah melahirkan belia yang berintegriti, bersahsiah dan bermaruah.

Golongan berwibawa ini tidak boleh dibiarkan terlalu kaku, lemah dan mundur dalam segala hal, tetapi mesti melalui proses transformasi yang jitu ke arah mempersiapkan mereka sebagai barisan warga serba boleh, berfikiran besar dan bersedia berhadapan dengan segala cabaran kehidupan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka generasi yang lemah“ (An-Nisa : 9) dan renungilah firman Allah s.w.t yang bermaksud: “sesungguhnya generasi yang paling baik yang kamu pilih untuk bekerja ialah generasi yang kuat lagi dapat dipercayai” (Al-Qashash : 26). Persoalan yang timbul ialah sejauhmanakah barisan kepimpinan dan belia di seluruh negara bersedia dan apakah perancangan serta tindakan mereka selepas ini. Tepuk dada, tanya belia!

Rujukan

Abdul Latif Abu Bakar, et all, 2002. Belia Dalam Pembangunan Dunia Melayu Dunia Islam. Kuala Lumpur: Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)

Monday, October 19, 2009

Ciri-ciri Pengurus Sempurna

Perlu ditegaskan bahawa tujuan bekerja, berusaha, mentadbir atau mengurus dalam Islam adalah pelaksanaan tanggungjawab dan kewajipan untuk mendapatkan kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Untuk itu para pengusaha dan pengurus mesti memiliki ciri-ciri tertentu dalam melaksanakan tanggungjawab ini secara berkesan. Selain memiliki sifat-sifat yang lazim dibincangkan dalam pengurusan moden seperti berminat, tekun dan bersungguh-sungguh, pengurus sejati mesti memiliki ciri-ciri tanggungjawab serta mengamalkannya. Ciri-ciri tanggungjawab pengurus sejati ialah: beriman atau bertaqwa, berilmu dan berpengetahuan, berakhlak, adil dan ehsan.
Pengurus sejati atau pengurus Muslim mempunyai tanggungjawab yang wajib disempurnakan. Selain menunaikan kewajipan diri (fardhu ‘ain) dalam bentuk ibadah khusus seperti sembahyang, puasa dan berzakat, ia wajib juga berusaha mendapatkan rezeki yang halal sekurang-kurangnya untuk diri dan keluarga. Justeru itu Nabi bersabda yang maksudnya:
“Mencari yang halal adalah wajib sesudah yang wajib.”
Kewajipan pertama ialah menunaikan sembahyang manakala kewajipan kedua ialah bekerja mendapatkan rezeki yang halal. Sehubungan dengan ini, Allah berfirman yang bermaksud:
“Apabila selesai solat, bertebaranlah kamu ke seluruh pelusuk bagi mencari habuan Allah.”
Seterusnya peringatan Allah perlu dihayati sentiasa, iaitu:
“Peliharalah diri kamu dan ahli-ahli kamu daripada azab api neraka.”
Seterusnya di peringkat makro akan tercapai matlamat
“Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.”
Penghayatan segala peringatan daripada Allah dan Rasulullah adalah bergantung kepada tahap keimanan dan ketaqwaan setiap individu. Qur’an sebagai sumber ilmu yang utama dan pertama dalam semua tindakan Muslim wajib dirujuk dan dihayati sepenuhnya. Pengurus sejati pasti tidak ragu dengan keterangan-keterangan Qur’an dalam usaha-usaha pembangunan dan mencari kebahagian kakiki. Keterangan Allah pasti benar bahawa
“Kitab (al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan orang-orang yang beriman kepada (Kitab) yang diturunkan kepada engkau (ya Muhammad) dan (Kitab-Kitab) yang diturunkan sebelum engkau, dan lagi mereka yang yakin akan adanya Hari Akhirat. Mereka itu sesungguhnya berada di atas petunjuk Tuhan dan mereka akan memperolehi kemenangan.”

Prinsip-prinsip pengurusan Islam
Selain mendapatkan hak milik atau milik usaha yang sah ke atas sumber atau harta, pengurus sempurna hendaklah sentiasa memberi keutamaan kepada perkara-perkara berikut:

Mengutamakan penyuburan atau pemakmuran, dan bukan kerosakan dan pemusnahan
Kewajipan menyubur dan memakmurkan alam ini terkandung dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya”.
Pada masa yang sama dilarang melakukan kerosakan atau kemusnahan:
“Jangan kamu merosakkan bumi”.
Rasulullah juga sangat menggalakkan umatnya menyubur dan memakmurkan bumi dan jangan meninggalkan tanah-tanah terbiar. Baginda memberi pengiktirafan kepada orang-orang yang menghidup atau mengusahakan tanah-tanah mati atau terbiar dengan sabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghidupkan tanah mati, maka ia adalah baginya”.
Dalam hadis yang lain Baginda bersabda, maksudnya:
“Setiap muslim yang menanam sayur atau tanam-tanaman yang hasilnya dimakan oleh haiwan, burung atau manusia maka ia direkod sebagai ganjaran pahala bersedekah baginya”

Sekiranya firman Allah dan sabda-sabda Nabi itu dihayati oleh pemilik-pemilik dan pengurus-pengurus sumber, dunia Islam tidak akan menghadapi kekurangan makanan atau keperluan-keperluan asas yang lain sebagaimana yang dialami sekarang. Mereka yang dikurniakan dengan penghasilan yang melimpah dan berlebihan tidak akan bertindak memusnahkannya semata-mata kerana takutkan harga pasarannya akan jatuh.

Mengurus secara berhemat dan bukan secara rakus dan boros
Tindakan berhemat dapat mengurangkan risiko dalam pengurusan dan justeru itu boleh meningkatkan probabiliti kejayaan. Pengetahuan dan kemahiran teknikal seperti pengurusan kewangan, perakaunan, pengurusan risiko atau bidang-bidang lain yang berkaitan perlu digunakan dengan bijaksana. Tindakan-tindakan melulu dan rakus harus sentiasa dielakkan kerana tindakan-tindakan ini akan terdorong kepada pemborosan dan pembaziran. Sedangkan pemborosan dan pembaziran dilarang oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:
“….. janganlah kamu membazir (boros). Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu amat engkar akan Tuhannya.”
Kepekaan Rasulullah mengenai amalan berhemat khususnya berjimat cermat berlaku dalam semua keadaan. Baginda telah dilaporkan pernah menasihati sahabat Baginda daripada melakukan pembaziran sewaktu mengambil wuduk, walaupun menggunakan air sungai yang mengalir (Abdul Salam, 1996:38).
Termasuk dalam kategori pengurusan berhemat ialah berhati-hati daripada terjebak dengan perasaan bangga dan riyak di samping berhati-hati daripada menanggung risiko kewangan yang tinggi. Risiko kewangan berakhir dengan kerugian kewangan, sekiranya projek pembangunan terkandas. Risiko ini jelas dan dapat dilihat segera di dunia. Kerugian kewangan yang amat besar kadang-kadang mempengaruhi psikologi, mental malahan nyawa seseorang. Contohnya, kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 telah membawa padah yang amat besar ke atas negara-negara Jepun, Korea, Thailand dan Indonesia. Berpuluh-puluh orang pelabur di Jepun dan juga Korea telah membunuh diri akibat menanggung kerugian besar kesan kegawatan. Pemerintahan Suharto tumbang di Indonesia dan ratusan rakyat negara itu mati kerana rusuhan kesan kegawatan. Kesan kegawatan ekonomi tidaklah sedemikian dahsyat sehingga berlaku pembunuhan di Malaysia, tetapi tekanan mental dan psikologi pasti telah juga berlaku. Risiko berbangga dan riyak ialah kerugian di akhirat. Allah memberi peringatan bahawa segala amalan yang bertujuan berbangga dan riyak bukan sahaja akan tertolak atau sia-sia di akhirat tetapi akan menerima padah kecelakaan daripada Tuhan.

Mengutamakan kepentingan atau maslahah awam daripada kepentingan peribadi.
Islam yang bermaksud kesejahteraan semestinya amat menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesejahteraan, lebih-lebih lagi apabila ada hubungan dengan masyarakat. Oleh kerana itu Islam menuntut supaya para pengurus sentiasa peka akan keselesaan dan keselamatan awam. Sebagai contoh kepekaan Nabi akan keselesaan masyarakat ialah apabila baginda memarahi individu yang membuang najis di tempat mandian, di jalanan dan di tempat-tempat berteduh (Abdul Salam, 1996:29). Sebaliknya individu yang membuang duri, batu atau tulang dari jalanan dimaklumkan sebagai memenuhi satu daripada tujuhpuluh cabang keimanan, dan individu itu diberi ganjaran pahala seperti pahala bersedekah [30] (Ibid.). Pada situasi yang lain baginda menasihati supaya berhati-hati apabila bermain api kerana menurut baginda “Api adalah musuh bagi kamu. Apabila kamu tidur, padamkan ia” (Abdul Salam, 1996:30).

Sentiasa mempunyai hasrat untuk beribadat menerusi pengurusan
Sebaik-baik bidang pengurusan sumber asli ialah yang menghasilkan sumber makanan asasi untuk diri dan penduduk, terus berjaya melaksanakan ibadah berzakat seperti zakat pertanian dan ternakan. Selain emas dan perak, sumber-sumber asli yang harus juga berjaya memenuhi syarat berzakat apabila ia diurus dan diusahakan sebagai bidang komersial.




Wednesday, October 14, 2009

Bai Bithaman Ajil beban peminjam

BNM perlu cari alternatif elak pengguna rugi

GEORGETOWN: Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mencari alternatif terbaik bagi melindungi pelanggan pembiayaan rumah Bai Bithaman Ajil (BBA) yang gagal membayar pinjaman.

Dekan Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahmed Kameel Mydin Meera, berkata BNM perlu bertindak supaya orang ramai yang meletakkan kepercayaan kepada sistem itu tidak mengalami kerugian.

Ketika ini, peminjam yang gagal membayar balik pinjaman melalui pembiayaan BBA akan berakhir dengan beban yang lebih teruk berbanding pinjaman perumahan konvensional.

Beliau memberi contoh kes seorang peminjam yang membeli sebuah kondominium yang sedang dalam pembinaan berharga RM249,000 tetapi melalui perjanjian BBA bank berkenaan menjual kepadanya dengan harga RM744,766.

Malangnya, projek itu terbengkalai tetapi bank sudah membayar RM9,543 kepada pemaju. Bebanan itu kini terletak di bahu peminjam yang perlu membayar balik RM505,368.

"Peminjam itu menawarkan untuk membayar balik kepada bank sebanyak RM10,000 tetapi bank menuntut sebanyak RM505,368," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden CAP, SM Mohamed Idris.

BBA adalah pembiayaan yang mana pengguna menjual harta yang ingin dibeli kepada bank sebelum bank menjual semula kepadanya dengan harga yang lebih tinggi.

Kebanyakan bank yang menyedari masalah itu, menukar semula pembiayaan itu kepada konsep Musharakah Mutanaqisah yang memberi kelebihan kepada peminjam yang gagal supaya tidak berakhir dengan jumlah hutang yang tinggi.

Ahmed Kameel berkata, jumlah pembayaran semula sangat tinggi dan ia boleh memberi kesan ketika kegawatan ekonomi.

Sehubungan itu, katanya BNM perlu memastikan rebat yang diberikan adalah besar kepada peminjam yang gagal membayar supaya pengurangan pinjaman dapat diberikan secara adil tanpa campur tangan bank yang berat sebelah.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20091013235303/Article/index_html


Bank Negara must help defaulters of Islamic banking: CAP

By TUNKU SHAHARIAH

GEORGE TOWN: Bank Negara Malaysia should help defaulters of the popular ‘Bai Bithaman Ajil’ (BBA) home financing so that consumers who have put their faith in Islamic financing are not short changed.

Consumer’s Association of Penang (CAP) president S. M. Mohamed Idris said presently the defaulters ended up worst than defaulters of other conventional housing loans as BBA was an Islamic home financing where interest was not allowed to be charged.

International Islamic University Malaysia’s Dean of the Institute of Islamic Banking and Finance Prof Ahmed Kameel Mydin Meera said under the BBA, the borrower was initially deemed to have sold the property to the bank under the loan agreement.

“This poses potential problems when the property is still under construction. The consumer then ‘buys the property back from the bank at a very much higher price as it includes the profit element for the bank (known as the Bay al-Inah concept).

“The consumer then makes monthly payments based on the price sold to him by the bank,” he told a press conference at CAP office here Tuesday.

Prof Ahmed said as the BBA was a sales contract that included profit, the borrower could in the event of a default, owe more than the original financing amount taken.

“A few of the customers who were unhappy with the astronomical sums they were asked to pay have taken their banks to court,” he added.

He added, in 2008 High Court judge Datuk Abdul Wahab Patail had argued that the BBA sale was not a genuine sale as the profit charged by the banks was nothing more than the interest payment in a conventional loan.

“Since the profit element of the BBA was a sham, the contract had gone against Shariah principles.

“However in April 2009, the Court of Appeal ruled that the BAA contract is shariah compliant and therefore binding. It also stated that the BBA is a sales transaction and should not be compared to a loan transaction,” he added.

Mohd Idris urged Bank Negara to protect Islamic banking by regulating the rebates the banks could give to BBA defaulters so that their outstanding balance could be significantly reduced given the current global financial meltdown where more people were expected to default on loans in the coming months.

source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/13/nation/20091013112436&sec=nation

Monday, October 12, 2009

Kisah Lima Perkara Aneh



Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-
1. Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;
2. Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;
3. Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;
4. Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;
5. Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:
1. Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Saturday, October 10, 2009

Cara Rasulullah Duduk



Allah Ta ‘ala berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]
Ada beberapa hadis dalam bab ini, antaranya:

[1] Duduk bersila:
Jabir bin Samurah radiallahu-anhu berkata:
Adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam setelah bersembahyang Fajar (Subuh), baginda duduk bersila di tempatnya sehinggalah terbitnya matahari yang indah (keputihan sinarnya).
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lain, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin (tahqiq & takhrij Shaikh Syu‘aib al-Arnuth; Maktabah al-Ma’mun, Jeddah 1996) – no: 821.

[2] Duduk di atas sebelah kaki manakala sebelah lagi diangkat dan dipaut dengan tangan.
Abdullah ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata:
Saya melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam di halaman Ka’bah, beliau duduk dengan menegakkan kedua lututnya, (iaitu) dengan melingkar kedua tangannya ke sekeliling lututnya, dan ini cara duduk al-Qurfusaa’.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin – no: 822.
Duduk al-Qurfusaa’ adalah duduk mencangkung di atas sebelah lutut manakala lutut yang lain dilipat dan diangkat ke atas dan dipautnya dengan tangan sehingga bahagian peha mendekati badan atau perutnya. [Lihat Al-Alamah Muhammad bin ‘Allan: Daliil al-Falihin li Thariq Riyadus Salihin (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1995), 3/272].

[3] Duduk bertinggung.
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata:
Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam duduk bertinggung sambil makan kurma.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim – no: 2044.
Duduk bertinggung ialah duduk di atas kedua tapak kaki dengan kedua-dua kaki berlipat dan punggung tidak menjejak tanah.

[4] Jangan duduk bersandar dengan sebelah tangan.
Syirrid bin Suwaid radiallahu ‘anhu berkata:
Rasulullah melintas di hadapan aku sedang aku duduk seperti ini, iaitu saya bersandar kepada tangan kiri saya yang saya letakkan di belakang. Lalu baginda bersabda: Adakah engkau duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimurkai ?
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin – no: 824.

[5] Jangan duduk bersandar.
Abu Juhaifah radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Jangan makan sambil bersandar.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin – no: 746.
Yang dimaksudkan bersandar adalah seperti orang yang duduk miring ke lambungnya yang sebelah, sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang angkuh dan sombong. Cara duduk seperti ini ditegah oleh Rasulullah. Selain itu cara duduk sedemikian mengganggu kelancaran perjalanan makanan dalam badan, dari mulut ke perut. [Lihat Al-Alamah Ibnu ‘Allan: op. cit., 3/209].
Demikian beberapa petunjuk sunnah Nabawiyah dalam cara duduk. Selain itu dibolehkan duduk sepertimana kita duduk dalam solat, iaitu duduk di antara dua sujud dan duduk Tasyahud akhir.