5 cara untuk mengelak diri remaja daripada menjadi mangsa seksual
1. Elak bercinta pada usia muda
2. Elakkan sindrom adik-beradik angkat
3. Elakkan pergaulan bebas tanpa batasan
4. Elakkan bersembang siber yang sia-sia
5. Elakkan bahan-bahan berunsur lucah
Tuesday, September 29, 2009
Remaja: Elakkan Menjadi Mangsa Seksual
Posted by jutawan akhrat at 2:00 PM 0 comments
Monday, September 28, 2009
Jangan tertipu beli kasut Crocs
PETALING JAYA - Kinderdijk Sdn. Bhd. (Kinderdijk), syarikat pengedar produk bayi dan kanak-kanak serta kasut berjenama Crocs di Malaysia, bimbang dengan penjualan berleluasa kasut tiruan Crocs di pasaran tempatan termasuk di bazar, pasar malam dan Internet.
Pengarah Urusan Kinderdijk, Gwei Tze-Co berkata, ekoran laporan yang telah dikeluarkan akhbar The Washington Post baru-baru ini yang memaklumkan bahawa syarikat Crocs telah muflis ia menyebabkan berita negatif mengenainya disebarkan di seluruh negara.
Lebih memburukkan keadaan apabila terdapat dakwaan bahawa kilang syarikat itu terpaksa ditutup dan berlakunya lebihan stok.
Menurutnya, semua khabar angin ini telah menggalakkan orang ramai membeli kasut tiruan Crocs dan ia boleh memberi kesan jangka panjang kepada syarikat itu.
"Kami menafikan khabar angin itu kerana keputusan kewangan bagi Crocs Inc. bagi suku kedua tahun 2009 amat memberangsangkan dengan hasil perolehan jualan di Asia meningkat 30.5 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Tze-Co menegaskan, hanya terdapat dua peruncit jualan kasut Crocs di negara ini pada masa sekarang yang memiliki kira-kira 80 pusat jualan termasuk di kedai konsep dan pusat jualan yang dibenarkan.
Posted by jutawan akhrat at 2:18 PM 0 comments
Labels: Kasut
Permaidani ancam bayi
GOLONGAN bayi dan kanak-kanak berhadapan dengan risiko bahaya yang terdapat pada permaidani.
Ia sebenarnya ada kaitan dengan asap rokok.
Menurut Program Toksikologi Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), bayi yang merangkak terdedah kepada bahaya bahan kimia yang dihasilkan oleh asap rokok.
Ini kerana permaidani, langsir serta fabrik mampu menyerap asap rokok dan akan dipindahkan kepada bayi apabila mereka berada dekat dengan bahan tersebut.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak serta bayi turut terdedah pada bahaya bahan kimia asap rokok sekiranya mereka disentuh oleh perokok.
Bagi perokok wanita yang menyusukan bayi, bahan kimia tersebut lebih mudah dipindahkan melalui susu yang dihisap oleh bayi.
Posted by jutawan akhrat at 11:05 AM 0 comments
Labels: Kesihatan
Sunday, September 27, 2009
Cukupkah Apa Yang Kita Ada?
Secara semulajadi hati manusia memang payah untuk berasa puas. Walaupun sudah memiliki sepuluh peti emas seseorang itu masih mahu lagi kesebelas. Apabila dia sudah mempunyai sebelas peti emas dia mahu lagi yang kedua belas dan begitulah seterusnya.
Okeykah sikap seperti ini?
Dari aspek motivasi tiada salahnya sebab ia sikap orang maju, sikap yang diperlukan untuk menjadi kaya sebab Islam tidak pernah menghalang umatnya menjadi kaya. Atas alasan dengan adanya harta yang banyak memudahkan seseorang itu menyalurkan sebahagian daripadanya ke jalan-jalan kebaikan.
Fitrahnya manusia memang sentiasa mahukan yang lebih baik dan lebih banyak daripada apa yang dia ada. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menambah kekayaan. Dengan itu imannya sentiasa teguh terhadap TUHAH.
Jadi, dalam mengharungi kehidupan tidak salah seseorang itu bermewah-mewah asalkan kemewahan tidak melalaikan dia daripada meniti di atas panduan-panduan agama. Meskipun bersederhana itu lebih dituntut namun bermewah-mewah dalam ruang lingkup yang dibenarkan dikira munasabah dan sesuai dengan kehidupan moden sekarang.
Memang, kadang-kadang penilaian dan penghormatan manusia terhadap kita bergantung kepada apa yang kita ada dan pangkat apa yang kita sandang. Kereta apa yang kita pandu, rumah jenis apa yang kita miliki, kawasan mana kita tinggal, hotel mana yang kita pilih apabila hendak bercuti, kad keahlian apa yang kita ada dan macam-macam lagi.
Kehidupan sekarang telah meletakkan apa yang kita miliki sebagai asas penghormatan manusia terhadap kita. Maka tidak salahlah memiliki segala-galanya asalkan kita masih kita, tidak berubah dan masih meletakkan TUHAN sebagai matlamat kehidupan.
Sikap begini perlulah dizahirkan dalam bentuk mencari keredhaan ALLAH. Dalam ertikata lain, ia perlu diusahakan tanpa meninggalkan semua suruhan ALLAH, meninggalkan semua larangan ALLAH dan menyalurkan kurniaan ALLAH itu ke jalan ALLAH.
Tetapi, jangan lupa, dalam nikmat pasti ada ujian di sebaliknya. Begitu juga, di sebalik ujian ada hikmah yang tersembunyi. Dalam mengejar dan menghimpun harta jangan lupa ada ketika-ketikanya ia menjadi ujian yang sengaja ALLAH turunkan kepada seseorang individu.
Firman ALLAH, “Dan sesungguhnya akan KAMI berikan cubaan kepadanya, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan; sesungguhnya KAMI adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah KAMI kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi pelbagai kebaikan daripada TUHAN serta rahmat-NYA, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-NYA.” (Al-Baqarah, 155-157)
Ujian paling berat bagi seorang yang kaya ialah jatuh miskin atau kehilangan salah satu daripada hartanya yang paling disayangi. Kala inilah kesabaran akan tercabar. Kalau tadi Islam membenarkan sikap tidak puas sebagai pendorong untuk manusia terus berusaha, sekarang Islam melarang sikap tidak puas hati kerana ditimpa ujian.
Sikap begitu seolah-olah mencabar TUHAN dengan kata-kata, “Hai, TUHAN, setelah ENGKAU berikan aku kemewahan tiba-tiba ENGKAU ragut kembali. Untuk apa aku diberikan kemewahan dahulu kalau sekarang aku dimiskinkan semua. Ini merosakkan nama baik aku di tengah masyarakat. Macam mana aku hendak hidup sekarang? Hutang aku semakin banyak, penghinaan orang semakin bertambah-tambah?"
Sikap yang patut ditunjukkan ialah bersyukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk memperbaiki diri. Setiap ujian tentunya bersebab. Sebab apa ALLAH berbuat begini? Sebab apa ALLAH berbuat begitu? Sebabnya sekian-sekian. Sebab apa ALLAH jadikan manusia? Supaya manusia beribadah kepada-NYA. Sebab apa ALLAH jadikan pokok, supaya manusia mendapat manfaat daripadanya. Dan begitulah seterusnya.
Dalam berdepan dengan ujian baik kekurangan harta mahupun yang melibatkan nyawa, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan melainkan “sabar” dan “redha”. Hanya dua perkataan ini boleh menyelamatkan seseorang itu daripada dimurkai ALLAH. Dimurkai bererti berdosa dan dosa kalau tidak dibasuhi dengan taubat, jawapannya Neraka.
ALLAH berfirman, “Maka ingatlah AKU nescaya AKU akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-KU dan janaganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-KU.” (Al-Baqarah, 152)
Di antara tanda bersyukur ialah sentiasa bersabar dan teguh iman menerima ujian ALLAH.
Sikap yang bertentangan dengan ini ialah rasa rakus untuk memiliki kesemuanya hingga membabitkan hak orang lain. Orang begini akan semakin kufur apabila dilimpahi nikmat, apalagi tatkala ditimpa petaka. Dia akan mudah menyalah-nyalahkan takdir dan menyalah-nyalah TUHAN.
Dan Islam juga menentang sikap tamak hingga melahirkan perasaan mencintai harta melebihi daripada kecintaan terhadap ALLAH dan Rasul-NYA. Ketika itu suruhan agama dibantah dan dianggap sebagai cara jahat untuk mengambil hartanya.
Ingat janji ALLAH, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih.” (Ibrahim, 7)
Rasanya cerita Qarun adalah motivasi terbaik manusia untuk tidak terlalu mencintai harta kerana harta yang disalah tadbir akan mendatangkan kecelakaan. Qarun asalnya orang yang beriman kepada ALLAH dan menjadi pengikut setia Nabi Musa a.s. sebelum kaya raya.
Kekayaan yang dimiliki oleh Qarun itu menyebabkan dia sombong serta ingkar daripada mengeluarkan zakat. Kisah Qarun disebut dalam beberapa ayat dalam surah Al-Qashash. Sebahagian ayat 76 surah berkenaan bermaksud, “Sesungguhnya Qarun itu termasuk kaum Musa, tetapi dia melakukan aniaya kepada mereka dan KAMI berikan kepadanya kekayaan, yang kuncinya berat dipikul oleh sekumpulan orang yang kuat…”
Sebahagian ayat 78 surah yang sama pula bermaksud, “Qarun menjawab; kekayaan yang diberikan kepadaku hanyalah kerana pengetahuanku.”
Tengok, bagaimana harta boleh menjadikan manusia berubah sama sekali. Kalau hal ini berlaku ke atas Qarun, bagi saya tidaklah pelik sangat, sebab dia memang kaya. Kunci gedungnya sahaja memerlukan satu kabilah untuk mengangkutnya dan diperbuat daripada emas. Jika dia berasa amat sombong agak berbaloi juga berdasarkan kekayaan yang sedemikian banyak.
Berbanding dengan sesetengah kita, harta barulah sekangkang kera sudah merasakan tidak berpijak di bumi ALLAH. Merasakan diri amat mulia dan orang lain hina dina. Lebih tidak munasabah, harta yang ‘sekuntet’ itu sudah menyebabkan lupa kepada ALLAH.
Bukan sedikit orang yang sengaja melewat-lewatkan sembahyang fardu kerana sibuk mengilap kereta. Hanya kerana sebuah kereta yang belumlah boleh diistilahkan sebagai ‘mewah’. Begitu juga ramai sekali orang yang langsung tidak sembahyang kerana dikhayalkan oleh harta yang tak seberapa itu jika dibandingkan dengan apa yang pernah dimiliki oleh Qarun. Hingga kerana itu, kata orang, harta Qarun masih ditemui orang di merata-rata dunia.
Maka, berbaloi jugalah keingkarannya terhadap ALLAH kerana dia memang kaya. Apakah anda sudah cukup kaya untuk meminjam sikap Qarun?
Posted by jutawan akhrat at 8:12 PM 0 comments
Labels: Fitrah hidup
Saturday, September 26, 2009
Harta itu Milik Allah, Manusia Dipinjamkan Sahaja
Kaedah yang kedua sebagai landasan ekonomi dalam masyarakat Islam adalah suatu keyakinan bahawa harta itu sebenarnya milik Allah sedangkan manusia hanya memegang amanah atau pinjaman dari-Nya. Sebagaimana dijelaskan oleh Al Qur'an Al Karim:
"Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah meminjamkan kepadamu." (Al Hadid: 7)
Allahlah pemilik harta benda, kerana Dia yang menciptakannya dan yang menciptakan sumber produksinya serta memudahkan sarana untuk mendapatkannya, bahkan Dia-lah yang menciptakan manusia dan seluruh alam semesta.
"Dan kepunyaannya (Allah) apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (An-Najm: 31)
"Ingatlah sesungguhnya hanya milik-Nya makhluq yang ada di langit dan makhluk yang ada di bumi.." (Yunus: 66)
"Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam, kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya." (AI Waqi'ah: 63-64)
"Dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniaankan-Nya kepadamu... (An-Nuur: 33)
"Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaan-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka..." (Ali 'Imran: 180)
Jadi apa yang diberikan Allah kepada manusia dari kurniaan-Nya salah satunya adalah harta, sehingga kekuasaan manusia atas harta itu sekadar sebagai wakil, bukan pemilik aslinya.
Jika manusia adalah sebagai amin (yang dipercaya) untuk memegang harta dan sebagai wakil, maka tidak boleh bagi manusia untuk menyandarkan harta itu pada dirinya dan mengatasnamakan keutamaan itu sebagai atas jerih payahnya, sehingga ia mengatakan seperti yang dikatakan oleh orang kafir, "Ini adalah milikku" (Fushshilat: 41). Atau mengatakan seperti yang dikatakan oleh Qarun, "Sesungguhnya aku diberi harta itu, hanya kerana ilmu yang ada padaku" (Al Qashash: 78).
Demikian juga tidak diperbolehkan bagi manusia untuk menyibukkan dirinya dengan harta itu, tanpa melibatkan keluarga dari pemilik aslinya, kerana seluruh makhluq adalah keluarga Allah. Hal ini bererti ia telah melupakan kedudukan dan fungsi harta itu.
Imam Fakhruddin Ar-Razi mengatakan di dalam tafsirnya, "Sesungguhnya orang-orang fakir itu adalah keluarga Allah dan orang-orang kaya itu khuzzanullah (yang menyimpan harta Allah), kerana harta yang ada di tangan mereka adalah harta Allah. Seandainya Allah SWT tidak memberikan harta itu di tangan mereka, niscaya mereka tidak memilikinya sedikit pun. Maka bukan sesuatu yang aneh jika ada seorang raja berkata kepada bendaharanya, "Berikan sebahagian dari harta yang ada di gudang kepada orang-orang yang memerlukan dari hamba-hamba sahayaku."
Wajib bagi manusia (yang mengemban amanat harta) terikat dengan instruksi pemiliknya dan melaksanakan keputusannya serta tunduk terhadap arahan-arahan-Nya dalam memelihara dan mengembangkannya, dalam menginfakkan dan mendistribusikannya. Bukan berkata seperti yang dikatakan oleh penduduk Madyan kepada Nabi Syu'aib AS:
"Hai Syu'aib, apakah agamamu yang menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kami atau melarang kami memperbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami. ." (Huud: 87)
Hal itu merupakan bantahan mereka ketika Syu'aib menasihati mereka,
"Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan, sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat), hai kaumku, penuhilah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan rnanusia terhadap hak-hak mereka janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerusakan." (Huud: 84-85)
Mereka mengira bahawa pemilikan harta itu memperbolehkan bagi mereka untuk bebas berbuat semaunya, walaupun hal itu bertentangan dengan norma-norma (akhlaq) atau tidak memperhatikan kepentingan masyarakat, dengan alasan bahawa, "Ini harta kami, maka kami menggunakannya terserah kemauan kami."
Islam telah menegaskan bahawa harta adalah milik Allah yang diberikan kepada siapa saja yang Allah kehendaki dari para hamba-Nya. Allah mengamanahkan kepada mereka harta itu untuk melihat bagaimana mereka berbuat, maka apabila mereka tidak beriltizam dengan perintah-perintah Allah bererti mereka telah melanggar batas-batas perwakilan, sehingga harta itu harus diambil secara paksa atau tangan mereka dipukulkan ke batu.
Dengan kaedah emas ini, maka Islam maju dalam beberapa kurun (abad) dalam perekonomian dan kesejahteraan sosial Islam telah jauh mendahului apa yang digembar-gemborkan oleh sebahagian ilmuwan ilmu sosial Barat bahawa sesungguhnya pemilikan itu tugas sosial, dan sesungguhnya orang yang kaya itu harus mengikuti sistem sosial yang ada. Meskipun kata-kata ini sama sekali tidak sebanding dengan ajaran yang ada dalam Al Qur'an.
Posted by jutawan akhrat at 8:10 PM 0 comments
Labels: Ekonomi
Friday, September 25, 2009
Beri biru hilangkan mengantuk
MENGUNYAH semangkuk beri biru yang kaya dengan vitamin C dan E ketika sarapan pagi mampu menghentikan rasa letih pada waktu tengah hari.
Penyelidik mendapati dengan pengambilan buah-buahan, ia dapat membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan sehingga lima jam kemudiannya.
Menurut penyelidik dari Universiti Reading, Britain, Dr Jeremy Spencer, kandungan antioksida yang terdapat dalam beri biru meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak, sekali gus menjadikan otak sentiasa cergas.
Posted by jutawan akhrat at 10:34 AM 0 comments
Labels: Kesihatan
Pil multivitamin bawa keburukan
|
|
PENGAMBILAN pil multivitamin di kalangan jutaan penduduk dunia adalah langkah sia-sia kerana ia sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada kesihatan.
Menurut bekas penasihat pemakanan kerajaan Britain, Brian Ratcliffe, sejumlah RM3.6 bilion dihabiskan dalam pengambilan multivitamin setiap tahun yang sebenarnya sihat dan tidak memerlukan pil tersebut.
Jelasnya lagi, antara keburukan pengambilan pil tersebut seperti minyak ikan sebagai multivitamin ialah ia mampu meningkatkan fenomena tulang rapuh pada masa akan datang kerana pengambilan vitamin A secara berlebihan tanpa disedari.
Kebanyakan pengguna mengambil pil multivitamin kerana kebimbangan tidak berasas terhadap kesihatan mereka serta dipengaruhi oleh iklan pihak farmasi.
Posted by jutawan akhrat at 10:32 AM 0 comments
Labels: Kesihatan
Thursday, September 24, 2009
Pengguna wajar bijak berbelanja
PENGGUNA sering diuar-uarkan supaya bijak berbelanja. Pelbagai slogan seperti ``berbelanja secara berhemah'' terpampang di hadapan pintu masuk pusat-pusat perniagaan bertujuan untuk mengingati pengguna agar berhati-hati dengan cara berbelanja supaya pembaziran tidak berlaku.
Namun dalam suasana yang berbeza, kita dimomokkan pula dengan kempen membeli-belah yang berlangsung selama sebulan dalam tempoh tiga kali setahun. Promosinya bukan kepalang hebat. Pada sepanjang perjalanan, termasuk di lebuh raya dan persimpangan utama, radio dan televisyen, malah melalui pelbagai risalah terpampang hebahan yang mencatatkan perkataan `Karnival Membeli-Belah' atau `Jualan Mega'.
Karnival raksasa ini berlangsung untuk satu jangka masa yang agak panjang di seluruh negara di mana pusat membeli-belah digalakkan untuk menarik para pengguna membeli barangan dengan cara memberi potongan harga terhadap barangan yang dijual. Kempen jualan berlangsung begitu hebat sehinggakan tidak ramai yang dapat menolak untuk berkunjung ke pusat-pusat membeli belah di merata tempat di Malaysia.
Bagaimanapun, kita mungkin bertanya satu soalan yang mudah - kenapakah kerajaan bersungguh-sungguh menggalakkan rakyatnya berbelanja pada satu-satu masa dan pada masa yang lain mahu pengguna berjimat cermat?
Secara mudah perbelanjaan yang dilakukan oleh pengguna akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara secara keseluruhannya. Senario yang berlaku di Malaysia tidaklah terlalu sukar untuk diperjelaskan.
Semenjak prestasi ekonomi negara menunjukkan peningkatan berbanding ketika krisis ekonomi pada 1997, indeks perbelanjaan pengguna kembali meningkat. Logiknya, apabila kegiatan ekonomi mulai cergas maka permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan juga akan meningkat.
Salah satu faktor yang mendorong fenomena ini berlaku adalah kerana ramai tenaga kerja diperlukan untuk kegiatan pengeluaran. Dengan itu, ia akan memberi kesan langsung kepada jumlah pendapatan keseluruhan masyarakat dalam bentuk gaji atau upah atas usaha dan titik peluh mereka.
Pendapatan adalah faktor terpenting dalam menentukan keupayaan seseorang untuk berbelanja. Bagaimanapun, soal pendapatan bukanlah faktor tunggal untuk seseorang itu berbelanja. Mereka yang tidak bekerja sekalipun akan terus berbelanja dengan menggunakan tabungan ataupun secara pinjaman. Hal ini berlaku kerana mereka terpaksa memenuhi kehendak dan keperluan diri serta keluarga.
Dalam keadaan ekonomi yang lembab, kerajaan akan campur tangan dalam memberi galakan agar tahap perbelanjaan tidak jatuh menjunam. Pelbagai galakan akan diberikan supaya masyarakat terus berbelanja, misalnya dengan memberi bonus tahunan kepada kakitangan kerajaan walaupun kedudukan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya. Dalam konteks ini kerajaan berharap masyarakat akan berbelanja seterusnya akan membawa pula kepada peningkatan permintaan.
Selain daripada itu, kerajaan juga akan menambah perbelanjaannya dengan harapan ia akan menjadi pemangkin kepada ekonomi negara. Dari sudut ekonomi, perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan akan bertindak seperti pengganda dan kesannya adalah peningkatan kepada kegiatan ekonomi secara keseluruhan.
Faktor kedua yang turut membantu pengguna dalam berbelanja ialah kemudahan kredit. Dalam suasana syarat kemudahan kredit yang longgar dan mudah, pengguna biasanya akan mengambil kesempatan untuk berbelanja terutamanya bagi kemudahan pinjaman perumahan dan automobil. Kadar faedah yang menarik diikuti dengan syarat pinjaman yang tidak membebankan pengguna akan menjadi penggalak kepada pengguna untuk terus berbelanja terhadap barangan dan perkhidmatan.
Pendapatan adalah faktor terpenting dalam menentukan keupayaan seseorang untuk berbelanja. Bagaimanapun, soal pendapatan bukanlah faktor tunggal untuk seseorang itu berbelanja.Dalam konteks ini, pengguna perlu berhati-hati dengan penggunaan kad kredit. Konsep `belanja dahulu dan bayar kemudian' akan menyumbang kepada kegiatan perbelanjaan yang tidak terkawal. Walaupun terdapat kos tinggi yang dikenakan ke atas kemudahan ini, pengguna biasanya tidak mengendahkannya, memandangkan mereka dibenarkan untuk menangguh pembayaran pada satu tempoh tertentu.
Kemudahan ini tentu sekali mendedahkan mereka dengan aturan perbelanjaan yang tidak terancang. Tambahan pula dengan pelbagai kempen untuk berbelanja yang memberi pelbagai potongan, hadiah dan keistimewaan kepada pemegang kad kredit, ia boleh menghasilkan pengguna berbelanja berlandaskan nafsu semata-mata.
Hakikatnya pengguna adalah raja. Mereka sendirilah yang mampu menentukan polar perbelanjaan yang mahu mereka amalkan. Sejajar dengan kedudukan pengguna sebagai pemerintah kepada kuasa beli, mereka perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan maklumat tepat untuk membolehkan pengguna tersebut membuat pilihan yang terbaik.
Apabila pengguna ingin berbelanja bagi mencapai kepuasan yang maksimum, pengguna perlu mengetahui tentang barangan yang ingin dibeli. Peranan iklan sebagai pemberi maklumat adalah penting. Sesuatu keluaran baru perlu diberitahu dan diiklankan dan pada masa yang sama akan mengajar pengguna tentang fungsi dan ciri-ciri barangan tersebut. Iklan yang mendidik selalunya akan membantu pengguna berbelanja secara bijak.
Bagaimanapun dalam dunia perniagaan yang mementingkan keuntungan semata-mata, lazimnya iklan menjadi alat untuk memujuk dan memanipulasikan pilihan pengguna. Ciri pengiklanan seperti ini hanya mempunyai sedikit maklumat tetapi lebih berfungsi kepada merangsang pengguna untuk memilih barangan yang diiklankan.
Pengiklanan yang bermotifkan keuntungan semata-mata biasanya berjaya memujuk pengguna yang teragak-agak dalam membuat pilihan. Akibatnya, pengguna akan berbelanja ke atas barangan yang tidak diperlukan.
Cara pemasaran berbentuk ini kini amat berleluasa dan setiap firma biasanya akan memperuntukkan belanjawan yang tinggi bagi bersaing dengan pengeluar yang lain. Strategi pemasaran juga ditumpukan terhadap golongan tertentu dan ia akan memberi kelebihan kepada pihak penjual. Misalnya fokus pengiklanan akan diberi mengikut barangan yang diperlukan oleh golongan remaja, profesional, korporat, suri rumah, kanak-kanak atau bayi. Penumpuan ini akan meningkatkan kebolehan firma bersaing berdasarkan kepakaran mereka.
Faktor lain yang dikira penting dalam mempengaruhi pembelanjaan pengguna adalah telahan terhadap masa depan. Sekiranya pengguna menjangka harga rumah akan jatuh pada masa hadapan, maka adalah rasional untuk menangguh pembelian rumah tersebut supaya dapat dibeli dengan harga yang lebih murah.
Sebagai contoh, terdapat kenyataan dan telahan ekonomi akan menghadapi kelembapan ekonomi berasaskan perkembangan ekonomi di negara maju. Ekonomi Amerika Syarikat misalnya menunjukkan petanda-petanda yang tidak memuaskan dan ini boleh menyebabkan tingkat pendapatan negara yang berasaskan perdagangan antarabangsa akan terjejas. Secara langsung, suasana ini akan mengganggu kegiatan ekonomi berasaskan eksport yang akan menyebabkan pendapatan pekerja dalam sektor terbabit akan menurun.
Inflasi juga boleh mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna. Kesan inflasi ke atas perbelanjaan dapat dilihat daripada dua aspek. Pertama, sekiranya inflasi memberi gambaran bahawa harga akan terus meningkat, maka pengguna akan berbelanja pada masa kini untuk mengelakkan harga yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Sebagai contoh, sekiranya pengguna mengetahui bahawa harga kereta akan terus meningkat pada bulan hadapan, mereka akan berusaha untuk membeli kereta pada masa sekarang. Dalam masa yang sama, kesan inflasi juga akan mengurangkan nilai tunai pengguna. Pengguna akan bertindak dengan menyimpan lebih banyak bagi memulihkan nilai kekayaan. Ini akan menyebabkan mereka berjimat dan akan mengurangkan perbelanjaan.
Hakikatnya pengguna adalah raja. Mereka sendirilah yang mampu menentukan polar perbelanjaan yang mereka mahu amalkan. Sejajar dengan kedudukan pengguna sebagai pemerintah kepada kuasa beli, mereka perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan maklumat tepat untuk membolehkan pengguna tersebut membuat pilihan terbaik
Berbekalkan pengetahuan seperti ini, para pengguna perlu berhati-hati dalam berbelanja. Pengguna dinasihatkan agar lebih cenderung untuk menyimpan sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi masa depan. Bagaimanapun, kesan daripada tindakan berjimat cermat pengguna akan menyebabkan perniagaan terhadap barangan dan perkhidmatan juga akan menurun. Suasana seperti ini boleh menyebabkan kegiatan dalaman negara turut menjadi muram. Natijahnya, perimbangan antara langkah berjimat cermat dan berbelanja perlu diambil bagi memastikan kedudukan ekonomi negara secara keseluruhan menjadi lebih stabil.
Kesimpulannya, semua bergantung kepada keadaan tetapi para pengguna perlu berhati-hati apabila berbelanja. Pengguna yang berbelanja tanpa berfikir akan menyebabkan pembaziran sumber ekonomi. Bak kata bijak pandai ``berbelanjalah secara berhemah'', kepuasan maksimum akan tercapai dan masa depan tidak tergadai.
Posted by jutawan akhrat at 8:03 PM 0 comments
Labels: Penggunaan
Wednesday, September 23, 2009
10 Kunci Persahabatan Yang Baik
1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2. Ingatlah satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
3. Sedarlah tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4. Hargai pendapat antara satu sama lain.
5. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6. Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepadanya, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
8. Belajar daripada satu sama lain.
9. Jangan mengata di belakang kawan anda.
10. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
Posted by jutawan akhrat at 7:52 PM 0 comments
Labels: Akhlak
Tuesday, September 22, 2009
Ekonomi: Barangan Mewah
Setiap manusia memerlukan barangan sama ada barangan keperluan atau barangan asasi. Begitu juga tidak ketinggalan bagi masyarakat Islam. Islam mengiktiraf barangan yang baik dan suci. Ini sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:
1. "Mereka bertanya kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan yang baik" .
2. "Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu" .
3. "Hai Rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik" .
Selain melihat daripada kesucian barangan itu sendiri Islam juga melihat kategori barangan yang diperjualbelikan serta keutamaan dan pembahagian barangan tersebut.
Bagi melihat persoalan ini Islam menggariskan beberapa panduan yang berasaskan kaedah Usul al-Fiqh iaitu metode maslahah. Melalui metode ini umat Islam boleh menilai dan melihat segala jenis barangan yang ingin diguna, sepatutnya diguna, keutamaan kegunaan dan lain-lain lagi di dalam penghidupan seharian.
Kemewahan bererti perbelanjaan yang berlebihan untuk mendapatkan kepuasan peribadi atau perbelanjaan yang berlebihan untuk memenuhi kehendak yang tidak penting yang melampaui batas. Perbelanjaan untuk memperolehi kemewahan kebiasaannya lebih besar daripada faedah yang dapat dinikmati, misalnya pakaian yang terlalu mahal, arak, barang-barang daripada emas, perak atau lain-lain .
Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, barang mewah adalah barangan yang dianggap sebagai barangan untuk berprestij dan bermegah-megah. Ianya bukanlah untuk keselesaan, namun untuk menunjuk-nunjuk.
Barang-barang mewah sebenarnya berbeza mengikut kemampuan individu dan Negara. Ada individu pengguna itu masih lagi belum dianggap mewah berbanding dengan individu pengguna yang lain disebabkan kemampuannya dari segi kewangan dan pendapatan. Begitu juga negara, jika sebuah negara maju itu, kereta Mercedes bukan lagi dianggap barangan mewah berbanding dengan di negara membangun dan mundur ianya dianggap sebuah kereta mewah dan berprestij.
Barang mewah ini adalah dari golongan barang keperluan juga, tetapi harganya yang terlalu mahal dan barang yang berkualiti. Maka ianya dikatakan sebagai barangan mewah atau barangan atasan. Ini termasuklah antaranya:
1. Telefon bimbit yang berjenama mahal (contonya Samsung, Siemens, Motorola, Nokia dan sebagainya).
2. Jam tangan berjenama mahal (contohnya, Rolex, Tissot, Casio (Wrist Camera, Wrist Audio, PC Unite dan Pathfinder PAT1GP-1), Omega, Tag Heuer, Rado, Longines, Calvin Klein, Guess, Hamilton, Dunhill dan sebagainya).
3. Kasut berjenama mahal (contohnya, Sergio Tacchini, Clark, Redwing, Timberland dan sebagainya).
4. Kereta dan motosikal yang berjenama mahal (contohnya, Mercedes Benz, BMW, Lotus, Jaguar S-3.0, Ferrari, Volvo, Alfa Romeo,Harley Davidson dan sebagainya).
5. Komputer note book yang berjenama mahal (contohnya, Power Macintosh, Fujitsu dan sebagainya).
6. Minyak wangi yang berjenama mahal (contohnya, Hugo Boss, Giorgio Armani, Le Fue D'Issey, Gucci, Polo Sport, Ivoire de Balmain, Calvin Klein, Lacoste, Chanel no.5, Diesel, Poison, dan sebagainya).
7. Barang-barang kemas.
8. Dan berbagai-bagai jenis barang keperluan yang lain.
Kesimpulannya, barang-barang keperluan yang dianggap sebagai barang mewah seperti yang dicontohkan di atas adalah bergantung kepada kemampuan individu pengguna masing-masing. Namun sekiranya barang-barang di atas digunakan oleh seorang pelajar maka ianya dianggap sebagai barang mewah. Dan kesimpulan lagi bahawa dalam Islam barang mewah ini boleh dimasukkan dalam kategori atau konsep maslaÍaÍ iaitu ÌÉrËriyah, hÉjiyah dan taÍsÊniyah. Akan diterangkan dalam tesis yang akan dikaji oleh penulis.
Penggunaan Barang Mewah Menurut Islam
Penggunaan barang mewah ini biasanya dikaitkan dengan kemahuan manusia itu sendiri. Ekonomi konvensional menganggap kemahuan dan kehendak manusia adalah tidak terhad sedangkan sumber-sumber yang ada di muka bumi ini adalah terhad sama sekali.
Pada dasarnya Islam menerima hakikat kemahuan manusia terhadap setiap barangan tetapi ia mempunyai cirri-cirinya yang tersendiri. Ini sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:
1. "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir" .
2. "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak [l86] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)" .
3. "Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan" .
4. "Dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya" .
Gambaran di atas menunjukkan bahawa kehendak manusia mestilah tidak secara berlebih-lebihan atau tamak.
Di samping itu penggunaan barang-barang mewah seperti pakaian yang terlalu mahal, barang-barang daripada emas, perak dijadikan pinggan dan digunakan oleh kaum lelaki atau lain-lain adalah dilarang oleh Islam penggunaannya.
Islam melarang penggunaan barang-barang mewah kerana selain ia bertentangan dengan hukum Islam ia juga menggalakkan pertumbuhan industri yang tidak produktif dan tidak bermoral seperti berjudi, meminum arak, disko dan lain-lain lagi. Di samping itu, penggunaan barang-barang tersebut akan mengembangkan unsur-unsur yang boleh merosakkan masyarakat, yang akhirnya akan menghancurkan perpaduan seluruh masyarakat .
Kenyataan di atas ini telah dinyatakan dalam Surah al-Baqarah dengan firman Allah yang bermaksud:
"Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia".
(Terjemahan al-Qur'an Surah al-Baqarah 2:219)
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan".
(Terjemahan al-Qur'an Surah al-Baqarah 2:168)
Dan dalam surah al-MÉ´idah, yang bermaksud:
"Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya".
(Terjemahan al-Qur'an Surah al-MÉ´idah 5:88)
Dengan ini ternyatalah bahawa al-Quran membenarkan penggunaan benda-benda yang halal dan baik dalam kehidupan umat Islam. Mereka boleh makan makanan yang berkhasiat, memakai pakaian yang cantik serta tinggal dalam rumah-rumah yang indah yang membawa kepada kehidupan yang selesa dan menggembirakan.
Islam membenarkan manusia mengguna dan menikmati segala benda yang boleh memberi faedah dan kesenangan serta kemewahan kepada mereka selagi mereka tidak berlebih-lebihan sehingga melampaui had-had penggunaan yang ditetapkan .
Islam juga melarang manusia daripada menggunakan barangan yang boleh mengasyikkan seperti mendengar muzik sehingga menyebabkan berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Melarang pemborosan dan hidup yang terlampau mengikut hawa nafsu keduniaan. Al-Qur'an menyatakan dengan jelas:
Dalam Surah al-A'rÉf, Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud:
1. "Makanlah dan minumlah, tetapi jangan melampaui. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang melampaui batas" .
2. "Dan janganlah kamu membazirkan harta kamu itu sewenang-wenangnya. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan" .
Oleh yang demikian penggunaan barang mewah antara lain akan menjadikan manusia lalai, suka membazir dan melampaui batas. Ia membentuk tabiat buruk seperti hilang kasih sayang, suka bergantung kepada orang lain, malas bekerja, tidak bertanggungjawab dan lain-lain lagi. Malahan demi untuk mengekalkan kehidupan yang mewah seseorang itu akan sentiasa bersedia melakukan perbuatan yang melampaui batas. Dia tidak akan dapat menghindari diri daripada mencabul hak-hak orang lain dan mengaut keuntungan melalui cara-cara yang haram .
Kesan Penggunaan Barang Mewah
Kita boleh lihat secara ringkasnya dari dua sudut, iaitu:
1. Sudut mikro.
2. Sudut makro.
Dari sudut mikro sebagaimana kita maklumi bahawa penggunaan barang mewah terhadap individu-indidu pengguna akan menyebabkan individu tersebut menjadi seorang yang tamak dan boros. Ini kerana harga sesuatu barang mewah itu terlalu tinggi dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membeli barang mewah tersebut boleh digunakan untuk memberi sedekah kepada jiran-jiran yang memerlukan atau kepada orang miskin yang memerlukan. Oleh itu pendapatan orang yang mampu tersebut yang sepatutnya dikenakan zakat pendapatan atau simpanan sudah tidak ada disebabkan mereka ini menggunakan barangan mewah. Maka hak orang miskin sudah tiada pada masa ini.
Dari sudut makro pula, penggunaan barang mewah sesebuah negara itu akan menyebabkan pengeluaran pendapatan ke luar negara yang besar. Ini kerana kebiasaannya barang mewah akan diimport dari negara maju. Maka sebuah negara membangun terpaksa membelanjakan dengan besar serta dikenakan duti eksais terhadap barang mewah tersebut. Ini menyebabkan negara membangun tidak dapat menyalurkan kewangan mereka ke arah kebajikan yang lain kerana bersibuk-sibuk membelanjakan ke arah memenuhi nafsu orang-orang kaya di negara tersebut. Apabila ramai yang berkehendak kepada barang mewah maka menaikkan kuasa beli dan harga barang tersebut akan melambung tinggi, oleh itu secara automatik industri akan melambung. Keadaan ini akan menyebabkan orang bawahan akan tertindas dan aniaya.
KESIMPULAN
Islam melihat barang yang digunakan oleh manusia berdasarkan keinginan dan kepuasan, namun kepuasan itu tidak semata-mata dipandang dari segi kebendaan, ia juga hendaklah dinilai dari segi kerohanian. Oleh itu pengguna yang rasional dalam Islam ialah pengguna yang dapat memandu tingkah lakunya supaya dapat mencapai kesesuaian "maksimum" dengan norma-norma Islam. Norma-norma ini akan membentuk kelakuan pengguna. Begitu juga barangan mewah yang tidak menyumbang kepada kecekapan atau kesejahteraan ataupun kebajikan tidak digalakkan dalam Islam. Penggunaan barangan dengan tujuan untuk bermegah-megah, menunjuk-nunjuk dan mencari nama adalah dikutuk oleh Islam dan merupakan cara syaitan. Namun dalam Islam, sekiranya barang-barang tersebut halal dan diperolehi secara halal maka penggunaannya bagi orang yang mampu dan bukan untuk riak tetapi semata-mata mengikut rentak masyarakat moden maka penggunaannya tidak dilarang.
Posted by jutawan akhrat at 10:16 AM 0 comments
Labels: Barangan mewah
Sunday, September 20, 2009
Konsep Amanah
Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar di sekitar dengan amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya. Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsure-unsur yang merosakkan. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana ia merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pengertian
Amanah berasal daripada perkataan arab - amanah, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oloh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni. Amanah meliputi pelbagai lapangan, antaranya :
1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul
2. Amanah Terhadap Diri Sendiri
3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan
1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul
Ia bermula daripada kedudukan manusia sebagai hamba Allah SWT. Dan fungsi sebagai khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah ialah patuh, taat dan tunduk kepadaNya. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah pula ialah membangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan fungsinya untuk taat, patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada Allah SWT sepertimana firmanNya :
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Anfal : 27)
Segala pemberian dan nikmat Allah SWT hendaklah dimanfaatkan untuk kebaikan dan digunakan mengikut peraturan dan hukum yang telah ditetapkan. Apabila amanah Allah ini ditunaikan, maka manusia akan merasai ketenangan, kedamaian dan keselamatan jiwa yang tidak terhingga. Hilanglah kegelisahan dan kekacauan dalam dirinya. Sebuah organisasi dan masyarakat yang anggotanya menjaga, memelihara dan menghargai amanah Allah akan berada dalam suasana aman, tenteram dan penuh harmoni. Dengan itu produktiviti akan bertambah dan kebaikan akan berkembang.
Amanah terhadap Rasul ialah cabang daripada amanah terhadap Allah. Rasul menyampaikan segala ajaran Allah SWT dan menunjukkan bagaimana ajaran itu dilaksanakan. Rasulullah SAW telah menyediakan as-Sunnah dan Qudwah (ikutan). Ia merupakan amanah Rasulullah SAW kepada umatnya yang perlu dipelihara, dihargai serta dipatuhi.
Perkataan Rasulullah dalam bentuk perintah, nasihat dan saranan menjadi sunnahnya. Begitu juga perbuatan dan pengakuannya merupakan sunnah yang menjadi amanah untuk diterima dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab yang dituntut. Patuh dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan sebahagian daripada ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Seseorang dianggap mengkhianati amanah Allah dan RasulNya jika kewajipan yang telah ditentukan, diabaikan. Begitu juga jika ia tidak memelihara ketinggian dan maruah agama Allah, tidak berjuang menegakkannya dan tidak berusaha untuk menghayatinya dengan penuh keimanan dan keyakinan.
2. Amanah Terhadap Diri Sendiri
Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan , kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam.
Kebersihan rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara yang dilarang oleh Allah SWT menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang terkandung dalam pengertian amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah adalah amanah. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah dengan menghindarkannya daripada melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan untuk tujuan yang baik dengan menghindarkannya daripada mendengar perkataan yang terlarang seperti mendengar umpatan.
Lidah menjadi amanah Allah. Ia hendaklah dijaga dan dipelihara daripada segala kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahgunakan ia amat berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga akan menjadi pembawa fitnah yang boleh merosakkan hidup dan membinasakan diri sendiri. Oleh itu, semua anggota tubuh badan dan pancaindera merupakan amanah Allah kepada manusia yang perlu dijaga dan dipelihara dengan cara memanfaatkannya untuk tujuan yang diredhai Allah.
3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan
Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua keperluannya tanpa pengantungan kepada orang lain. Penduduk kota yang memiliki pelbagai kemudahan memerlukan khidmat para petani dan nelayan untuk mendapatkan keperluannya seperti beras, sayuran dan ikan. Mereka memerlukan khidmat para penternak untuk mendapatkan daging.
Para peniaga memerlukan pelanggan manakala pengguna memerlukan khidmat peniaga. Para pemimpin memerlukan pengikut. Pengikut memerlukan bimbingan dan kepimpinan para pemimpin. Tegasnya, tiada siapa yang mampu hidup bersendirian, kerana manusia itu makhluk bermasyarakat. Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan pergantungan antara satu dengan yang lain.
Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut susunan dan kepentingan yang ditetapkandalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama. Msyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara manusia. Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya ummah, bangsa dan negara.
Penutup
Oleh yang demikian, setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya samada amanah terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri mahupun kepada masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan penghidupan kita di dunia ini.
Kisah Dan Teladan
KHALIFAH Umar bin Abdul Aziz adalah selah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika neliau sedang tekun menyiapkan kerja rasminya delam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya merasa hairan lalu bertanya.
" Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang ?"
Khalidah Umar menjawab, " Benar katamu wahai anakkku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebantar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga "
Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya:
" Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda.
Posted by jutawan akhrat at 9:30 AM 0 comments
Labels: Amanah
Saturday, September 19, 2009
Memulihkan Kekuatan Ekonomi Umat
Ditaip semula oleh : Abdul Kadir
Daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya sabda Nabi S.A.W. : “Sesungguhnya kaum al-‘Asy’ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripada aku dan aku daripada mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith di atas, Nabi S.A.W. memuji sikap tolong menolong, bantu membantu serta perasaan mengambil berat antara satu sama lain. baginda S.A.W memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-‘Asy’ariyin yang jamin menjamin kebajikan sesama mereka. maksud “Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah mengambarkan redhanya Nabi S.A.W. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah S.W.T.
Tolong menolong sesama sendiri atau puak, atau bangsa atau kumpulan dalam daerah kebajikan dan taqwa tidak dianggap sebagai perkauman yang sempit. Kata al-Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadith di atas “Sesungguhnya Nabi S.A.W. memerangi asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-‘Asy’ariyin sebahagian daripada baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin menjamin dan bantu membantu dalam harta, juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan”. (Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, mubadik wa qawa’id ‘ammah, m.s. 134. Dar al-Fikr, Beirut)
Ini kerana seseorang individu atau sesebuah organisasi kadang-kala tidak dapat melaksanakan bantu-membantu atau jamin-menjamin dalam kebajikan meliputi semua masyarakat. Maka sekurang-kurangnya hedaklah dibuat dalam batasan kelompok yang termampu. Namun konsep kebajikan tidaklah boleh dihadkan hanya kepada sekelompok manusia sahaja, jika ada ruang atau tuntutan maka ianya mesti diluaskan. Tidak boleh pula menolong sesama sendiri sehingga ada pihak yang terzalim atau menyempitkan maksud pertolongan sehingga tidak diberi pertolongan melainkan hanya kepada kaum atau kumpulan sendiri sahaja. Ini untuk mengelakkan sikap asabiyyah yang menolong kaum atau kumpulan sendiri sekalipun atas nilai kezaliman. Apabila ditanya Nabi S.A.W. :
“Wahai Rasulullah ! apakah termasuk di dalam asabiyyah jika seseorang mencintai kaumnya ? Jawab baginda :Tidak ! Tetapi asabiyyah itu seseorang menolong kaumnya atas kezaliman.”
Kalaulah tolong menolong sesama puak diizinkan dan dipuji oleh Rasulullah S.A.W. demi kebajikan terutamanya ketika waktu susah dan terdesak, tentulah tolong menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuhi dan ditindas lebih dituntut. Bahkan tolong menolong-menolong, bantu-membantu dan jamin menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebajikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. sabda Nabi S.A.W. :
“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bagunan, kuat menguatkan antara satu sama lain.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan fakktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.
Disamping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam. keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli digerai, kedai atau pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.
Di peringkat antarabangsa pula, negara-negara umat Islam masih lagi bergantung kepada dunia barat. Ini adalah salah satu factor yang menjadikan dunia Islam dayus kepada Barat. Banyak bahan mentah yang dimiliki oleh umat Islam terutamanya minyak tetapi masih gagal untuk menjadikan dunia Islam blok yang digeruni. Kita masih lagi gagal untuk mewujudkan kesatuan perdagangan dalam dunia Islam. Maulana Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik dunia baratdalam tulisannya dengan mengatakan :
“Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memeliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri, dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh dibuminya dan ditenun dengan tangannya… sesungguhnya dunia Arab tidak dapat memerangi Barat – jika keadaan memerlukan demikian – selagi mereka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain." (Abu Hasan ‘Ali an-Nadwi, Maza khasira al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin, ms. 416, cetakan : Maktab al-Sunnah, Kaherah)
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi pula : “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hudup di bumi Allah yang paling strategic, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak berani di bumi kita,tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…. Jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar , pengimport bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai dalam menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, ms. 12-13, cetakan muasasah al-Risalah, Beirut.)
Dalam keadaan sebeginilah umat Islam dalam semua peringkat individu dan negara dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. menghasilkan produk keluaran muslim adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. demikian juga membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Bagi peringkat antarabangsa berdagang sesama negara umat Islam adalah kewajipan kerajaan-kerajaan umat Islam yang ada.
Ini salah satu cara terbesar pada masa ini dalam menunaikan taggungjawab bantu membantu dalam menguatkan umat. Sekiranya individu umat memiliki kuasa ekonomi serta mereka beriman dan beriltizam, maka masarakat Islam sekaligus akan menjadi kuat. Al-Syeikh Mustafa Khin di dalam Nuzhah al-Muttaqin ketika menghuraikan hadith : “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat menguatkan antara satu sama lain” di atas, menyebut : “Bandingan yang dibuat dalam hadith ini bertujuan menggalakkan bantu-membantu dan tolong menolong sesama mukmin. Ini adalah perkara yang mesti dilakukan, kerana pembinaan umat tidak akan sempurna dan berhasil kecuali sebahagian umat membantu dan menguatkan sebahagian yang lain. seorang mukmin tidak dapat bersendiri dalam urusan dunia dan agamanya, ianya semesti memerlukan pertolongan dan bantuan saudaranya yang mukmin, jika tidak, dia akan gagal menunaikan tanggungjawabnya dan akan cacatlah peraturan dunia dan akhiratnya serta akan termasuk dalam golongan yang binasa." (Mustafa al-Khin, Nuzhah al-Muttaqin. 1/119, cetakan: Muasasah al-Risalah, Beirut)
Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi umat, sehingga kita mampu berdiri dengan sendirinya, kita akan terus menjadi umat yang lemah. Di peringkat bawahan, umat Islam wajib terus berusaha mengeluarkan berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak bergantung kepada orang lain. lihat pada cuti perayaan orang lain di negara kita, orang Islam menjadi terdesak untuk membeli dan berurusan, ini menggambarkan betapa kita bergantung kepada orang lain. Bagaimanakah kita ingin menceritakan kehebatan Islam kepada mereka dalam membina umat ?
Pengajaran Semasa
1- Setiap individu muslim hanya ada dua pilihan di hadapannya, samaada dia menjadi pengeluar barangan atau pembeli barang keluaran saudara muslimnya yang lain. mereka yang tidak menyertai kempen ini, melupai bahawa diri mereka adalah satu juzuk daripada umat, juga melupai tanggungjawab ukhuwwah Islamiyyah. Ini kerana suasana umat Islam sekarang amat tertekan dan tertindas.
2- Negara-negara umat Islam mestilah berusaha mengeluarkan keluaran sendiri terutamanya senjata dan barangan yang menjadi keperluan semua. Barangan asas yang menentukan kekuatan negara mestilah dihasilkan sendiri oleh umat Islam.
3- Negara-negara umat Islam wajiblah menjadi kitaran dagangan antara mereka. ini supaya hasil dan harta umat tidak jatuh ke tangan musuh. Berdagang sesama negara adalah tuntutan yang mesti dipikul oleh bahu para pemerintah umat Islam masa kini. Hasil kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab maka lihat apa yang terjadi kepada kekayaan Arab yang dilabur dan dileburkan di Amerika dan dunia Barat.
4- Di peringkat individu, muslim hendaklah membantu perniagaan muslim sedaya mungkin. Ini bagi memastikan kita dapat membina kembali kekuatan masyarakat Islam. persaudaraan Islam membantah seorang muslim meninggalkan saudara muslim yang berniaga lalu membeli dari orang lain.
5- Membantu ekonomi muslim adalah ibadah.
6- Mewujudkan badan kebajikan atau seumpamanya demi membantu kebajikan sesama muslim juga adalah ibadah dan perkara yang dipuji dalam Islam.
Posted by jutawan akhrat at 9:32 AM 0 comments
Labels: Ekonomi
Friday, September 18, 2009
Amalkan Kesihatan Mental Yang Baik
Tekanan Mental Dan Pekerjaan
TEKANAN KERJA
Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.
Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.
PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA
Jenis Pekerjaan
Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.
Peranan dan Fungsi Pekerjaan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya
Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan
Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.
Perubahan Dalam Organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja
________________________________________
7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL
Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
• Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
• Bersikap positif semasa melakukan anda
• Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
• Merasa seronok bekerja
Rancang Kerja Anda
• Kendali masa anda dengan bijak
• Beri keutamaan pada kerja yang penting
• Jangan bertangguh
• Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
• Mengagihkan kerja dengan baik
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
• Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
• Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
• Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
• Ambil tindakan secara wajar
Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
• Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
• Rancang perubahan secara teratur
Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
• Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
• Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
• Hormati pandangan rakan sekerja anda
Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
• Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
• Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
• Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
• Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
Amalkan cara Hidup Sihat
• Luangkan masa untuk beribadah
• Dapatkan tidur yang mencukupi
• Bersenam selalu
• Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
• Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
• Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama
________________________________________
ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ?
Tanda-tanda tekanan mental
• Bersikap ganas (Panas Baran)
• Gelisah
• Gangguan selera makan
• Gangguan tidur
• Hilang - tumpuan, motivasi
• Kemurungan
• Kerisauan yang berlebihan
• Kelesuan
• Mabuk arak
• Mudah meradang
• Perasaan bersalah
Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik
Posted by jutawan akhrat at 1:50 PM 0 comments
Labels: Tekanan
Thursday, September 17, 2009
PENGURUSAN STRESS - SATU TINJAUAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Disusun oleh: Aizil Azhar Ibrahim
STRESS MENGIKUT PANDANGAN ISLAM
Stress dari sudut bahasa ialah tekanan. Tekanan adalah suatu dari fitrah kehidupan manusia. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 155:
“Demi Sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
Surah al-Baqarah, ayat 214:
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahulah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”
Dalam ayat di atas Allah SWT mengingatkan kita bahawa dalam kehidupan kita tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Ia bukan saja telah dilalui oleh kita bahkan oleh umat terdahulu. Segala bentuk-bentuk ujian dan kesusahan itu akan membentuk tekanan-tekanan kepada manusia.
KESAN TEKANAN
Tekanan kadang-kadang memberikan impak positif dalam kehidupan manusia, contohnya membuatkan seseorang itu bekerja keras, membina daya kreativiti, membina keyakinan diri atau membentuk peribadi yang lebih mantap dan berdisiplin.
Tetapi sekiranya tekanan itu tidak dihadapi dengan baik atau berlebihan maka, ia akan memberi kesan buruk ke atas individu tersebut. Ia mungkin akan mengganggu emosi dan fizikalnya.
Sejauh mana seseorang itu dapat menghadapi tekanan tersebut, itulah ganjaran pahala yang akan diperolehi. Semakin besar tekanan yang dihadapi semakin besar nilai pahala di sisi Allah SWT. Iman juga akan bertambah dan berkurang dengan tekanan-tekanan yang pergi dan datang.
Firman Allah dalam surah Nahl, ayat 97:
“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala dari apa yang mereka telah kerjakan.”
Jadi seorang Muslim yang cemerlang ialah Muslim yang berjaya mengahdapi setiap tekanan dalam kehidupan samada ia masalah kerja, kesihatan, keluarga, masyarakat dan negara. Kita tidak dapat lari ujian Allah SWT maka caranya sekarang kita belajar menghadapi tekanan.
PUNCA STRESS
Islam tidak melihat punca stress itu dari tekanan mental semata-mata. Bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati (qalb), ruh, nafsu dan akal.
1. Kelemahan Hati
Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus (latifah), ketuhanan (rabbaniyah) dan kerohanian (ruhaniyah).
Manusia menganal Allah SWT dengan hatinya. Bukan dengan anggota badan yang lain. Hati adalah raja manakala segala anggota badannya yang lain hanyalah pelayan atau pengikut saja. Hatilah yang akan merasa bahagia bila dekat dengan Allah. Ia jugalah yang memperolehi kekecewaan dan kesengsaraan apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai serta leka dari mengingatinya.
Surah Taha, ayat 124:
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.”
2. Kelemahan Roh
Roh diberi istilah Jawahir, Nyawa dan Jiwa. Menurut al-Marhum Tuan Sheikh Muhammad Zain Minangkabau, erti ruh itu amar Allah.
Al-Isra’, ayat 85:
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.
Roh itulah yang menghidupkan jasad atau badan. Dalam Ilmu Tasauf mereka membezakan di antara roh dengan Nyawa. Nyawa adalah satu unsur yang halus yang ada pada setiap makhluk yang hidup samada manusia atau haiwan. Manakala roh pula merujuk kepada nyawa yanga da setiap Mukmin. Beza nyawa dan roh di sisi ilmu tasauf ialah roh mengenal Allah SWT manakala nyawa tidak.
Maka kekuatan roh itu dinilai dari sudut mengenali Allah SWT. Semakin ia kenal Allah, semakin kuat dan mantap ruh itu. Jika tidak jadilah ruh itu ruh yang lemah yang akan diganggu oleh iblis dan syaitan.
3. Pengaruh Nafsu
Al-Imam al-Ghazali, memberi pengertian al-Nafs itu sebagai satu unsur yang halus yang mana dialah hakikat manusia. Ia mempunyai bermacam-macam sifat dan bermacam-macam keadaan. Apabila kecelaan dan keburukkan menguasai hati itulah yang dikatakan nafs lawwamah atau nafs al-ammaratu bissu’.
Surah al-Qiamah, ayat 2:
“Dan aku bersumpah dengan ‘Nafsul Lawwaamah’ (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Surah Yusuf, ayat 53:
“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Apabila ketenangan, ketenteraman dan kejernihan menyelubungi hati itu, maka itulah yang diseru oleh Allah SWT dengan nafsul Muthmainnah.
Surah al-fajr, ayat 27-28:
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nimat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia. “Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!”
Nafs muthmainnah mendorong hati melakukan segala kelakuan positif, rasional dan teratur. Inilah tingkat nafsu yang dikehendaki dalam Islam seperti mana di dalam ayat di atas, keadaan nafsu seperti ini adalah nafsu yang baik dan mendapat keredhaan Allah SWT.
4. Kelemahan akal
Imam al-Ghazali telah memberikan makna akal iaitu sesuatu yang memperolehi ilmu atau tempat pengetahuan. Kelemahan akal berpunca dari kejahilan atau sedikit ilmu seseorang. Para Hukama’ mengandaikan ilmu itu adalah makanan bagi akal. Tanpa ilmu akal akan mati. Akal yang mati tidak akan berfungsi dengan baik. Luqmanul Hakim pernah berpesan kepada anaknya:
“Wahai anakku, duduklah kamu dengan orang-orang yang berilmu dan rapatkanlah lutut-lututmu dengan nereka, sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati (akal) itu dengan cahaya ilmu, sepertimana dihiudpkan bumi dengan air hujan.”
Sabda Nabi SAW dalam sebuah hadis:
“Sesiapa yang mempelajari ilmu-ilmu agama Allah azzawajal, maka Allah SWT akan mencukupkan segala keperluannya dan memberinya rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.” – hadis ini mempunyai sanad yang dhaif.
KAEDAH PENGURUSAN STRESS DALAM ISLAM
1) Tadabbur al-Qur’an:
Al-Qur’an merupakan cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit samada hati atau fizikal. Ia merupakan rahmat untuk sekalian alam. Dengan mentadabbur al-Qur’an yakni memahami, mendalami dan mententeramkan fikiran, hati dan jasmani.
Allah SWT telah berfirman dalam surah yunus, ayat 57:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Qur’an yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
Imam al-Ghazali telag membawa kaedah-kaedah supaya pembacaan al-Qur’an boleh memberikan yang maksimum. Antaranya:
1. Memahami al-Qur’an itu adalah percakapan Allah SWT.
2. Menggambarkan Keagungan Allah SWT dengan sifat dan Asma’Nya.
3. Menghadirkan hati dengan meninggalkan segala perkara yang dapat mengganggu konsentrasi dalam pembacaan.
4. Memikirkan erti al-Qur’an.
5. Cuba memahami maqasid atau tujuan ayat tersebut.
6. Menujukan segala ayat al-Qur’an itu pada diri sendiri.
2) Tafakkur:
Ia bermaksud merenung dan memikir dengan mendalam mengenai sesuatu. Proses tafakkur boleh dimulakan dengan berfikir tentang diri sendiri. Bertafakkur tentang segala nikmat yang telah Allah SWT berikan pada diri dari kesihatan, kesempurnaan diri. Kemudian boleh diluaskan kepada keluarga, masyarakat, negara dan alam ini.
Surah Luqman, ayat 20:
“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin?”
Surah an-Nahl, ayat 18:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Kemudian bandingkan diri dengan masyarakat sekeliling, dan lihat betapa banyaknya nikmat Allah SWT ke atas berbanding orang lain, haiwan dan tumbuhan, renungkan sebesar-besar nikmat iaitu Islam dan Iman.
3) Banyakkan Sedeqah:
Iaitu memberikan sedeqah semata-mata kerana Allah SWT. Salah satu perkara yang menyebabkan jiwa tidak tenang kerana harta. Harta adalah kurniaan Allah. Orang yang bakhil dan kikir disempitkan oleh Allah SWT hati dan akhlaknya kerana mereka bakhil dengan kurniaan Allah SWT kepadanya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 245:
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”
Nabi SAW telah menetapkan beberapa adab penting dalam bersedeqah supaya ia mampu memberikan keberkatan kepada orang yang bersedeqah. Antaranya:
1. Sedekah itu perlu diberi semata-mata kerana Allah SWT.
2. Sedekah ketika masih sihat.
3. Sedekahlah ketika seseorang itu merasa bakhil atau sangat sayang pada hartanya.
4. Sedekahlah ketika seseorang itu sedang mengimpikan dirinya menjadi kaya dan takut pada kemiskinan.
5. Sedekahlah tapi rahsiakanlah.
6. Sedekahlah tapi jangan bermegah atas orang yang menerima sedekah.
4) Taqarrub
Yakni mendekatkan diri kepada Allah SWT sehingga dapat mengenali Allah SWT, mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Sehingga akhirnya dapat menduduki maqam seperti para solihin yang hampir dengan Allah SWT.
4.1 Hidupkan Malam Anda:
Iaitu bangun di tengah malam dengan meninggalkan segala kenikmatan tidur untuk menyembah Allah. Bahkan Rasul SAW dalam menerangkan kepentingan tahajjud, apabila seseorang itu bangun di tengah malam semata untuk mengingati Allah, dia bersusah payah berwuduk dan bersolat maka hatinya akan menjadi tenang dan dikuatkan jasmaninya.
Kisah penghuni syurga dalam Surah al-Dzariyyat, ayat 17:
“Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.”
Sifat orang yang beriman itu ialah seperti yang digambarkan dalam Surah al-Sajdah, ayat 16:
“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”
Bangun malam adalah amat sukar kepada manusia. Bagi memudahkan bangun malam Imam Ghazali memberikan beberapa kaedah garis panduan. 4 perkara yang berkaitan dengan fizikal:
1. Jangan makan terlalu banyak.
2. Jangan melakukan aktiviti yang sangat berat hingga badan jadi letih untuk bangun tahajjud.
3. Tidur sebentar di siang hari.
4. Jauhkan dari perbuatan dosa pada siang hari kerana akan memberatkan hati untuk beribadat pada malam hari.
4 perkara yang berkaitan dengan rohaniah pula ialah:
1. Jauhkan diri dari perkara bid’ah dan jangan terlalu menyibukkan diri dengan urusan dunia di siang hari.
2. Timbulkan dalam hati perasaan khauf (takut) pada azab-azab Allah SWT dan jangan panjang angan-angan.
3. Berusaha mengetahui kelebihan-kelebihan bangun malam.
4. Suburkan dalam hati rasa iman dan cinta pada Allah SWT.
4.2 Banyakkan Berzikir:
Berzikir iaitu selalu mengingati Allah samada dengan lidah atau hati.
Surah al-Ra’ad, ayat 28:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
5) Husnu Dzon kepada Allah SWT:
Iaitu berbicara dan berkata dengan positif dan penuh pengharapan kepada Allah SWT. Ini kerana setiap lafaz yang diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah SWT.
“Sesungguhnya aku adalah sebagaimana sangkaan hambaKu”.
Al-A’raf, ayat 194:
“Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.”
6) Pengurusan
Iaitu kebijaksanaan dalam menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset. Bahkan Allah SWT telah mengingatkan kita tentang beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita. Bahkan kita diajarkan berdoa dari beban kerja yang berlebihan yang tidak mampu tanggung.
Surah al-Baqarah, ayat 286:
“Allah tidak memberati seseorang malainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Para hukama’ pernah berkata:
“Jangan kamu tanggung bola dunia itu di atas kepala kamu.”
7) Banyakkan Syukur kepada Allah SWT:
Berterima kasih kepada Allah SWT dan jangan sekali-kali jangan mencari balasan atau mengharapkan ucaoan terima kasih dari orang lain kepada kita.
Surah al-Insan, ayat 9:
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang dari kamu atau ucapan terima kasih.”
Surah Faathir, ayat 34:
“Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: “Sega puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).
8) Tawakkal:
Berserah diri, menyerahkan natijah sesuatu perkara kepada Allah SWT setelah berusaha sedaya upaya, percaya kepada segala janjiNya. Ketika berjaya dia mengucapkan istighfar dan ketika gagal dia mengucapkan tahmid.
Al-‘Imran, ayat 173:
“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) ketika mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.
Terdapat beberapa unsur penting dalam tawakkal:
1. Seseorang itu menyedari bahawa Allah SWT yang memberi rezeki, kekuatan, keinginan dan tubuh badan yang sihat untuk dia berusaha meneruskan hidupnya di dunia ini.
2. Seseorang itu menyedari bahawa segala perbuatan dan tindakan, hakikat di sebaliknya adalah perbuatan Allah SWT.
3. Seseorang itu menyedari segala rezekinya itu datangnya dari Allah dan Allah jualah yang menggerakkan dia untuk mencari rezeki itu.
Kesimpulannya
Stress atau tekanan memang merupakan fitrah bagi manusia. Setiap dugaan yang datang adalah ujian dari Allah SWT bagi menaikkan darjat dan martabat seseorang di sisi Allah SWT. Islam telah menetapkan setiap manusia akan diuji bagi mencari calon yang terbaik bagi memenuhi syurga Allah SWT. Bagi seorang Mukmin itulah sebesar-besar ganjaran yang diimpikan.
Maka sebagai Mukmin kita perlu bersedia untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan kita. Kita bersedia dari segala sudut samada dari sudut ruhaniah, mental dan fizikal. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat 60:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya.”
Rujukan
1. Al-Qur’anul Karim
2. Iman al-Ghazali, Uhya Ulumuddin (terj.), 1998, Pustaka Nasional Pte. Ltd., Singapura.
3. Hj. Abd. Talib Naim, Mengenal Roh, 1974, Syarikat Doyan Shipping Sdn Bhd, Port Kelang.
4. ………, Stress: tekanan mental,
http://www.infoforyourhealth.com/Mental%20Health/stress.htm
5. ………., Menguruskan tekanan,
http://cgh.com.sg
http://www.cgh.com.sg/health_public/pamphlet/Malay/psymed/stress/stress-malay.html
6. ………, Tekanan Mental dan Pekerjaan,
http://www.Sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/tekanan_mental.htm
7. Dato’ Aidit Bin Ghazali, Pengurusan Stress Mengikut Cara Islam,
Posted by jutawan akhrat at 1:49 PM 0 comments
Labels: Stress
Wednesday, September 16, 2009
Solat, ubat mujarab pengusir kesedihan
Oleh Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Firman Allah sw.t. di dalam surah al-Baqarah, ayat 153:
Yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat…”
Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang. Sesungguhnya solat itu - dengan izin Allah - boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.
Ketika Rasulullah s.a.w. dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a.:
“Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadith)
Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah s.a.w.
Saya telah banyak membaca sejarah hidup beberapa orang tokoh. Dan umumnya, apabila saat mereka dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka segera memohon pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khusyu’. Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah kekuatan, semangat dan tekad hidup mereka pun pulih kembali.
Solat khauf dilaksanakan pada saat-saat genting, yakni saat kematian terjadi di mana-mana dan banyak nyawa melayang, akibat peperangan. Apabila keadaan semakin memburuk maka solat akan memperbaikinya. Ini merupakan syarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyu’.
Setiap generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya tentu akan membakar kelopak matanya dan kesedihan akan menghancurkan urat sarafnya. Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan pun untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati selain dengan mendirikan solat.
Salah satu daripada nikmat Allah yang paling besar - jika kita mahu berfikir - ialah perlaksanaan solat wajib lima waktu dalam sehari semalam, yang merupakan penghapus dosa-dosa dan pengangkat darjat kita di sisi Allah. Di samping itu, solat lima waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan berbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapapun, solat mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan takwa dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah.
Adapun mereka yang menjauhi masjid dan meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari kesusahan yang satu ke kesusahan yang lain, dari goncangan jiwa yang satu ke goncangan jiwa yang lain, dan dari kesengsaraan yang satu kepada yang lain.
“…Maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka.” (Muhammad : 8.)
Posted by jutawan akhrat at 1:47 PM 0 comments
Labels: Solat
Tuesday, September 15, 2009
Mengapa Wanita Meluat Dengan Bidadari?
Ok, artikel kat bawah ni panjang skit tapi sangat menarik. Perumpamaan atau contoh yang diberi sangat jelas dan tepat. Saya dapat dari email, jadi kalau ada yang tak betul atau tepat, saya mohon maaf. Wallahu a‘lam.
“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Mmm.. nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah dakwah. Ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi.. Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho… mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm.. kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah.. aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari.. for guys only. ;-j
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar.. aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?”
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga.. termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm.. Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya… atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja..
—–
Dah la.. tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~
Lelaki dan wanita saudaraku sekelian.. MARILAH MENUJU KEJAYAAN!
Posted by jutawan akhrat at 7:58 AM 0 comments