Tuesday, September 8, 2009

Trend pelajar menagih meningkat


KEBANYAKAN pelajar sekolah mula menagih dadah selepas terjebak dengan tabiat menghisap rokok. - Gambar hiasan.





PUTRAJAYA - Trend pelajar sekolah khususnya di peringkat menengah terjebak dalam penagihan najis dadah semakin membimbangkan apabila data Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) mendapati tahun ini sahaja bilangan penagih muda itu ialah 306 orang, meningkat berbanding beberapa tahun lalu.

Untuk perbandingan, jumlah kes pelajar yang menagih dadah di sekolah pada 2008 ialah 159 orang manakala pada 2007 hanya 117 orang.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Abdul Bakir Zin berkata, para pelajar berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

"Tahun ini di Kelantan sahaja kami dapati lebih kurang 60 orang pelajar sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar (PIP) yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Menurut Abdul Bakir, kebanyakan pelajar tersebut menggunakan dadah tradisional khususnya ganja.

kosmo online

0 Comments: