Monday, September 14, 2009

Istilah-istilah syarak dalam bidang ulum syariah

ISTILAH-ISTILAH DALAM BIDANG AKIDAH

BIL

ISTILAH

MAKSUD / PENGERTIAN

1.

Iman

Membenarkan di hati, berikrar dengani lidah dan mengamalkan dengan anggota badan

2

Syirik

Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al

3

Kufur

Orang yang mengingkari prinsip aqidah dalam al-Quran dan Hadis / orang yang tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhamad

4

Riddah

Berpaling/ keluar daripada agama Islam

5

Khurafat

Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam.

6

Sihir

Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan / jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia

7

Nifa’

Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah s.w.t

8

Dosa

Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhan-Nya

9

‘Asi

Orang yang melanggar hukum Allah

10

Dosa besar

Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat

11

Dosa kecil

Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat

12

Menipu dan berbohong

Melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain

13

Mencuri

Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin.

14

Merompak

Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin.

15

Riba

Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang , pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang

16

Anak yatim

Kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh

17

Harta anak yatim

Harta yang diperolehi melalui pusaka , wasiat dan hadiah

18

Perang jihad

Peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam

19

Mengumpat

Mengatakan atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya

20

Memfitnah

Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti

21

Arak

Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam.

22

Dadah

Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikiran

23

Zina

Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah

24

Muhsan

Penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah.

25

Ghairu Muhsan

Penzina yang belum berkahwin

26

Qazaf

Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil

27

Liwat

Hubungan jenis antara lelalki dengan lelaki

28

Musahaqah

Hubungan jenis perempuan dengna perempuan

29

Membunuh diri

Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri.

30

Taubat

Kembali semua taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah dan larangan-Nya

31.

Iman

Membenarkan di hati, berikrar dengani lidah dan mengamalkan dengan anggota badan

32

Ahli Sunnnah wal Jamaah

Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bid’ah, Mereka juga dinamakan dengan Ahli al-Sunnah wal Jamaah, al-Salaful Salih dan Ahli al-Hadis

33

Syiah

Kumpulan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

34

Al-Khawarij

Kumpulan yang menyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah b. Abi Sufian tetapi tidak menerima Majlis Tahkim

35

Kafir

Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis

36

Musyrik

Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah pada zat sifat atau perbuatan

37

Munafik

Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran di dalam hati

38

Fasiq

Orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasulnya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil

39

Murtad

Orang yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan perkataan perbuatan atau iktikad.

10

Mulhid

Orang yang tidak beragama

11

Ajaran sesat

Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

ISTILAH-ISTILAH DALAM BIDANG IBADAT

BIL

ISTILAH

MAKSUD / PENGERTIAN

1.

Haji

Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu

2

Umrah

Menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibada tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

3

Upah haji

Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain

4

Wukuf

Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar 10 Zulhijjjah

5

Tawaf

Mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah

6

Tawaf Qudum

Tawaf selamat datang

7

Tawaf Ifadhah

Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadat haji.

8

Tawaf Widak

Tawaf yang wajib ditunaikan oleh orang yang hendak meninggalkan Mekah

9

Tawaf Sunat

Tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa.

10

Saei

Berjalan berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan syarat tertentu

11

Bercukur/gunting

Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai . Dilakukan setelah selesai saie bagi menamatkan ibadat haji

12

Tertib

Dilaksanakan mengikut susunan dengan mendahului niat ihram daripada rukun-rukun yang lain.

13

Wajib haji

Amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orangyang mengerjakan ibadat haji. Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dam atau didenda mengikut kadar yang ditentukan

14

Miqat

Sempadan tempat atau masa yang ditentukan utk berniat ihram haji & umrah

15

Miqat zamani

Sempadan masa bagi jemaah haji memulakan niat ihram.

16

Miqat Makani

Sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat ihram.

17

Bermalam di Muzdalifah

Berada di Muzdalifah selepas tengah malam ke-10 Zulhijjah (selepas waktu wukuf di Arafah dan sebelum terbit fajar)

18

Melontar Jamratul Aqabah

Melontar 7 biji anak batu di Jamratul Aqabah.

Waktu - bermula selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Waktu afdhal - selepas terbit fajar 10 Zulhijjah.

19

Bermalam di Mina

Berada di Mina pada sebahagian besar malam-malam 11, 12, 13 Zulhijjah (Hari Tasyrik)

20

Melontar ketiga-tiga Jamrah

Melontar di Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah dengan menggunakan 7 biji anak batu setiap tempat .

Waktu - selepas gelincir matahari hari 11, 12, 13 Zulhijjah (hari Tasyrik) hingga terbit fajar kecuali pada 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari.

21

Haji Ifrad

Mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan. Haji dilakukan dalam musim haji , sementara Umrah dilakukan di luar musim haji , samada sebelum atau selepas musim haji .

22

Haji Tamattu’

Mengerjakan Haji dan Umrah dalam musim haji. Umrah dilakukan terlebih dahulu pada musim haji diikuti dengan mengerjakan haji.

23

Haji Qiran

Mengerjakan ibadat Haji dan Umrah secara serentak dalam musim haji

24

Dam

Bahasa - darah

Istilah - denda yang dikenakan kepada jemaah yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau wajib umrah, atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.

25

Dam Takhyir

Dibayar dgn cara memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh syarak

26

Dam Takdir

Dibayar mengikut kadar yang ditetapkan mengikut kemampuan

27

Dam Ta’dil

Dibayar mengikut nilaian harga dam

28

Dam Tertib

Dibayar mengikut susunan

29

Sembelihan

Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat mari’ dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah

30

Qurban

Sembelihan binatang an’am yang dilakukan pada hari Idil Adha atau hari-hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah.

31

Akikah

Penyembelihan binatang an’am yang dilakukan sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana dikurniakan anak.

32

Jual beli

Menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu

33

Sewa

Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari sesuatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.

34

Gadaian

Bahasa : menahan sesuatu

Syarak : sesuatu barang bernilai yang dijadikan cagaran ole pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman

35

Syarikat

Bahasa : bercampur atau berkongsi.

Istilah : perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih

36

Hutang

Memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang , barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.

37

Insurans

Satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembeling usaha serta sumber, bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan toong menolong apabila ditimpa musibah. Melalui pakatan ini orang yang dilanda malang akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berbentuk kewangan.

38

Saham

Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan. Sebuah syarikat boleh beroperasi apabila dua orang atau lebih bergabung untuk menjalankan perniagaan.

39

Per

kahwinan

Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

40

Merisik

Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai seta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang suami

41

Meminang

Lamaran daripada seseorang lelaki kepada seseorang perempuan untuk dijadikan isteri.

42

Wali

Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan .

43

Wali Mujbir

Wali yang berhak mengahwinkan pengantin perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu. Contohnya bapa dan datuk

44

Wali Hakim

Mereka yang diberi kuasa oleh sultan / pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab, untuk mengahwinkannya

45

Wali Akrab

Wali yang hampir dengan perempuan tersebut termasuk datuk dan bapa.

46

Sekufu’

Setaraf dari segi keturunan, pendidikan , pekerjaan dan lain-lain.

47

Ijab

Lafas yang diucapkan oleh wali .

48

Qabul

Jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami.

49

Mahar

Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri samada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akd nikah.

50

Mahar Musamma

Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-kedua belah pihak

51

Mahar Misil

Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan sebelah isteri.

52

Walimatul Urus

Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.

53

Talak

Melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak/cerai/bermaksud talak.

54

Talak Sunni

Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan talak satu atau dua ketika isteri suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi.

55

Talak Bid’i

Talak yang menyalahi peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri ketika haid , nifas atau ketika suci yang disetubuhi.

56

Talak Raj’ie

Talak satu atau dua yang belum tamat idahnya, Suami boleh merujuk kembali isteri semasa idah tanpa perlu kepada akad dan mahar yang baru.

57

Talak Bain

Talak yang tidak boleh dirujuk , perlu akad nikah dan mahar yang baru.

58

Talak Bain Sughra

Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru (contoh cerai cara Khuluk, Fasakh, talak 1 / 2 yang tamat idah)

59

Talak Bain Kubra

Talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.

60

Talak Takliq

Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat. Terbahagi kepada dua iaitu Taklik Biasa dan Taklik Secara Khuluk.

61

Talak Taklik Biasa

Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata kepada isterinya”Jika engkau keluar dari rumah ini maka engkau tertalak dengan talak satu”

62

Talak Taklik Secara Khuluk

Lafaz Taklik yang termaktub dalam Surat Akuan Nikah

63

Rujuk

Mengambil semula isteri yang telah diceraikan sebelum habis tempoh iddah.

64

Iddah

Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas bercerai dengan suami.

65

Fasakh

Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad atau disebabkan masalah yang berlaku didalam rumahtangga

66

Khuluk

Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk yang memerlukan bayaran tertentu

67

Nusyuz

Keengganuan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak

68

Zihar

Suami menyamakan isteri atau mana-mana anggotanya dengan ibunya @ dengan mana-mana perempuan yang haram dengannnya

69

Li’an

Sumpah suami yang disertakan dengan laknat Allah untuk menolak hukum qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri @ untuk menafikan nasab

70

Poligami

Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih daripada empat orang pada satu masa

71

Undang-undang Keluarga Islam

Undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya di kalangan orang Islam

72

Anak Angkat

Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya

73

Hadhanah

Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri

0 Comments: