Friday, September 11, 2009

Wakaf dan Hibah

Kata 'wakaf' berasal daripada perkataan arab waqf yang bererti 'menghentikan' atau 'menahan'. Ertinya, seseorang menghentikan hak milik sesuatu harta dan menahan diri daripada menggunakannya dengan cara menyerahkan harta itu kepada pengelola untuk digunakan bagi kepentingan umum. Barang yang diwakafkan ialah barang yang bermanfaat dan tidak cepat habis digunakan, baik harta yang tetap seperti tanah mahupun harta tidak tetap seperti buku. Hibah pula dari segi bahasa bererti 'pemberian' atau 'hadiah', yakni pemberian harta untuk kepentingan perseorangan, institusi sosial, keagamaan atau ilmu pengetahuan. Pemberi wakaf atau hibah tidak memperoleh apa-apa ganjaran. Dia melakukannya semata-mata kerana mengharapkan keredahaan Allah SWT.

Perbezaan Wakaf dan Hibah

Ada tiga perbezaan antara wakaf dengan hibah.
Pertama, barang wakaf bersifat tahan lama, tidak habis kerana digunakan, sementara barang hibah boleh habis digunakan.
Kedua, barang wakaf tidak boleh dipindahkan atau diwariskan, sementara barang hibah boleh dipindahkan. Oleh sebab itu, orang atau institusi yang menerima wakaf tidak boleh menjual atau mewariskan barang wakaf.
Ketiga, dalam wakaf yang diambil ialah manfaat daripada barang itu, bukan barang itu sendiri sementara dalam hibah barang hibah itu sendiri yang digunakan.



0 Comments: