Sunday, January 23, 2011

Blogger Untung RM1 Juta Setahun


pix_gal0
Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan



KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

Perkara ini diakui oleh Pengurus Nuffnang, Nicolas Chay yang menyatakan 50 hingga 100 penulis blog mendaftar setiap hari komuniti pengiklanan online, Nuffnang Sdn Bhd di mana sehingga kini kira-kira 150,000 blog telah mendaftar.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah berkata blog yang mempunyai kreativiti, kualiti dan promosi yang menyeluruh mampu mendatangkan pulangan melebihi had itu.

Angka rasmi pada tahun 2004 menunjukkan Malaysia mempunyai kira-kira 500,000 blog dan akan meningkat lebih 7 juta blog berdasarkan rangkaian sedia ada dengan pencapaian dalam laman sosial facebook mencecah lebih 11 juta pengguna.


Pendapatan Online Juga Perlu Bayar Cukai

Wakil LHDN memaklumkan bahawa pengendali blog termasuk Facebook terikat dengan peruntukan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7 iaitu hasil pendapatan mereka melalui internet juga perlu dibayar cukai sama seperti pendapatan melalui pekerjaan tetap.

Namun, ramai pengendali blog tidak mengetahui perkara ini. Perkara ini diakui beberapa pengendali blog yang pernah menerima arahan daripada LHDN meminta mereka mengistiharkan pendapatan hasil keuntungan kegiatan melalui online.

Seorang pengendali blog, Mira Abu Bakar, 36, berkata beliau mula mengendalikan blog pada 2005 atas dasar minat sebelum menjana pendapatan melalui paparan iklan mulai 2008 dan pernah mencapai jumlah tertinggi kira-kira RM12,000 sebulan. http://redmummy.com/


"Saya terkejut menerima surat pemberitahuan lawatan audit LHDN dan tidak sangka pendapatan hasil penulisan blog juga dikenakan cukai" kata beliau.

0 Comments: