Monday, January 17, 2011

Gambar Nur Fathia Abd Latiff, Nur Fathia

Tegurlah kalau tersilap

Gambar Nur Fathia Abd Latiff, Nur Fathia, Biodata Nur Fathia

Gambar Nur Fathia Abd Latiff, Nur Fathia, Biodata Nur Fathia

pix_gal0
Gambar Nur Fathia Abd Latiff, Nur Fathia, Biodata Nur Fathia

Biodata Nur Fathia

Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Cita-cita: Seniwati yang dihormati dan peguam
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.
Drama dan telefilem: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut
# Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic

Sebagai bintang baru, Nur Fathia akui banyak perkara perlu dipelajari

MENYEDARI dirinya masih setahun jagung dalam lakonan, bakat baru, Nur Fathia lebih suka mengambil pendekatan membuka mata dan telinga, memerhatikan gaya persembahan artis lebih berpengalaman di sekelilingnya, serta menerima segala pandangan dan teguran demi memantapkan aksi di depan kamera.

Apatah lagi dia bukannya hadir daripada dunia mahupun kelas seni. Justeru, ilmu yang ditimba sudah semestinya menjelma daripada mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang itu, sama ada pengarah, pelakon mahupun kru bertugas. Semua pendapat mereka didengar gadis berusia 23 tahun ini, bagi mengutip sedikit pengetahuan dalam bidang yang kian menambat hatinya.

“Sebagai pelakon baru, saya perlu menerima pandangan dan teguran orang lain. Saya bukanlah insan ataupun pelakon yang sempurna. Lebih daripada itu, saya tidak mempunyai asas lakonan atau pernah menyertai kelas sedemikian. Jadi, teguran merekalah yang menjadi ilmu berguna,” katanya.

Pelakon yang semakin mendapat tempat di hati peminat dek kemunculannya sebagai Hani dalam drama bersiri menggunakan nama wataknya sebagai judul yang mengisi slot Lestary di TV3 itu bagaimanapun berkata, selepas pengajiannya tamat sedikit masa lagi, pastinya dia akan memberikan tumpuan yang lebih kepada lakonan, termasuk mengikuti kelas yang disediakan.

Ketika ini, Fathia berada dalam tahun ketiga pengajian undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurutnya, dalam masa dua tahun lagi, dirinya layak bergelar peguam, itu pun selepas berjaya mendapatkan Sijil Amalan Guaman (CLP).


Ditemui pada sesi mencuba barang kemas Rafflesia di butik terkenal itu sebelum melangkah ke acara permaidani merah Anugerah Skrin 2010 baru-baru ini, anak sulung daripada empat adik-beradik ini memberitahu, jika rezeki menyebelahinya, dia tidak mahu membuat pilihan, sebaliknya ingin berjaya dalam kedua-dua bidang.

“Lakonan bidang yang mula memikat hati saya sebaik saja serius membabitkan diri di dalam seni sekitar 2010, manakala pelajaran pula mampu menjadi penyokong kehidupan kita pada masa depan apabila khidmat dalam lakonan mungkin tidak lagi kencang,” katanya.
Walaupun tumpuannya berbelah-bagi pada saat ini, dengan seni dilihat sebagai karier separuh masa, namun Fathia memastikan dirinya sentiasa memberikan persembahan terbaik setiap kali sesuatu drama ataupun filem dijayakan olehnya.

“Saya juga hanya akan menerima tawaran berlakon sesuatu watak utama pada cuti semester, supaya tumpuan yang lebih mampu diberikan kepada watak berkenaan. Hani, umpamanya, bukanlah watak yang senang untuk saya hidupkan. Ia peranan yang begitu mencabar apabila drama terbabit memerlukan saya beraksi sebagai gadis buta.

“Nasib saya amat baik kerana dapat bekerja di bawah pengarah Heykal Hanifah yang mengajar pelakonnya sebagaimana dia mendidik anak sendiri. Biarpun ada ketika nada suaranya agak tinggi, tetapi saya terima kerana dia cuba membentuk lakonan saya agar menjadi lebih baik lagi. Saya suka dengan caranya bekerja.

“Jika pada mula-mula berlakon dulu, saya boleh rasakan aksi saya agak kaku apabila beraksi di depan kamera, tetapi dengan bantuan pengarah seperti Heykal saya dapat rasakan adanya peningkatan dalam lakonan. Inilah yang saya maksudkan dengan pelajaran yang dipungut daripada mereka yang lebih berpengalaman, ketika di lokasi.

“Lagipun, saya tidak mahu peminat mengenali Nur Fathia menerusi cerita bukan-bukan, sebaliknya biarlah melalui persembahan saya yang baik di skrin kecil mahupun layar lebar. Atas alasan itu, setiap kali menerima sesuatu watak, saya sedaya upaya memberikan persembahan yang meyakinkan,” ujarnya.

Hijab jadi filem pertama

Sekiranya ketika ini peminat dapat menyaksikan lakonannya dalam Hani, drama yang baru saja tamat penggambarannya 23 Disember lalu, pada 2011 ini pula mereka dijangka menonton aksi Fathia di layar lebar pula menerusi filem Hijab, arahan Pierre Andre. Filem hasil tangan pengarah muda itu dirakam sekitar Jun tahun lalu.

“Saya juga mahu terus berlakon pada 2011 ini, kerana minat saya dalam bidang terbabit kian bercambah dari sehari ke sehari. Bukan kerja yang muda, tetapi dengan bantuan semua pihak, saya yakin dapat melakukannya dengan lebih baik,” kata gadis manis yang menjadikan Shah Alam sebagai rumahnya.

Terlanjur bercerita mengenai Hani, Fathia yang turut aktif dalam lakonan iklan komersial dan pernah muncul dalam drama Nur Kasih ini mengaku cukup serasi bekerja di sisi Rozita Che Wan, yang berlakon sebagai ibunya dalam drama berkenaan.

“Bukan saja cantik, tetapi dia seorang yang sangat baik hati. Walaupun jauh lebih popular daripada saya, tetapi dia tidak lokek ilmu ketika di lokasi.
Apabila tiba babak membabitkan kami berdua, saya jadi cukup seronok kerana Kak Ita sentiasa bijak mewujudkan keserasian antara kami,” kata wanita yang mempunyai darah Arab-Melayu ini.

0 Comments: