Wednesday, January 19, 2011

Duit Syiling Bertaburan

Pesta Kutip Duit Syiling Bertaburan Bernilai RM75,000 di Lebuh Raya PLUS Selepas kemalangan

Tanpa menghiraukan keselamatan, orang ramai berebut² bagaikan pesta mengutip duit syiling yang bertaburan di Kilometer 243 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas di Seremban semalam. Kejadian ini berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Pesta Duit Syiling
Pesta kutip duit syling berlansung kat tepi Lebuhraya Utara-Selatan

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut dipercayai tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW. Akibatnya ribuan duit syiling bernilai 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuhraya sepanjang kira-kira 100 meter. Keadaan itu menyebabkan orang ramai menghentikan kenderaan masing² di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Pesta Duit Syiling

Beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya yang berada di situ dikatakan gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Orang ramai mula meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Sumber Rujukkan: Pesta Kutip Duit Syiling Bertaburan Bernilai RM75,000 di Lebuh Raya PLUS Selepas kemalangan

0 Comments: