REZEKI TERPIJAK! Itulah yang diibaratkan segelintir pengguna Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan apabila menemui ribuan wang syiling yang dianggarkan bernilai RM74,000 bertaburan di KM 244 dekat Rembau, Negeri Sembilan, semalam selepas kenderaan membawa wang berkenaan terbalik akibat kemalangan. Orang ramai yang melalui laluan terbabit terutama penunggang serta pembonceng motosikal sanggup membahayakan diri untuk mengutip wang berkenaan di tengah-tengah kesibukan lalu lintas sebelum polis tiba. (berita lanjut) - Foto Owee Ah Chun Jan 19, 2011 5:01 am
PEKERJA Propel menyodok duit syiling yang bertaburan selepas kereta pacuan empat yang membawanya terbalik.
REMBAU: Sebahagian daripada RM74,000 wang syiling bertaburan di tengah lebuh raya selepas sebuah pacuan empat roda yang mengisi wang itu dalam sebuah tong besar terbalik di Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, sebuah Toyota Hilux dipercayai milik syarikat mengedarkan wang syiling kepada premis perniagaan di Melaka, terbabas sebelum terbalik ke tepi jalan akibat dirempuh sebuah kenderaan lain.
Berikutan itu, sebahagian syiling didakwa mencecah RM74,000 disimpan dalam sebuah tong besar, bertaburan di sekitar kawasan berkenaan, sebelum disedari pengguna jalan raya yang kemudian berhenti mengutip wang itu.
Mereka kebanyakannya penunggang motosikal meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengutip syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen itu dengan memasukkannya ke dalam topi keledar, plastik serta beg yang dibawa.
Keadaan itu menyebabkan polis dan petugas PLUS menutup laluan itu selama lebih 10 minit bagi mengelak mereka dilanggar kenderaan lain, sekali gus menyebabkan kesesakan serius.
Lada Burung: Walaupun kecil namun mampu untuk menyengat sesiapa sahaja walaupun jasad orang itu sebesar harimau setinggi unta. Ibarat siapa makan lada dia terasa pedasnya. Lidah akan merasa pedas. Sebab itu kata-kata pedas memanaskan telinga. Sebab kata-kata yang keluar dari mulut dan lidah boleh jadi pedas sebab lidah biasa makan lada. Betul ke? :)
Kenapa cili sangat penting dalam kehidupan manusia? Ini kerana kalau tiada cili dalam masakan dan makanan, ramai manusia yang tidak berselera untuk makan. Apabila makan tiada selera, maka manusia akan jadi tidak tenang dan tidak senang. Maka cili amat penting dalam kehidupan manusia. Betul ke fakta ini?
0 Comments:
Post a Comment